Oleh kerana semalam talian internet menghadapi masalah, jadi terpaksalah menunda entri hidangan berbuka puasa kelmarin hingga ke hari ini. Anak-anak dan Encik Suami membeli makanan di Pasar Ramadhan Sri Perdana termasuk kuih muih, nasi pilihan dan juga minuman masing-masing. Amie pula, hampir 20 minit waktu berbuka puasa baru ke dapur, masak Ikan Bolu @ Susu Asam Rebus. Entah mengapa, akhir-akhir ini suka berbuka puasa dengan hidangan nasi panas yang lembik, lauk yang ringkas dan berkuah serta masam-masam sedikit. Sedap hirup kuahnya yang masih panas.
Hidangan berbuka puasa dari Pasar Ramadhan Sri Perdana.
Agar-Agar Lumut @ Santan yang sempat Amie sediakan di sebelah pagi.
Kalau yang lain kata sedap dengan hidangan masing-masing, Amie pula sedap menikmati hidangan nasi panas bersama lauk Ikan Bolu @ Susu Asam Rebus. Oleh kerana baru diangkat dari dapur, tentulah kuahnya masih panas! Bila dihirup, rasa segar dan badan pun terasa ringan berpeluh. Maklumlah Amie mengadap semangkuk! Masing-masing punya cita rasa! Yang penting selera untuk berbuka puasa itu ada, kalau tak ada selera itu yang jadi masalah tu!
Resepi : Ikan Bolu @ Susu Asam Rebus
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 keping ikan bolu @ susu
10 biji kacang bendi - buang tangkai dan ekor
2 biji tomato - belah 2
3 biji cili hijau - potong 2
10 biji cili padi
4 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - kupas dan belah 4
1 batang serai
3 keping asam gelugur
1 sudu teh serbuk kunyit
air secukupnya
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Masukkan air dalam periuk dan didihkan di atas api.
2. Masukkan serai, bawang putih, bawang merah, bawang besar, serbuk kunyit, asam gelugur, cili hijau dan cili padi. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan bolu @ susu dan masak selama 5-7 minit.
4. Masukkan kacang bendi, tomato dan garam / perasa pilihan.
5. Tutup api dan hidangkan panas.
Ikan masak asam rebus pasti menyegarkan. "Simple but very refreshing"! Boleh ditenggelamkan nasi dalam airnya....
BalasPadamAyah nak tanya, pernah tak Amie sediakan apa-apa masakan dengan menggunakan ikan salmon?
bestnya asam rebus tu...cuma teringin nak makan ikan bolu tu...x pernah mkn
BalasPadamsedap isi ikan susu ni..manis jer kan..tp kalau makan ngan anak2 kena cek betl2 takut tercekik tulang..sedap ikan ni wat asam rebus..pasti memikat selera
BalasPadamAyah Temuk,
BalasPadammemang sedap makan nasi tenggelam dengan kuahnya yang masih panas Ayah.
Ada, pernah Amie masak ikan salmon panggang...ala-ala barat.
Kasih,
ikan ni berlemak kasih, tulangnya halus-halus..ken hati2.
Lina,
Manis berlemak Lina, masak rebus-rebus gini Amie dengan Encik Suami je yang laju.
Kalau lauk macam ni, ummi pun nak mintak tambah nasi, hik!
BalasPadamsalam syg kak amie..agar2 lumut tue nampak sedap la kak..:)asam rebus pun lama dh zila x buat..ank asik mintak ikan bakar jew smnjak2 nie..layankn dia jew la ;)
BalasPadamKak amie... kepengen sekali makam ikan bolu di sini ngga ada.. :( kita biasanya sebut ini nassu bale bolu..sedap sekali nih..huhuhu..mauuuu
BalasPadamUmmiross,
BalasPadamnampaknya selera kita sama Ummi... pilih yang rebus2 aje...
Zila,
mulanya cadang nak bakar tapi malasnya menyerang tiba-tiba... rebus ajelah senang he he heh
Melly,
oohh itu namanya ye Melly.... di tempat kakak memang masakan ni terkenal dalam kalangan orang Bugis deh...