Pages

Isnin, 24 Disember 2012

Ikan Kakak Tua @ Bayan Masak Sambal

Assalamualaikum.
Selamat bertemu kembali! Rindu rasanya untuk bersilat di dapur sendiri setelah 4 hari bertungkus-lumus menyiapkan tugas rasmi di luar daerah. Hari ini Amie sediakan Ikan Kakak Tua @ Bayan Masak Sambal untuk keluarga kecil Amie. Lama rasanya tak masak menu begini. Apa yang ingin Amie kongsikan di sini ialah tentang resepi  ikan masak sambal yang Amie warisi dari MIL. Biasanya MIL akan gunakan ikan kerabu merah atau kerapu hitam bintik-bintik putih saiz sederhana kecil, bagaimana pun ikan kakak tua atau ikan bayan boleh juga digunakan dan rasanya juga tidak kurang enaknya berbanding ikan kerapu. Hidangan begini biasa ditemui dalam majlis kenduri-kendara dalam kalangan masayarakat Melayu Cocos.


Amie telah beberapa kali memaparkan resepi ikan kakak tua @ bayan, tetapi bagi yang baru pertama mendengarnya, di bawah ini Amie kongsikan bersama ikan kakak tua @ bayan saiz sederhana besar. 2 ekor ikan bayan di bawah ini beratnya 1kg. Mungkin gelaran ikan kakak tua agak janggal kedengaran tetapi untuk kali pertama memang Amie dengar namanya ikan kakak tua (daripada MIL), namun setelah Amie teliti rupa-rupanya ikan kakak tua itu ialah ikan bayan. Untuk ikan kakak tua yang bersaiz besar, mereka menggelarnya ikan dongol dan selalunya bahagian kepala ikan dongol yang sangat besar dipotong-potong untuk dimasak sambal berkuah menggunakan cili kering,  rempah ketumbar serta santan, dan tidak ketinggalan perahan air limau nipis untuk menimbulkan aromanya yang unik dan membangkitkan selera!


Inilah rupa paras ikan kakak tua @ bayan @ dongol (kalau saiz besar!) Di tempat Amie banyak dijual ikan bayan kering dan memang isinya penuh. Kalau goreng saja pun sudah cukup sedap. Berbalik kepada resepi Ikan Kakak Tua @ Bayan Masak Sambal, biasanya masyarakat Melayu Cocos menggunakan perahan air limau nipis sebagai sentuhan terakhir sebelum diangkat dari kuali untuk dinikmati! Ikan perlu digoreng setengah masak terlebih dahulu dan oleh kerana isi ikan bayan ini sangat lembut, jadi cara menggorengnya juga perlu berhati-hati supaya isinya tidak berhamburan. Gunakan minyak yang banyak dan betul-betul panas barulah masukkan ikan supaya kulit atau isi ikan tidak melekat di lantai kuali apabila diterbalikkan.


Resepi : Ikan Kakak Tua @ Bayan Masak Sambal
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kakak tua @ bayan - bersihkan dan toskan 
2 biji limau nipis - perah jusnya
garam / perasa pilihan
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 cawan air
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara:
1. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan minyak bekas gorengan ikan tadi dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan bayan yang telah digoreng setengah masak dan jika kuah sambal agak kering tambahkan 1/2 cawan air dan biarkan mendidih.
4. Jika ingin terbalikkan ikan, hendaklah berhati-hati kerana ikan ini sangat lembut dan mudah terlerai isinya dari tulang.
5. Perasakan dengan garam /perasa pilihan.
6. Terakhir sekali, masukkan perahan air limau nipis dan perlahankan api.
7. Setelah kuah pekat, tutup api dapur. Angkat dan hidangkan.

Bagi yang telah biasa menggunakan asam jawa atau asam keping tentu rasa sedikit kelainan jika anda menggunakan perahan limau nipis dalam masakan ini!

11 ulasan:

  1. assalamualaikum amie.. selamat malam... festime dengar ikan kakak tua.. tapi sblm ni amie ada apdet pasal ikan bayan kan.. tu pun festime gak dengar.. sbb tak penah tengok sblm ni.. atau tak penah jumpa... selalu kenan makan ikan kembong je.. ni la jadinya.. hehehehe.. tapi mcam teringin plak nak rasa ikan kakak tua ni.. sbb baca statement amie tu... siap perah air limau nipis tu.. perghhhhh,. sedapppp! membangkit selera makan ngan nasi panas2 tu.. kannn

    BalasPadam
  2. waaa....tak pernah try n jumpa pon ikan ni kat pasar..first time tgk dari Kak Ita n skang dari akak...

    comel laa ikan ni..warna turqoise..

    BalasPadam
  3. Rindu bau masakan dari dapur Amie, kat tuan dapur lagilah rindu.
    Ummi tak pernah makan lagi ikan tu Amie, cantik pulak kalernya kan...

    BalasPadam
  4. salam kak amie..walaaa..dap nye ikan tu..mewah je sambal nya..kita suka ikan masak sambal ni..tapi ikan ni sury x pernah makan lah kak..cantek rupa paras ikan tu ye..

    BalasPadam
  5. X penah tau pun kewujudan ikan nie....smpi la akak tunjuk nie.....berwarna plak tu....mmg lain plak tgknya....cmne la rasanya ye....?

    BalasPadam
  6. Jasnani,
    waalaikumussalam....
    ikan ni banyak di sini (Sabah), kalau balik Selangor memang tak jumpa... ini pun belajar makan dari keluarga belah suami, memang style masakan MIL & suku kaumnya gunakan perahan jus limau nipis.

    Faa,
    banyak jenis ikan ni Faa... banyak warnanya dan lain2 namanya.

    Ummiross,
    Rindu kat Ummi juga....ikan ni sedap tau Ummi, antara tenggiri & jenahak, memang Amie pilih ikan ni.

    BalasPadam
  7. Sury,
    ikan ni cantik warnanya, isinya sangat lembut & sedap! Hati-hati masa goreng dia supaya tak pecah berderai isinya...

    Asyifa,
    rasanya sangat sedap Asyifa, lagilah kepalanya yang bahagian pipinya tu kalau saiz besar... kenyal!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Amieeee,
    Rinduuuuunya.. lama tak dapat blogwalking sbb asyik mengcrepe. Menarik nampak resepi Amie, first time juga akak dengar nama ikan kakaktua, adik beradik ngan burung kakaktuala ni ya.

    Tapikan Amie, lamb chop kat bawah tu betoi2 menambat selera, tak dapt nak ditandingila, mesti nangih tokey restoren western....kik kik kik

    BalasPadam
  9. Cantik ikan tu. Bwarna warni. Bundo x penah jumpa kat pasar.

    BalasPadam
  10. salam amie..birunya caler ikan tu. tak penah la pula sy bertemu jodoh ngan ikan ni kat pasar..wrong timing kot..mm..meriahnya caler sambal..kecur air liur..nyum2..

    BalasPadam