Hari pertama ibadah berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak 1433H dapat dijalani dengan sempurna. Alhamdulillah, selesai menjamah juadah dan menunaikan solat Maghrib, anak-anak bersama Encik Suami bergegas ke masjid di kampung Encik Suami sejauh 15 minit perjalanan sekiranya tidak ada kesesakan lalu lintas. Bukan tidak ada masjid berhampiran tempat tinggal kami, tetapi biasanya masjid penuh sesak dengan jemaah dan Encik Suami memang setiap tahun solat tarawih di kampung. Tujuannya, selain solat, dapat mengambil ayahanda di kampung untuk sama-sama solat di masjid.... opppsss! Terlupa... tahun ini merupakan tahun pertama kami berpuasa tanpa ayahanda mertua. Biasanya menjelang pukul 9 malam lebih sedikit, solat tarawih selesai, maklumlah waktu Isya' di sini pada pukul 7.38 malam.
Amie sediakan hidangan Nasi Beriani bersama Ayam Masak Kari dan Acar Timun Berempah. Antara ketiga-tiganya, Amie berminat dengan Acar Timun Berempah. Begitu juga dengan Encik Suami. Mungkin selalu Amie hidangkan acar mentah, jadi bila sesekali makan Acar Timun Berempah, memang terasa enaknya. Lauk utama yang Amie sediakan ialah Ayam Masak Kari. Amie sengaja pekatkan kuahnya!
Anak-anak akan mencari kentang kalau Amie hidangkan Ayam Masak Kari. Jadi Amie sengaja lebihkan kentang kalau masak begini.
Inilah Acar Timun Berempah kegemaran Amie dan Encik Suami. Rasanya memang sedap mengikut selera kami. Memang sedap dengan rasa udang kering, kerisik dan juga biji sawinya yang rangup kalau tergigit!
Untuk resepi Nasi Beriani bolehlah klik DI SINI. Sumber rujukan Amie ialah Buku Masakan Tradisi Johor oleh Noraini Margono. Di bawah ini Amie kongsikan resepinya.
Resepi: Nasi Beriani
Sumber : Buku Masakan Tradisi Johor - Noraini Margono
Bahan-bahan:
3 mangkuk beras Basmathi
1/2 mangkuk susu cair
2 sudu besar susu pekat
1/2 mangkuk minyak sapi
2 ulas bawang merah - hiris
1 batang serai - ketuk
rempah penumis -kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
1 helai daun pandan
2 sudu besar pewarna kuning
3 mangkuk air
1/2 mangkuk kuah beriani - Amie tak bubuh.
1/2 mangkuk minyak Daging Beriani - Amie tak bubuh.
1 biji limau nipis
sedikit garam
Cara menyediakannya:
1. Cuci beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Goreng rempah penumis, serai, dan bawang merah hingga kekuningan.
3. Setelah bawang kekuningan, masukkan beras, gaul rata hingga beras berkilat.
4. Masak air, garam dan daun pandan di dalam periuk. Setelah air mendidih masukkan susu dan akhir sekali air limau nipis.
5. Setelah air mendidih lagi, masukkan beras dan kacau rata. Tutup periuk rapat-rapat.
6. Setelah air kering, kacau nasi perlahan-lahan.
7. Buatkan beberapa lubang pada nasi dan tuangkan pewarna.
8. Buat lubang lain pada nasi, tuangkan kuah beriani - Amie tak bubuh.
9. Jika suka daging juga boleh dimasukkan ke dalam nasi dengan membuat lubang yang lebih besar- Amie tak bubuh.
10. Akhir sekali ratakan nasi dan tuangkan minyak Daging Beriani ke atas keseluruhan permukaan nasi - Amie tak bubuh.
11. Tutup periuk hingga nasi masak.
Resepi : Ayam Masak Kari
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
10 ketul daging ayam - anggaran 600 gram
3 biji kentang - kupas dan belah 4
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
asam jawa sebesar ibu jari - bancuh dengan sedikit air dan tapis
garam dan gula secukup rasa
minyak
Bahan kisar:
5 biji cili kering
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2cm halia
Bahan tumisan:
1 labu bawang besar - cincang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 sudu makan serbuk kari ayam / daging
daun kari - Amie lupa bubuh
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan tumisan kecuali serbuk kari hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan kaca sebati. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
3. Masukkan serbuk kari dan perlahankan api. Apabila naik bau masukkan daging ayam dan gaul rata.
4. Besarkan api, dan masukkan bancuhan air asam jawa serta santan cair. Biarkan mendidih.
5. Masukkan kentang dan masak sehingga daging ayam dan kentang empuk.
6. Masukkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
7. Masak sehingga daging ayam benar-benar empuk dan kuah menjadi pekat.
8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Untuk maklumat lanjut mengenai resepi Acar Timun Berempah yang lazat ini, bolehlah klik DI SINI.
