Assalamualaikum.
Jom jamu selera dengan hidangan Ayam Gerang Asam. Amie terpikat dengan olahan dari Dapur Ibundo yang menggantikan ikan kepada ayam setelah mengikuti cara-cara olahan masakan ini daripada Chef Florence di Masterchef Malaysia. Kiranya.... bolehlah dikatakan Amie sudah jauh tertinggal bas sebab baru mencuba resepi ini. Sebenarnya hampir tak menjadi hidangan ini sebab si bongsu ajak makan di luar semasa Amie mengambilnya dari sekolah petang tadi. Nampak gayanya tak berasaplah dapur petang ini, tapi Amie pujuk supaya makan saja di rumah memandangkan Amie telah sediakan ayam segar dan bahan-bahan lain yang diperlukan.
Memang tipulah kalau ada sesiapa yang kata hidangan ini tak sedap kecuali mereka yang memang tak makan ayam atau tak pandai makan asam pedas! Tak rugi mencubanya sebab rasanya amat berbaloi tapi rugi besar kalau tak merasainya! Masakan ini merujuk kepada masakan nyonya yang dikatakan terkenal dengan gabungan masakan Cina tetapi menggunakan rempah ratus India dan herba-herba yang sering digunakan dalam masakan Melayu.
Sumber : Chef Florence
Bahan-bahan: (Amie ubahsuai mengikut keperluan masakan)
175ml minyak
0.5 liter air
35 gram asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1kg daging ayam - 10 keping
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 sudu teh gula
1.5 sudu makan serbuk ikan bilis
Bahan kisar halus:
25 tangkai cili kering
300 gram bawang merah
3 ulas bawang putih
7 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2.5cm lengkuas
4 batang serai
1.5 sudu teh serbuk belacan
Hiasan: daun limau purut, daun bawang & hirisan cili
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
3. Selepas itu masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renihkan selama 8 minit.
4. Besarkan api dan masukkan perasa serta ayam. Biarkannya sehingga daging ayam empuk atau masak.
5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhi citarasa masing-masing.
Wokey.... satu perkataan saja Amie nak kongsi dengan rakan pengunjung tentang Ayam Gerang Asam ini........ SEDAP!!!!!!
Wow kak amie smlm kite bru je post terus arini buat ehh rajonnye...sedapp kann
BalasPadamratna dah lama juga dengar nama resepi ni... biasa pun mmg org gunakan ikan... masa bulan puasa dulu pun nampak dj linda on buat ikan gerang asam.. tp tulah.. bukan amie je yg ketinggalan bas.. ratna pun 2 x 5 jugak.. hehe.. guna ayam pun best juga kan.. kita yg buat dia... janji dirasakan sesuai..
BalasPadamSabar,
BalasPadamtak rugi masak... berbaloi2 sedapnya! Tumisannya saja dah harum semerbak satu dapur!
Madiha,
anak-anak suka ayam, lagipun dah berapa hari asyik masak ikan, tapi memang sodaplah Madiha! Tak kisahlah tertinggal bas ke keretapi ke... janji buat he he he ehh
mcm rendang..tp mcm asam pedas...unik...n mmg nmpak menyelerakan....
BalasPadamFaa,
BalasPadambetul...unik masakan baba & nyonya kan... gabungan Cina, India & Melayu!
ye lah kak..tipulah kalau kate x sedap kan? tgk saje dh tau sedap, kalau dpt rasa lagi la sedapppp hihihi
BalasPadamalamak.. bhn masak pakai gram ni yg lemah huhuhu...
Mas,
BalasPadamagak-agak saja Mas... tapi Kak Amie pun timbang gak bawang tu, cuma asam jawa tu tak payah timbang, ikut rasa je, tulah susah sikit kalau guna timbangan kan Mas...
haiiii tliur sudah kak tgk lauk ni..QH pon ktinggalan jugak nk mcuba resepi ni...biase wt asam pedas ayam biase tu...leh la try gak nti..hihi
BalasPadamSalam kak amie.. nama lain asam pedas ni gerang asam ye.. xpenah tun dgr. nmpk pekat betul kuah tu, kompom sedap nih.
BalasPadammmg betul lah kak, kita selalu masak asam pedas, tapi asyik guna ikan je...
BalasPadamterliur saya! rupa sgt menarik lagi buat kita tertarik haha
BalasPadamNampak pun memang sedap sangat, ummi sampai telan2 airliur ni Amie, insyaAllah akan dicuba.
BalasPadamKak Amie cayanggg..salam rindu..maaf mieza baru tiba..bas mieza pancit hahaha..
BalasPadamKak, ini pestaim mieza nampak ayam gerang asam..selalu pakai ikan..nampak sedap sgt bila akak post kat fb...terus kecur air liur...kina copycat ni hehehe
semoga kak amie terus maju :)
Selamat pagi Bunda Amie,resepi yang ini nampak lezat,and patut dicuba,Thank you untuk info yang satu ini,Terimakasih sahabatku,,,
BalasPadamLebih kurang Asam Pedas Ayam la ya? Cuma tak masuk kerisik jer. Mudah sangat ni. Boleh la cuba nanti. Tapi saya selalu buat Asam Pedas tercair...!
BalasPadamOh... ala-ala macam masak asam pedas ye Amie. Memang sedap ni kakak dapat rasakan - kakak suka masak ala-ala ini.
BalasPadamQasey Honey,
BalasPadamini yang bagusnya bila berlaku pertembungan budaya dalam masyarakat, asam pedas pun boleh dipelbagakan resepinya.
Tun Telani,
gerang asam tu nama masakan nyonya style, ada beberapa penambahan bahan walaupun asasnya lebih kurang sama dengan asam pedas.
Rohah,
mula2 bonda mentua masak ayam asam pedas dulu... rasa pelik betul, tapi lama-lama boleh terima hakikat rupanya dunia masakan ini luasnya tak bersempadan!
Whitecappuccino,
BalasPadammemang sedap WC, dah cuba sekali rasa nak buat lain kali!
Ummiross,
bahan tumisannya tu memang semerbak Ummi...belum siap masak dah tau rasanya! Tak rugi mencuba!
Mieza,
seronokkan Mieza... boleh pelbagaikan resepi, kalau tak cuba tak tahu sedap tidaknya ye...
Dede Thea,
BalasPadamsama-sama kongsi info ya Pak... masakan ini memang patut dicuba kerana dihasilkan oleh Chef Florence, keturunan baba & nyonya.
Azieazah,
betul tu... cuma tambah lagi beberapa bahan lain, agaknya kalau kering kuahnya tu ada rupa rendang kot...
Kakzakie,
ya kak...nyonya Melaka punya resepi!
Salam kak amie...kabare..sihat je kan..menu2 pun sentiasa mantappp..:-)
BalasPadam