Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang budiman. Rasa seronok menghabiskan hujung minggu pada hari ini. Al-maklum sahajalah... seawal pagi, selepas bersarapan mee hoon goreng dan roti panggang, Encik Suami dan anak-anak bujang sudah bekerjasama membahagikan tugas membersihkan mana yang patut dibersihkan, dan mengemas apa yang bersepah! Bila Amie intai dari pintu dapur, nampaknya permaidani sudah terjemur di atas pagar! Kemudian terdengar Encik Suami mengarah itu dan ini kepada setiap anak bujangnya di ruang tamu, ruang makan, bilik air, tingkat atas dan bawah. Alhamdulillah, kuranglah sedikit habuk dan debu di mana-mana penjuru rumah! Syukur.... walaupun kesemua anak kami lelaki, tapi sekurang-kurangnya tahu serba sedikit mengemas rumah biarpun hanya seminggu sekali.... itu pun sekiranya tiada apa-apa program sepanjang hari Ahad! Amie pun dengan segala senang hati menyediakan hidangan tengahari untuk keluarga kecil kami.
Resepi : Sambal Tumis Udang
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
500 gram udang kertas - bersihkan, buang kepala dan belah belakang
5 helai daun limau purut
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 labu bawang besar - hiris kasar
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
15 biji cili kering
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1cm belacan
1 batang serai
Cara:
1. Goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
3. Masukkan jus limau nipis dan bawang besar. Gaul sebati sehingga bawang layu.
4. Masukkan udang goreng bersama daun limau purut.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul rata.
6. Angkat dan hidangkan.
Amie turut hidangkan Sayur Labu Masak Lemak. Amie tambah sedikit pucuk paku serta kacang panjang. Perencahnya Amie tumbukkan cili padi, bawang merah serta bawang putih dan segenggam ikan bilis. Waduh! Aromanya sungguh menggoda! Apalagi bila bertemu dengan ikan kembung goreng! Lamanya tak menjamah hidangan begini... rasanya kalah semua lauk-pauk hidangan hari raya.
Resepi : Sayur Labu Masak Lemak
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1/8 labu manis (lebih kurang 300 gram) - buang kulit dan biji - potong dadu
10 batang pucuk paku - bersihkan dan potong-potong
5 batang kacang panjang - potong sepanjang 3cm
1 batang serai - dititik
1.5 cawan santan pekat
2 cawan air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumbuk kasar:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
10 biji cili padi
segenggam ikan bilis
Cara:
1. Didihkan 2 cawan air. Masukkan semua bahan tumbuk kasar bersama serai, serbuk kunyit serta labu manis.
2. Apabila labu manis mulai empuk, masukkan santan pekat dan biarkan seketika.
3. Masukkan pucuk paku dan kacang panjang. Kacau sekali sekali supaya tidak pecah santan.
4. Tambahkan garam dan perasa pilihan.
5. Apabila pucuk paku dan kacang panjang telah berubah warna, segera tutup api.
Dan, sebagai pelengkap hidangan kalau sudah lauk-pauk kampung, tentulah Ikan Kembung Goreng menjadi pilihan. Ini yang terus lupa lauk-pauk raya buat seketika!
Cukuplah hidangan makan tengahari untuk hari Ahad yang ceria ini!
Assallamualaikum ..
BalasPadamTidakkkkkkkkk...tu semua menu kegemaran Naz tu. Bila ada sambal tumis tak kiralah apa pun, digandingkan degan labu masak lemak mmg buat makan tak henti2...Sedapnya.Dapat makan masa nasi masih panas2 tak sedar dah 3 kali tambah nasi..heheheee..
salam Amieee..ni lauk pauk yg sungguh menyelerakn.Satu jer yg xder..sambal belacan.Klyu tak mmg nambah2 nasikk..:)
BalasPadamwah!sungguh mantop hidangan kak amie hari nie....
BalasPadamsaya hari nie pun msk lemak jugak tp lemak kubis....sambal sotong & telur dadar..
Assalam Amie..gandingan yang mantap..sedap tu amie
BalasPadamassalamualaikum kak amie..
BalasPadamwahh kalau singgah sini mmg tidak menghampakan mata memandang dengan makanan n gambar yg segar..
sedap tuuu, rasa nak cubit2 sikit nak cicip2 rasa sikit. :-)
penat mengemas rumah mesti ank2 teruna dan bapanya makan penuh selera nak2 dari air tgn org tcinta yg semestinya rajin didapur...alahai bertuah nye mereka :))))
BalasPadamsambal udg tu saje je goda mas kak...tak tahan...tak tahannnnn :)
Simple tapi memang mengundang selera, bertambah nasi kalau lauk macam ni, hehe..
BalasPadamkombinasi lauk yg best..masak lemak ngan ikan goreng...:)
BalasPadamsemuanya menyelerakan..
BalasPadamsalam syg kak amie..
BalasPadamlauk akk sedap2nya..rajin ank2 berkemas..ringan sikit beban ibu dia..:) sambal udang tu sedap klu mkn dgn nasi lemak kan..kecurrr
Ooo kak amie...gue dah sampai....
BalasPadamHemm..sedap2 semua lauk ni....buk pilihan...
haaa... tu diaaa... lauk kampung cmni mmg feveret sepjg masa lah... kan kak Amie
BalasPadambisa tanduk an makan set ni..tak tahan..kemecer..
BalasPadamdh meleleh air liur..sume sedapp..ala kekampongan jgak..mmg best!
BalasPadamhehe..cepat2 amek kak amie adiah tu..walopon x seberapa nilainyer..tp leh jd tanda sahabat di alam maya ni..hehe
simple...tapi sgt meyelerakan... :)
BalasPadam