Assalamualaikum.
Jom kita nikmati Bakso Mee Hoon. Ini kali pertama Amie menghasilkannya setelah bertahun-tahun lamanya makan bakso mee hoon yang siap dijual. Biasanya kami beli untuk alas perut waktu malam jika tiba-tiba terasa lapar. Bau semerbak kuahnya dan dengan harga yang rendah itulah yang sering membuat hati tergoda untuk menikmatinya!
Selama ini sangkaan Amie salah sama sekali! Amie sangka bakso berasal dari resepi Indonesia memandangkan penjual bakso biasanya terdiri daripada peniaga keturunan Bugis dan Jawa! Rupa-rupanya bakso berasal dari negara China! Dan satu lagi kesilapan dalam memberi erti ialah maksud 'bakso' itu sendiri. Okey... Amie akan jelaskan seperti berikut: Bakso ialah sejenis makanan berupa bebola daging yang diperbuat daripada campuran daging lembu dan tepung ubi, dan ada juga bakso daripada ayam dan ikan. Biasanya bakso disajikan bersama kuah dan mee. Namun begitu, ramai yang keliru dengan mengatakan bahawa mee atau mee hoon itulah bakso!
Biasanya kami menikmati bakso dengan campuran mee hoon, dan boleh juga memilih mee kuning jika suka. Beberapa bahan tambahan turut disertakan termasuk sayur kubis yang dihiris halus, taugeh serta bawang goreng dan hirisan daun sup. Ada sesetengah penjual menyediakan pelbagai pilihan termasuk tauhu, bakso bola tenis dan bakso telur. Namun begitu, sambal kicap tetap disediakan sebagai pelengkap rasa!
Bakso berasal daripada perkataan 'Bak-So' dalam bahasa Hokkien yang bermaksud 'daging XXXX giling'. Bermula awal abad ke-17, semasa Dinasti Ming, seorang pemuda yang sangat menyayangi ibunya berasa sangat susah hati kerana ibunya semakin tua dan tidak dapat menikmati hidangan daging seperti kebiasaannya kerana giginya sudah tidak mampu mengunyah sesuatu yang keras. Pemuda yang bernama Meng Bo ini tidak dapat tidur sepanjang malam memikirkan sesuatu yang boleh membantu ibunya menikmati hidangan daging seperti sebelum ini. Suatu hari Meng Bo terlihat jirannya menumbuk beras ketan untuk dijadikan kuih mochi. Meng Bo mendapat idea untuk mengolah daging sebagaimana jirannya mengolah kuih mochi. Setelah daging empuk, Meng Bo membentuknya menjadi bulatan kecil dan merebusnya. Ibunya sangat senang hati kerana dapat menikmati bakso yang lembut itu. Tidak lama kemudian, penduduk di sekitar Fuzhou datang untuk mempelajari resepi yang lazat dan istimewa itu daripada Meng Bo.
Amie pinjam resepi Bakso DAPUR IBUNDO. Minta izin ye Bundo. Amie paparkan di bawah ini untuk tatapan rakan-rakan yang lain.
Resepi : Bakso (Mee Hoon)
Sumber : Dapur Ibundo
Bahan:
Mee/mihun
1 kilo tulang rusuk
Pentol - bebola daging (sukalah banyak mana nak taruk)
2 inci halia
2 inci lengkuas di ketuk
6 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
8 biji sengkuang cina (kalau tak jumpa sengkuang cina janganlah menangis pulak. Ganti je dengan sengkuang biasa 1 biji)
2 bungkus sup bunjut tulang
1 sudu teh lada putih
Rempah 4 sekawan secukupnya
daun sup
daun bawang
Bahan sampingan:
kobis dihiris halus
sambal cili api
kicap
sili sos
daun sup dihiris
bawang goreng
Mee/mihun
1 kilo tulang rusuk
Pentol - bebola daging (sukalah banyak mana nak taruk)
2 inci halia
2 inci lengkuas di ketuk
6 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
8 biji sengkuang cina (kalau tak jumpa sengkuang cina janganlah menangis pulak. Ganti je dengan sengkuang biasa 1 biji)
2 bungkus sup bunjut tulang
1 sudu teh lada putih
Rempah 4 sekawan secukupnya
daun sup
daun bawang
Bahan sampingan:
kobis dihiris halus
sambal cili api
kicap
sili sos
daun sup dihiris
bawang goreng
Cara:
