Assalamualaikum.
Kali ini Amie ingin kongsi petua memasak ikan air tawar pula. Ada sesetengah daripada kita sangat menggemari ikan air tawar dan tidak kurang pula yang tidak berminat disebabkan bau, rasa dan rupa bentuk ikan tersebut. Bagi Amie, perkara pertama yang Amie fikirkan untuk mengambil keputusan memilih atau menikmati ikan air tawar ialah kerana khasiatnya yang sangat baik untuk kulit kita. Banyak jenis ikan air tawar yang terdapat di negara kita walaupun sesetengahnya telah pupus. Antara jenis ikan air tawar yang biasa kita dengar ialah seperti ikan belida, ikan haruan, ikan keli, ikan baung, ikan jelawat, ikan kaloi, ikan kelah, ikan puyu, ikan sepat, ikan patin, ikan lampam jawa atau lampam sungai dan banyak lagi termasuklah yang sangat popular kerana permintaan yang tinggi di pasaran iaitu ikan talapia samada talapia merah atau talapia hitam.
Petua Memasak Ikan Air Tawar
1. Untuk menghilangkan bau dan rasa ikan air tawar yang agak hanyir, anda bolehlah merendamkannya ke dalam perahan air limau, asam jawa dan limau kasturi.
2. Untuk mendapatkan citarasa ikan air tawar yang sebenar bagi masakan ikan sembilang, belut atau keli, salai terlebih dahulu sehingga keluar minyak sebelum dimasak gulai atau pun tumis.
3. Untuk menyedapkan masakan gulai ikan talapia, gaulkan terlebih dahulu bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk dengan garam lalu dibakar setengah masak. Setelah itu barulah dimasukkan ke dalam santan mendidih.
4. Bagi ikan patin dan tongsang, lebih sesuai jika dimasak gulai berbanding digoreng atau ditumis.
5. Anda disyorkan agar meletakkan sedikit daun limau purut atau sawi jeruk ke dalam masakan lemak ikan air tawar bagi menaikkan aroma dan menghilangkan bau hanyirnya.
6. Bagi mengelakkan masakan ikan air tawar tidak cepat menjadi basi, adalah dinasihatkan agar bahan-bahan untuk tumisan, ditumis hingga benar-benar garing dan naik baunya.
7. Dicadangkan agar ikan air tawar dimasak kukus bersama halia, daun bawang dan daun ketumbar dan sos tiram bagi golongan yang mengidap darah tinggi mahupun kencing manis.
Sumber : Menyingkap Rasa Masakan Silam - 300 Jenis Masakan Lauk-Pauk Koleksi Istimewa Majalah Perempuan.
kami penggemar ikan air tawar.Terima kasih kerana berkongsi petua masakan yg sangat berguna...sedapnya nampak gulai Amie ni:)
BalasPadammakasih tips nya kak amie..melly suka makan ikan tilapia karena di sini susah cari ikan laut yg fresh..sedap gulai nya..slurrp
BalasPadamtips yg berguna buat penggemar ikan air tawar.
BalasPadamThanks Amie. Dah balik dari kursus ya?
BalasPadamHampir semua petua tersebut saya memang amalkan, sejak duduk dengan mak lagi. Orang tua dulu memang kuat petua tradisionalnya. Tak rugi kita belajar, ikut dan amalkan.
Thanks for the useful tips.
BalasPadamassalam amie..thanks share info yg menarik ni..
BalasPadamikan patin tu betul2 wat adda tergoda...
BalasPadamtips menarik dan berguna kak thnks:)
BalasPadamHello Amie, waa, looks seap best ni. I da lama, agak2 tiga puluh tahun ta'makan ikan ni.
BalasPadamLong ago had it in Jerantut and Raub if I remember.
Your cooking looks so delicious. Boleh dapat the wangi disini, ha ha.
Have a nice day.
Simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Assalam amie, kat rumah ni hanya kita dan anak popuan yg suka ikan air tawar, semlm pun msk ikan patin tempoyak. Terima kasih berkongsi info yg berguna amie, mmg betul kalo ikan yg tak bersesuain bila kita goreng nampak sangat minyak/ lemak ikan tu, dan bila sejuk mmg bau lain mcm hehe
BalasPadamsedapnye kak...semalam try masak ikan sembilang ikut resepi akak..sedap..suami sy pun suka...:)
BalasPadamthanks kakamie...husband suka sgt ikan air tawar..boleh dipaktikkan..:))
BalasPadamtq bg tips yg sgt berguna..
BalasPadam