Pages

Ahad, 16 Disember 2012

Mee Goreng Seafood

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu.... moga pagi Ahad ini tambah menceriakan suasana. Sebelum melakukan sebarang aktiviti apa kata kita minum dulu dan alas perut dengan sepiring Mee Goreng Seafood di dapur Amie.


Resepi : Mee Goreng Seafood
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1kg mee basah / kuning - bilas dan toskan
10 ekor udang -bersihkan
3 ekor sotong - bersihkan dan potong ikut suka
2 keping kek ikan - potong ikut suka
5 batang sawi - potong dan asingkan batang dengan daun
1 cekak daun kucai - potong sepanjang 2.5cm
1 mangkuk taugeh
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
4 biji cili hijau - hiris halus
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap pekat
1 cawan air
minyak
sedikit garam / perasa pilihan

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum.
2. Masukkan hirisan cili hijau dan gaul rata.
3. Masukkan udang dan biarkan berubah warnanya. Tambahkan sotong dan kek ikan. Gaul lagi.
4. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau seketika. 
5. Masukkan batang sawi dan mee.
7. Gaul sebati dan tambahkan kicap pekat.
8. Jika mee terlalu kering, tambahkan air sedikit demi sedikit.
9. Masukkan daun sawi dan gaul lagi.
10. Jika kurang rasa, tambahkan sedikit garam / perasa pilihan.
11. Akhir sekali masukkan taugeh bersama daun kucai dan kacau seketika.
12. Padamkan api dapur.
13. Mee Goreng Seafood sedia untuk dihidangkan.


Amie masak lebih mee kerana sebahagian daripadanya dibawa untuk bekalan anak-anak yang ikut Encik Suami keluar......
Selamat beristirahat... adedeeeehhhh! Berehatkah kita hari ini?

14 ulasan:

  1. mee grg seafood 1! mee lebih..syr lebih..seafood tak mau ar hihihi...

    god moning kak...berselera sungguh mata sy tgk mee grg akk tu...sgt mewah dgn isiannya, kalo kt kedai lum tentu dpt mcm tu :)

    BalasPadam
  2. Salam kak...nk join mkn mee grg seafood...suka sgt2 mee ade seafood dr pd ayam n daging...kalau mkn kat rest mmg suka ordr mee seafood ..:-)

    BalasPadam
  3. Teringat msk mee udg versi bsh2...tp en. Asben x suka mkn...sedihhhhh....udg pn bsr2 mcm tu...bhn2 pn sm mcm akak bt nie...cma sy pch kb telur sbijik...gerammmm...hihu

    BalasPadam
  4. k.amie ..inilah yg dikatakan ada mee disebalik udang..heheh

    BalasPadam
  5. as-salam
    pagi2 dah ada mee goreng seafood kat sini..npk sedap mee goreng tu kak.suka yg basah mcm tu..

    BalasPadam
  6. salam Amie

    wah kilat2 akak tengok mee tu mesti sedap bangat tu tengha lapo jugak sbb pagi tadi makn pizza je hee

    BalasPadam
  7. sedapnya mee kuning. lama dah ni tak makan.

    BalasPadam
  8. Fuh terliur habis tengok mee goreng akak tu! Tak leh tahannnn :)

    BalasPadam
  9. saya ske,saya on je seafood ke ayam sotong..alhamdulillah :)

    BalasPadam
  10. alaa akak..nak sepiring boleh?sedapnyaa...

    BalasPadam
  11. Sedapnya....len kali buat lg mcm ni ye Cikgu Amie...pastu tumbuk cilip padi byk2...jangan lupa belacannya sikit jak...kemudian ambil itu limau kasturi dan perah ke dlm lada belacan...ermmm..kecur sendiri sudah becakap ni.

    BalasPadam
  12. Dengan adanya pelbagai ingredients dari laut itu, mestilah enak dan nutritious. Bagi Ayah, mee goreng seafood itu boleh disediakan 2 kali dalam seminggu, untuk ambilalih tempat nasi, siang atau malam. Tapi, orang muda mungkin jadikannya hidangan teh petang..... yang masa nasi, mesti nasi juga!

    BalasPadam
  13. heeee dap2 !! esk nk goreng mee seafood gk lerrr

    BalasPadam