Pages

Khamis, 6 September 2012

Nasi Goreng Kampung

Assalamualaikum.
Ada sesiapa yang tingkahnya tak berapa nak betul hari ini? He he he.... bukan apa, petang tadi Amie rancang nak masak ikan, nak sediakan sayur, nak buat sambal belacan untuk lauk makan malam kami. Tapi, tiba-tiba ubah fikiran pula. Ikan dimasukkan kembali ke dalam peti sejuk, sebaliknya yang terhidang sebagai menu keluarga, hanyalah nasi goreng!



Amie masak Nasi Goreng Kampung! Kalau ada perencah yang sedia ada dalam paket tentu lebih sedap! Amie tak bubuh cili padi, takut anak-anak tergigit kepedasan, dan tak berselera pula untuk makan. Amie bubuh hirisan cili merah dengan cili hijau besar. Syukurlah, tak ada pun komen ataupun sebarang rungutan ketika mengadap hidangan. 


Resepi : Nasi Goreng Kampung
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
1 cawan ikan bilis goreng
1 cawan kacang gajus goreng
4 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
3 biji lada hijau - hiris
1 biji lada merah - hiris
7 biji kacang buncis - hiris
10 batang kangkung - bersihkan dan potong-potong
1 sudu makan kicap cair
2 sudu makan minyak bijan
garam / perasa pilihan
5 biji telur goreng mata kerbau
keropok ikan
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan cili hijau dan cili merah. Gaul hingga cili menjadi layu.
3. Masukkan nasi putih dan terus gaul sebati.
4. Masukkan kacang buncis, dan kicap cair. Gaul lagi.
5. Masukkan kangkung, garam dan perasa pilihan.
6. Setelah kangkung layu dan berubah warna, masukkan ikan bilis goreng serta kacang gajus goreng.
7. Sebagai sentuhan terakhir untuk menimbulkan aroma, renjiskan minyak bijan.
8. Tutup api.
9. Hidangkan Nasi Goreng Kampung bersama telur goreng mata kerbau dan keropok.



Makan ajelah ye..... Bismillah.

13 ulasan:

  1. slm Kak Amie...sedapnye tgk nasi goreng kg tu memalam gini..lebih lg bile dgandingkan bsama dgn keropok ikn n telur mata lembu 1/2 masak tu...aduhhh terliur sudahhhh

    BalasPadam
  2. Salam Amie...nasi goreng pon lagiiii sedap!Mkn lak time panas2....mau nambah2...

    BalasPadam
  3. Salam kak amie! Kita lama dah tak buat nasi goreng kampung lamaaaaaaa sgt! Tgk kangkung dgn ikan bilis dgn telur dgn keropok tu rasa mcm nk menggoreng keropok ikan lah pulak ehehe...

    BalasPadam
  4. waduh kak...enak banget tu...sedapnya mkn masa tgh panas...sedapppnyaaaa heheehe

    BalasPadam
  5. assalam amie..ehem..sedapnya nasi goreng kampung tu..

    BalasPadam
  6. Amie..ummi singgah makan nasi goreng jap, tak boleh lama2, nak balik tido pulak, selsema sikit ni.

    BalasPadam
  7. ermmmmmmmmm....sedap tu..nasi goreng kampung..kalah lauk ikan tu..
    biasa wanie letak juga ikan goreng yg semlm punya dlm nasi goreng..sedap kak..

    BalasPadam
  8. baru 2 hari lps buat ns.goreng kampong,buat buka puasa..hehe..tp hubby ckp x pedas, jd buat lada potong cepat2..terus ngam..kami ni kalo x pedas xleh kak ami..x syok makannyer..kene pedas smpai nangs2..br syokk

    BalasPadam
  9. sedap la nasi goreng kampung, kalu kat umah sy inilah yg habis dulu he he
    ada pulak telur tu bertambah-tambah nasinya cik abang sy he he

    BalasPadam
  10. salam syg kak amie..
    zila kutip kacang cerdik tu dulu erk..sbb skrg nie mcm dh kurg cerdik sikit ..hi hiii..nasi goreng forever sedapp kak..fav zila nie:)

    BalasPadam
  11. kacang ape tu kak..gajus eh?nice lah kak :)

    BalasPadam
  12. biasalah tu amie. Dalam bab masak memasak ni mesti ada plan B hahhaa..

    BalasPadam
  13. Kacang gajus itu namanya Klau di Indonesia KACANG MEDE and harganya sangat mahal,
    ok nice recipe

    BalasPadam