Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat rakan-rakan pengunjung yang budiman. Tengahari ini Amie cuba resepi Ketam Masak Singgang Bersama Nanas dari Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan. Resepinya mudah sahaja dan memudahkan anak-anak untuk meratah isi ketam!
Resepi : Ketam Masak Singgang Bersama Nanas
Sumber : Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan
Bahan-bahan:
3 ekor ketam -bersihkan dan belah 2 (Amie gunakan 6 ekor ketam)
2 sudu besar udang kering - dikisar
2 batang serai - dititik
2cm kunyit hidup - dihiris
2 keping asa gelugur
2.5cm halia - dihiris
1/2 tangkai cili hijau dan 1/2 tangkai cili merah - dibelah dan buang biji (Amie gantikan dengan cili putih dan cili padi)
1 biji nanas - dihiris (Amie gunakan 1/2 biji nanas masak)
garam / gula secukup rasa
250ml air (Amie gunakan 600ml air)
Amie tambah 5 ulas bawang putih dan 5 biji bawang merah ketuk
Cara:
1. Panaskan air di dalam periuk. Tambah kunyit, sertai, bawang putih, bawang merah, asam gelugur, halia serta udangkan kering. Didihkan.
2. Masukkan cili hijau dan merah (cili putih & padi) dan kemudian tambah nanas.
3. Masukkan ketam dan kacau sehingga ketam masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Hidangkan segera.
Biasanya kalau masak ketam.... memang habis diratah begitu saja. Jadi lauk sampingan lain diperlukan untuk makan dengan nasi. Amie tambahkan 2 ekor ikan cermin goreng bersama sambal belacan dan ulam-ulaman.
Selamat menjamu selera!
amboi, sedapnya ketam tu kak amie... mesti seronok meratah. tapi saya sekarang ni entah kenapa dah mcm ter'alergic' pulak kat makanan laut... jd gatal2 gitu, tu yang malas nak makan...
BalasPadamsedapnya menu hujung minggu akak...
BalasPadamkemain gemuk ketam singgan tu...batuk2 ni dpt makan lauk kak amie yg masam2 best ni...comfirm mkn tambah berkali-kali hehehe... tp lepas tu comfirm tgn gatal2 huhuu...
BalasPadamsemalam baru lps mkn ketam kak amie..tgk kt sini kecur lagi hheh ehe
BalasPadamAmie..nak ratah ketam jugak ni...nak banyak2, hehehehe...
BalasPadamrindu nak mkan ketam..dapur kak amie best la..
BalasPadamadusss..sedapnya menu ni kak amie..singgang guna ketam sy blum penah buat lagi..
BalasPadam