Pages

Sabtu, 21 Julai 2012

Sup Ayam Hadnyai

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Sahur untuk hari pertama bulan Ramadhan al-Mubarak 1433H telah kami laksanakan. Waktu imsak di Lahad Datu pagi ini ialah pada pukul 4.30 pagi, manakala masuknya waktu solat Subuh ialah pada pukul 4.40 pagi. Anak-anak bersemangat untuk bersahur dan Encik Suami pula ringan tulang bangun awal untuk sama-sama menyiapkan hidangan. Sebenarnya, segala bahan masakan untuk hidangan bersahur sudah disediakan lebih awal sebelum tidur. Jadi, tidaklah perlu mengambil masa yang lama untuk berada di dapur. Oleh kerana Encik Suami berpesan awal-awal supaya masak hidangan berkuah, jadi salah satu menu bersahur yang Amie sediakan ialah Sup Ayam Hadyai untuk dihidangkan bersama nasi panas.  


Ramai blogger masakan telah mencuba resepi Sup Ayam Hadyai ini. Resepi asal Sup Ayam Hadyai ini Amie kongsi daripada Pyhonda @ My Resepi. com. Menurut Pyonda, resepi yang lazat ini datangnya dari kampung Patani dan Hadnyai. Bahan asas yang mesti dimasukkan dalam resepi ini ialah serai dan lengkuas serta bahan-bahan lain termasuk rempah-ratus untuk membuat sup. Berdasarkan maklumat dari komen yang Amie baca, kata Pyhonda, bolehlah masukkan kentang jika suka.  Minta izin dan halalkan resepi ini ye Pyonda, dan Amie panjangkan di sini untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Terima kasih daun keladi Pyonda, ada resepi lain bolehlah kongsi lagi.


Resepi : Sup Ayam Hadnyai
Sumber : pyhonda

Bahan-bahan ( 3 orang makan )
  • 1) Sebelah ayam dipotong-potong
  • 2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
  • 3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  • 4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
  • 5) 2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
  • 6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • 7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya!

16 ulasan:

  1. wsalam kak amie..
    slamat bersahur..kita pun baru lps nie..sedap hirup sup pepagi nie..kita masak ikan jew harinie..:)

    BalasPadam
  2. Salam Amie.Klu kat umah atie ni...mmg xlalu nk bersahur ngan kuah2.
    Biasa atie masak sambal2 jer...pastu ada lak telo masin.laju gak menyuap.
    Klu xder selera minum air panas...cukup lar.

    BalasPadam
  3. sedap tu kak, makan sup jadi selera je sahur tu...mas pun sahur dgn sup tp sup sayur lah

    BalasPadam
  4. Zila,
    Encik Suami memang suka sahur dengan lauk berkuah, anak-anak pun makan sama, tak cerewet, cuma minta tambah sosej.

    Atie,
    alhamdulillah, berkuah atau tidak, ahli keluarga boleh makan, Encik Suami pesan nak makan berkuah, Amie buatkan, tak berkuah pun dia tak kisah, makan saja apa yang dihidang.

    BalasPadam
  5. Mas Sani,
    Memang berbau rempah sup satu dapur, tambah wangi dengan daun sup dan bawang goreng.

    BalasPadam
  6. Selamat berpuasa Amie, akak pun masak berkuah tadi. Ingat utk esok boleh la masak sup ayam pula. Untuk ayah dan anak je.

    BalasPadam
  7. Zana,
    Selamat berpuasa juga. Masing-masing ada selera tersendiri ye Zana.... yang penting perut memang kena isi terutama anak-anak kita he he he heheh.

    BalasPadam
  8. salam amie...ramai nya dah beri komen..bersemangat gitu..hehe apapun kak ilah amek kesempatan ini mohon kemaafan jika selama kita berkenalan ada kak ilah menguris harti mu dek...

    BalasPadam
  9. Kak Ilah Jy,
    aduhhh... sebak rasanya dadaku membaca tulisan Kak Ilahku sayanggg.... daku pun begitu jua kak, andai ada salah silap dalam tutur bicara (tulisan) minta maaf pada segalanya.... hu hu huuu

    BalasPadam
  10. syukur amie kaki kak ilah dah ok..sejak makan pamoga dan sapu cream panas tuuu...

    BalasPadam
  11. assalamualaikum kak amie.. maaf lama tak menjenguk ke sini. bz sikit. hehe.. mmg sup ni sangaaat sedap. tiap kali buat sup mmg dh ingat resepi ni.. tak tukar resepi dah :-)

    BalasPadam
  12. aslmkum amie.. selamat berpuasa buat amie skrga.. nmpk myelerakan menu amie ni.. boleh lah saya cuba nanti..

    BalasPadam
  13. bersahur dgn sup ayam mmg bertambah2 nasi ...lg2 en suami,mmg faberet dia...di ++ lg dgn adanya ikan tenggiri masin wow!mmg best.....

    BalasPadam
  14. salam ramadhan gak wat amie sekeluarga ye!

    BalasPadam