Pages

Jumaat, 4 Januari 2013

Ayam Masak Asam Pedas Tempoyak

Assalamualaikum.
Jom lihat resepi Ayam Masak Asam Pedas Tempoyak. Inilah menu orang yang tak berselera untuk makan! Mungkin letih, jadi selera untuk menikmati hidangan nasi semakin kurang sejak beberapa hari belakangan ini. Akhirnya, Amie putuskan untuk menyediakan Ayam Masak Asam Pedas Tempoyak. Memandangkan setiap hari asyik gunakan minyak, jadi kali ini masak rebus-rebus saja! Alhamdulillah, hasilnya tidaklah mengecewakan! Boleh diterima seisi keluarga.


Resepi : Ayam Masak Asam Pedas Tempoyak
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
12 ketul daging ayam
3 sudu makan tempoyak
1 kuntum bunga kantan - belah 2
5 helai daun limau purut
7 biji tomato ceri
1 batang serai - dititik
1 sudu makan pati asam jawa
1 labu bawang besar - hiris kasar
garam / perasa pilihan secukupnya
air secukupnya

Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

Cara:
1. Panaskan air secukupnya di dalam periuk / kuali.
2. Masukkan semua bahan kisar, tempoyak, bunga kantan dan serai. Biarkan mendidih.
3. Masukkan asam jawa, daging ayam serta bawang besar.
4. Renih sehingga daging ayam masak / empuk.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tomato ceri. Apabila daun limau purut berubah warna, padamkan api dapur.
7. Sedia untuk dihidang panas.


Rupanya menu begini mampu membuka selera!

12 ulasan:

  1. pestime tgk ni kak asam pedas buh tempoyak..cmne yer rasanya tu...nmpk sedap n myelerakan

    BalasPadam
  2. Kreatif Amie ni, asam pedas dah sedap, tambah pulak tempoyak. pergh!!!, pasti berselera.

    BalasPadam
  3. camne lah rasanye tu kak?..klu x dicuba mesti x tau kan..memang nampak sedap kak amie..

    BalasPadam
  4. Salam kak amie.. imejin tgh2 hujan, makan nasi panas2 dgn kuah yg pedas dgn tempoyak lagi.. fuhh.. mmg 2 pinggan nasik!

    BalasPadam
  5. boleh try ni Amie sbb belum pernah buat lagi tempoyak + asam pedas macam2 rasa lah tu kan...

    BalasPadam
  6. Selalunya asam pedas tempoyak ni orang buat dengan ikan, tapi cuba pula versi ayam, bagi kakak memang sedaplah terutama tang kuahnya tu.

    Ummiross,
    masak apa saja bahan yang ada Ummi, masakan yang sedap sudah semestinya masakan yang memenuhi citarasa sendiri ye Ummi he he heh

    Zila,
    betul tu Zila, tak cuba tak tahu rasanya, tapi bagi Kak Amie & family, okey saja... sedap makan panas!

    BalasPadam
  7. Tun Telani,
    betul Tun... ayam tu biasa saja rasanya, tapi kuahnya dan baunya tu yang menambat selera!

    Kak Nooriah,
    sama saja macam asam pedas tempoyak ikan, cuba bezanya kita guna daging ayam pulak!

    BalasPadam
  8. selamat malam
    wah firstime sy tgk asam pedas + tempoyak ni
    macam bestlah k.amie

    BalasPadam
  9. selalu buat ayam masak tempoyak kuning mcm ikan patin tempoyak tu..xpenah buat buat lg merah..kene try ni..
    nmpak sedap..nyumnyum

    BalasPadam
  10. sedapnya K.Amie..dah lama tak buat asam pedas..dh la tempoyak pun ada nih..bleh cuba resepi K.Amie nih..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Amie,

    dh mlm2 baru dpt blogwalking...wah apa rasanya eh Amie...nampak mmg menyelerakan...bab2 tempoyak Nur kurang pandai nak makan...nk kena belajar dulu...hehehe...sedap2 masakkan Amie...yg pastinya pasti terliur...haha.

    BalasPadam
  12. Saya pun semalam masak Tempoyak. Ikan patin. Rebus juga. Makan panas-panas. Adehhh enak.

    BalasPadam