Pages

Khamis, 27 Disember 2012

Udang Goreng Cencaluk

Assalamualaikum dan selamat  petang kawan-kawan.
Hari ini lewat makan tengahari sebab baru pulang dari sekolah. Di rumah sudah menunggu 3 mulut dan perut anak-anak untuk diisi. Amie sempat masak 2 jenis lauk iaitu Udang Goreng Cencaluk dan Ikan Siakap Kukus Asam Boi. Itu pun sehabis 'lipas kudung' Amie mengejar masa di dapur! Masak saja apa bahan yang terpandang dek mata dan tercapai dek tangan! Nampaknya hari ini anak-anak makan tengahari pada pukul 4 petang! 


Resepi : Udang Goreng Cencaluk
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
20 ekor udang kertas - bersihkan (Amie cabut terus kepalanya dan belah belakang) - gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga masak - ketepikan
3 sudu makan cencaluk
1 cawan isi petai
2 cawan hirisan tempe
2 biji cili merah - hiris
3 biji cili hijau - hiris
10 biji cili padi - tanpa hiris
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 ulas bawang putih - hiris 
1 sudu gula / perasa pilihan jika perlu
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan tempe dan balik-balikkan. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air supaya tempe masak.
3. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili padi  serta udang kertas yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Masukkan petai, gula / perasa pilihan.
5. Akhir sekali masukkan cencaluk dan gaul rata. Amie suka hidangan ini kering, jadi Amie tidak tambah air lagi.
6. Hidangkan Udang Goreng Cencaluk bersama perahan jus limau kasturi jika suka.


Amie tinggalkan dulu dapur buat seketika untuk berjalan-jalan keluarkan peluh di taman.

8 ulasan:

  1. ye ka kan.. hari ni dah sibok la cikgu2 kat sekolah.. tadi pun gi amik anak dari skolah orentasi form 1 dah kul 1 lebih... tapi alhamdullillah.. dah settle semuanya.. lega.. lepas ni next week rabu baru masuk kelas.. terus dah boleh belajar kan.. :)

    sedapppnya udang cencalok tu... yg best sbb ada petai.. hihihi

    BalasPadam
  2. jangan kan udang.. den nengok buah limau tu pon nampak sodap.. :b

    BalasPadam
  3. alamak Amie semua nya sedap tu paling menarik sekali kat petai tu waduh kalau akak tolak je udang tu nk ambik petai je heeeee

    BalasPadam
  4. fuh
    nampak sedap
    lama dah tak makan cencalok

    BalasPadam
  5. Amie..Nak ikut jalan2 kat Taman juga, boleh bawa bekal nasi dengan udang goreng cencaluk tak, kita makan kat luar, berkelah bawah pokok, hikhik!!

    BalasPadam
  6. wah resepi baru ni letak cencaluk...confirm sedap mkn ngan nasik panas2....nyum2...mesti cuba ;0

    BalasPadam