1. Rebus tulang. Banyak air boleh agak sendiri. Masukkan lengkuas yang dititik.
2. Blend sengkuang, tuang dalam periuk.
3. Masukkan sup bunjut, garam dan sedikit daun sup/bawang
2. Blend sengkuang, tuang dalam periuk.
3. Masukkan sup bunjut, garam dan sedikit daun sup/bawang
4. Blend bawang besar, bawang putih dan halia
5. Di kuali lain, panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan yang diblend tadi
6. Masukkan ke dalam air rebusan
7. Masukkan lada putih
8. Bila daging empuk masukkan pentol (bebola daging).
Bila nak makan, masukkan mee atau mihun ke dalam mangkuk. Letak hirisan kobis, daun sup, bawang goreng, cili sos, kicap dan cili. Tuangkan sup ke atasnya. Makan panas-panas. Boleh berpeluh-peluh ni bila makan.
5. Di kuali lain, panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan yang diblend tadi
6. Masukkan ke dalam air rebusan
7. Masukkan lada putih
8. Bila daging empuk masukkan pentol (bebola daging).
Bila nak makan, masukkan mee atau mihun ke dalam mangkuk. Letak hirisan kobis, daun sup, bawang goreng, cili sos, kicap dan cili. Tuangkan sup ke atasnya. Makan panas-panas. Boleh berpeluh-peluh ni bila makan.
Sumber:
dulu waktu saya di Bandung...selalu mkn bakso...tp bila dah balik Msia susah nak cari bakso yg betul2 sedap. Nak buat sendiri tak pandai...hihi
BalasPadamla...bru tau bakso dri china...mati2 ingt onrg indon yg empunya...hahaha...thx kak share info ye...:)
BalasPadambakso klau kena tang kuah + daging dia sedap..mmg sedap la jwabnya....tp dah rasa lapar plak tgk bakso akak nie....tambah lgi cuaca sejuk2 cmni...dpt mkn panas2 nie...mmg sedap...!
Assalam kak amie, wah betul ka ni bakso berasal dari china???mati2 ingat hidangan ni berasal ari indonesia,haha..mmg saya kuat makan ni dulu, sedappp!!
BalasPadamTerima kasih info no Amie, ummi pun ingat dari Indonesia.
BalasPadamMasa kat Mekah pun ada restoran Indonesia jual Bakso, boleh tahan harganya.
Ummi duk bayangkan menghirup bakso Amie ni, sedapnya nyum nyum!!
Suami kakpb suka sgt bakso, bini dia je tak berapa suka. Entah kenapa, kalau ada benda2 bulat dlm sup, susah betul nak makan.
BalasPadamSebelum ni tengok kat tv, org indon yg buat. Nasib baik Amie bgtau.
hana suka bakso.. kalau pedas sedap
BalasPadamtak tahu pula berasal dari China. Tapi sup bakso tu memang menggoda betul...
BalasPadamsalah satu feveret saya ni tapi tak pernah buat sendiri...selalu beli aje kat acik Indon :)
BalasPadamSalam kak amie...mlm2 tgok bakso ni lapar ar pulak...nk mintak jauh tu nk berenang...hihi...x pernh mkn bakso ni...ni mmg chinese food..tpi ramai org kompius sngka dr indo kn...:-)
BalasPadamBaru tahu,selama ni akak pun ingat bakso dari Indonesia.Terima kasih ye Amie atas perkongsian.
BalasPadamoooo...faa pon baru tau Bakso asal dari China..thanks for that info..btw menyelerakan sungguh bakso mee hoon akak tu..
BalasPadambakso is mix food china & indon
BalasPadam