Resepi : Acar Timun Berempah
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
Bahan A:
2 biji timun - buang biji, potong kecil memanjang 2 inci
1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 inci
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar minyak
Bahan B: kisar
5 tangkai lada kering
1 sudu besar udang kering
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Bahan C:
2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
rempah penumis: bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis
Cara:
1. Rendam timun dan lobak merah bersama air kapur dan garam. Kemudian cuci hingga bersih.
2. Perap timun dan lobak merah tadi dengan garam dan gula. Kemudian toskan.
3. Tumis kesemua Bahan B hingga terbit minyak.
4. Masukkan rempah kari dan gaul rata.
5. Masukkan kesemua Bahan C, dan kacau hingga pekat.
6. Masukkan timun dan lobak merah. Gaul hingga timun dan lobak merah mesra dengan rempah.
Jemput berbuka puasa bersama di Amie's Little Kitchen!
asslm Kak Amie...sedapnye menu bbuka akak hari ni...terliur juga dbuatnye...rajin betul akak masak gitu...meh spingggan..hehe
BalasPadamsalam kak amie..rajin nya kak amie ni siap masak nasi beriani ni..beruntung family dapat berbuka nasi hidangan yang lazat di hari pertama berbuka...syukur dgn rezeki Nya...
BalasPadamsungguh menyelerakan hidangan ini amie..alhamdulillah.
BalasPadamAmie, sedapnnyer nasi beriani tu. lengkap set nyer
BalasPadamrajin kak Amie msk cam gini....nk msk pun diorg x mkn,....
BalasPadamSedapnya menu berbuka Amie.resepi acar tu dah masuk dlm list...mesti cuba.Tq berkongsi resepi.
BalasPadamWah bestnya menu iftar pertama kak amie. Saya tak masak semalam.
BalasPadamSalam k.Amie,
BalasPadamamboi....1st day puasa ~ mengancam betul menunya....
mesti sedap nie....:)
rajin betula la Amie nie....tp saya tak lalu la nk mkn nasi bln2 posa nie.....gila kuih je...hihi, juling mata tgk kuih kat bazaar
BalasPadamsedapnya tgk juadah berbuka akak ni. saya berbuka jarang nak msk nasi sebab dlm masa 31/2jam lepas berbuka kena mkn sahur dah sebab waktu imsak 2.30pagi.tu sebab msk nasi utk sahur jer.
BalasPadamsalam ramadhan kak amie... wahh pertama kali tahu acar berempah tu...
BalasPadamp/s: versi tak jepun tu sangat membantu kami waktu travel hehe..
salam ramadhan..moga ramadhan kali ini lebih diberkati
BalasPadamnice picca kak mie..juadah pun mantopp..dah siang baru sempat tgk..hehe :)
BalasPadamsalam amie...
BalasPadamwana nak mintak izin cnp resepi nasi beriani ni ya..... nampak sedap dan menyelerakan sekali!!! my anak2 suka sgt makan nasi beriani utk juadah berbuka puasa!!!
salam amie...
BalasPadamwana nak mintak izin cnp resepi nasi beriani ni ya..... nampak sedap dan menyelerakan sekali!!! my anak2 suka sgt makan nasi beriani utk juadah berbuka puasa!!!
Qasey Honey,
BalasPadamwaalaikumussalam....
alhamdulillah, untuk keluarga kecil kakak.
Mieza,
alhamdulillah... syukur masih dikurniakan kudrat untuk masak-masak.
Whitecappuccino,
Alhamdulillah, hidangan ini memang diterima ahli keluarga.
Azie,
BalasPadamset yang ringkas saja Azie, yang termampu Amie masak.
Myda,
sesekali masak begini untuk keluarga tersayang.
Norzie,
Silakan cuba resepi acar tu Norzie, memang sedap!
Hazila,
BalasPadamDi sini tak banyak pilihan menu berbuka untuk dibeli di bazaar Ramadhan, jadi kena turun dapur he he heh...
Asyifa,
hari pertama... he he heh hari seterusnyab tak tahu lagi (kalau mood malas datang he he hehh)
Khairiah,
kalau Encik suami beli kuih di bazar memang membazir sebab anak-anak tak sentuh, anak-anak mahu juga hasil air tangan ibunya he he heh
Nieza,
BalasPadamKakak masak ikut selera anak-anak, tapi biasanya mereka yang ikut selera kakak he he hehh ada juga masanya kami buka tak makan nasi, tapi kalau Nieza memanglah kena begitu sebab tempoh masa yang sangat singkat, memang masa sahur kena makan nasi untuk bekalan tenaga selama 20 jam berpuasa ye Nieza.
Hanis,
selama ini kak Amie hanya makan acar berempah yang orang masak, tapi dah tahu buat sendiri sekarang ni, memang sedap hanis!
Pen Biru,
insya-Allah Taala.
Tihara,
BalasPadamterima kasih dik Tihara,
Wana,
silakan Wana, memang sedap resepi ini sebab Amie dah cuba beberapa kali.