Pages

Isnin, 13 Ogos 2012

Iftar Hari ke 24 : Sajian Istimewa Shahriah Abdullah Nasi Lemak & Sambal Tumis Udang & Petai

Assalamualaikum.
Akhirnya.... apabila jodoh sudah tiba, Masterchef Malaysia, Shahriah Abdullah sampai juga ke Amie's Little Kitchen! Tak percaya? Cuba lihat di bawah.... Shahriah tersenyum berseri di dapur Amie dengan hidangan resepinya....... he he he ehhhhh.


Sebenarnya Amie rasa gembira sangat menerima kiriman hadiah berupa  Buku Masakan Sajian Istimewa Shahriah Abdullah. Sebagai penghargaan terhadapnya, petang tadi Amie sempat masak 2 jenis resepi yang ringkas tetapi sangat sedap! Amie masak Nasi Lemak berlauk Sambal Tumis Udang & Petai. Walaupun gambar kurang terang tetapi inilah hasil pertama Amie dari Buku Masakan Sajian Istimewa Shahriah Abdullah. Maklumlah, sebaik sahaja selesai masak, azan Maghrib menandakan waktu berbuka puasa mula berkumandang. Amie pun hanya sempat mengambil gambar seadanya sahaja.



Nasi Lemak ini sungguh istimewa kerana aroma halba, bergabung dengan serai serta daun pandan. Inilah kali pertama Amie masak Nasi Lemak menggunakan bawang merah serta gula. Untuk kedua-dua resepi di bawah ini, Amie tambahkan sukatan kerana ada rakan sekerja yang sudah menunggu hidangan ini untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Resepi : Nasi Lemak
Sumber : Sajian Istimewa Shahriah Abdullah

Bahan-bahan:
300 gram beras basmathi - direndam dan dibersihkan
1 sudu kecil halba
1 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - dititik
2 cm halia - dihiris
1 helai daun pandan - disimpul
700ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

Cara membuat:
1. Campurkan beras dengan kesemua bahan. Kacau sekejap.
2. Tanak beras sehingga masak.
3. Apabila masak hidangkan bersama sambal tumis dan rendang daging.


Resepi : Sambal Tumis Udang & Petai
Sumber : Sajian Istimewa Shahriah Abdullah

Bahan-bahan:
400 gram udang - dicuci bersih
150 gram petai - dibelah 2
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
50ml air asam jawa
1 biji bawang besar - dipotong bulat

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm halia
1 cm belacan
15 gram cili kering

Cara membuat:
1. Goreng udang dan petai sehingga bertukar warna. ketepikan.
2. Tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan air asam jawa dan biarkan sebentar.
4. Masukkan udang, bawang besar dan petai. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Sedia dihidangkan.


Oleh kerana Sambal Tumis Udang & Petai ini akan dihidangkan bersama Nasi Lemak, jadi Amie lebihkan sedikit gula di dalam masakan ini.



Telur rebus pun tak sempat dikupas! Amie gunakan kacang gajus sebagai pengganti kacang tanah. Untuk melengkapkan hidangan Nasi Lemak, sudah semestinya ada ikan bilis goreng dan juga hirisan timun. Barulah timbul aroma memenuhi ruang dapur! Apalagi bila Nasi Lemak beraroma halba serta serai dan daun pandan bersatu di atas meja!


Alhamdulillah! Kedua-dua resepi di atas tidak mengecewakan! Memang benar! Ringkas, mudah tapi lazat! Encik Suami (kalau boleh) mahu makan Sambal Tumis Udang & Petai semangkuk! Nasi Lemak habis licin tak tinggal sisa. Apabila Amie ajukan pertanya kepada anak-anak, mana satu yang sedap? Jawapannya: Dua-dua sedap! Nasi Lemak dan Sambal Tumis Udang & Petai sedap! Wah...! Nampaknya seisi rumah  menerima baik resepi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah. 
Buat rakan-raka blogger dan pengunjung yang setia, cubalah sekali resepi di atas. Anda pasti ingin mengulanginya! Sekali lagi, terima kasih Sha! 
Selamat berbuka puasa.

18 ulasan:

  1. sedapnya kak amie....saya pun berbuka nasi lemak jugak hari nie....

    BalasPadam
  2. Amie...memang mantop ni, tengok pun dah tau sedap,ada lgi ke, ummi nak tapau ni,hikhik!!!

    BalasPadam
  3. Aduhhhh terliur nampak sambal udang tu sedap nyerrrrr!!!..

    BalasPadam
  4. Sedapnya! Teringin nak cuba. :D

    BalasPadam
  5. Assalam Amie, saya selalu msk nasi lemak halba ni, bau dia mmgbestkan ala2 nasi dagang, tapi menu amie ni sangat istemewa mkn ngan kacang gajus sedapnyanya pas tu ada sambal berpetai pulak,,hurmmm yummy, bestkn msk2 kalo anak2 suka mkn dan komen sedap..terasa kepuasan memasak

    BalasPadam
  6. As'kum Kak Amie cayanggg waduhhh sha dah ada di dapur Kak Amie...:)) tak sangka sampai ke Sabah dah sha yaa.. lauk pauk yang kak amie masak nampak lebih hebat!!!!! terus kecurrrr tq so much kak Amie cayangggg.. terima kasih dan tahniah dari sha buat kak amie yaa.. :))

    BalasPadam
  7. resepi nasi lemak tu lain dr yg lainlah.. tak pernah masak gaya gini ....

    siap makan dgn kacang gajus.. mesti sedappkan..

    BalasPadam
  8. telan air liur saya..
    ns lemak sy simple ajek..ade sambal ngn telur..berehhh..haha

    BalasPadam
  9. tahniah kak...tgk gambo arasa nak terkam, tp pose kena control ..hehe :)

    BalasPadam
  10. Lama juga tak masak nasi lemak, bagus juga kalau berbuka dengan nasi lemak hari ni....

    BalasPadam
  11. wahhh besarnye udang... geram hehehe... nasi lemak halba memang best kan. kami sekeluarga pun suka ;)

    BalasPadam
  12. Tengok gambar dah tahu sedap,insyaAllah kak Zai akan cuba.

    BalasPadam
  13. Tahniah kak amie dpt buku tu. mmg nmpk sgt sdp lak nnti boleh cuba insyaAllah... Terima kasih krn kongsi di sini

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Amie :D
    Nasi lemak kalau dimakan panas2 bersama dengan sambal tumis..perrhhhh sedapnya!

    BalasPadam
  15. salam syg kak amie
    rindu pulak nk mkn nasi lemak kak..:)
    dah lama x buat..

    BalasPadam
  16. Ya, nampak dua dua pun sedap sekali! I nak cuma Nasi lemak ini for sure ^_^

    BalasPadam