Assalamualaikum.
Amie sediakan pencuci mulut Agar-Agar Pelangi Berkabus sebagai hidangan sampingan untuk hari pertama berbuka puasa di bulan Ramadhan ini. Masuknya waktu berbuka puasa di daerah kami tepat pukul 6.25 petang. Sebentar lagi... lebih kurang 20 minit dari sekarang!
Resepi Agar-Agar Pelangi Berkabus ini hasil idea Amie sendiri. Sebenarnya bahan asasnya terdiri daripada agar-agar, santan, telur dan gula serta pewarna pilihan. Selebihnya adalah kerana suka-suka saja untuk menamakannya demikian.
Resepi : Agar-Agar Pelangi Berkabus
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan A:
10 gram agar-agar
550ml air
3/4 gula melaka parut
75ml santan pekat
1/2 biji telur
secubit garam
Bahan B:
10 gram agar-agar
550ml air
5 sudu makan gula pasir
75ml santan pekat
1/2 biji telur
setitik pewarna hijau
secubit garam
Bahan C:
10 gram agar-agar
550ml air
5 sudu makan gula pasir
75ml santan pekat
1/2 biji telur
setitik pewarna kuning limau
secubit garam
Bahan D:
10 gram agar-agar
550ml air
5 sudu makan gula pasir
75ml santan pekat
1/2 biji telur
setitik pewarna oren merah
secubit garam
Bahan E:
10 gram agar-agar
550ml air
75ml santan pekat
5 sudu makan gula pasir
1/2 biji telur
setitik pewarna merah tua
secubit garam
Cara:
1. Bahan A: Didihkan air. Masukkan agar-agar dan masak sehingga larut. Masukkan gula melaka dan kacau lagi sehingga gula larut. Tambahkan secubit garam. Bancuh 1/2 biji telur dalam 75 ml santan pekat. Tuangkan bancuhan tersebut ke dalam adunan agar-agar. Kacau hingga sebati dengan api perlahan. Tuangkan ke dalam acuan pilihan. Sejukkan.
2. Bahan B: Didihkan air. Masukkan agar-agar dan masak sehingga larut. Masukkan gula pasir dan kacau lagi sehingga gula larut. Tambahkan secubit garam. Bancuh 1/2 biji telur dalam 75ml santan pekat. Tuangkan bancuhan tersebut ke dalam adunan agar-agar. Kacau hingga sebati dengan api perlahan. Tuangkan ke dalam acuan yang berisi Bahan A. Sejukkan.
3. Ulangi cara (2) di atas untuk Bahan C, Bahan D dan Bahan E hingga selesai.
Hasil Agar-Agar Pelangi Berkabus ini agak banyak, jadi sempena bulan yang mulia ini eloklah kita menghulur juadah untuk jiran tetangga. Biarpun hanya agar-agar tapi yang penting niat kita ikhlas untuk kongsi bersama. Amie berbuka puasa dulu ye kawan-kawan!
salam amie..cantiknya agr amie tu..tergoda acik tengok
BalasPadamSalam sayang kak amie..sedapnyer agar ni..dan cantik sekali..rajin kak amie melapis satu persatu..teringin mieza mencuba resepi ni..insyaAllah kena gi beli agar-agar dulu..TQ kak..selamat berpuasa semoga bertambah pahala di bulan mulia ini..
BalasPadamassalam kak..akak,kite nk try buat agar2 nie..mtak ijin ye.. 8)
BalasPadam