Pages

Selasa, 31 Julai 2012

Iftar Hari Ke 11 : Mee Rebus Chef Wan

Assalamualaikum.



Kami berbuka puasa dengan Mee Rebus Chef Wan. Bagaimanapun Amie ubahsuai sedikit bahan yang digunakan memandangkan anak-anak kurang menggemari daging, jadi Amie tambah bebola daging di dalam kuahnya. Resepi asalnya Chef Wan namakan Mee Rebus Cik Aini tapi Amie ubah kepada Mee Rebus Chef Wan! Minta maaf ye Chef.... bukan apa, suka kat nama tu... he he he heh! Amie juga sediakan sambal kicap untuk menambah kepedasan hidangan ini. Rasanya... ketika 2 atau 3 suapan terakhir, baru Encik Suami bertanya: Masukkan apa dalam kuah ni? Amie tak terus jawab sebaliknya bertanya kembali: Sedap ke? Apa jawabnya? Sedap katanya. Sebelum ini bukan tak pernah buat mee rebus, tapi tak pernah pula bertanya apa bahan yang digunakan dalam kuahnya.


Selalunya kalau makan mee rebus Amie suka bubuh kuah banyak-banyak! Kalau untuk paparan dalam blog Amie bubuh kuah sampai menutup semua bahan, tak nampaklah rupa mee rebusnya, nampak kuah sajalah ye.  Jumlah bahan yang Chef Wan gunakan adalah dalam kuantiti yang banyak, jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba resepi ini, pandai-pandailah gunakan sukatan sendiri.

Resepi :  Mee Rebus Cik Aini
Sumber : Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan

Bahan-bahan: 
2kg mee kuning segar
200 gram taugeh - dicelur sejurus sebelum menghidang
4 keping tauhu keras - digoreng terendam dan dipotong 6 setiap satu
3 tangkai cili hijau - huang biji dan hiris
2 tangkai cili merah - buang biji dan hiris
4 tangkai daun sup - hiris
4 batang daun bawang - hiris
3 biji telur rebus keras - dikupas dan dipotong baji
6 biji limau kasturi - dibelah 2
Amie tambah 20 biji bebola daging

Bahan kuah:
4 sudu besar minyak masak
3 sudu besar serbuk kari
110gram taucu
1kg daging lembu - dipotong kecil
air secukupnya
1kg ubi keledek - direbus, dikupas dan dilecek
2cm lengkuas - dikupas dan dititik
5 biji tomato - dipotong 4
85gram kacang tanah - dipanggang dan ditumbuk
garam dan gula secukupnya

Bahan pes rempah:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1cm halis dikupas

Cara:
1. Masukkan bahan-bahan pes rempah ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan pes rempah sehingga wangi.
3. Tambah serbuk kari daging serta taucu dan tumiskan sehingga wangi.
4. Masukkan daging, air, ubi keledek serta lengkuas dan didihkan selama 20 minit.
5. Masukkan tomato serta kacang tanah kemudian kecilkan api dan renehkan sehingga tomato lembut - Amie masukkan bebola daging ketika ini.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Letakkan mee ke dalam mangkuk kemudian letakkan taugeh di atasnya. sendukkan kuah ke atasnya dan hidangkan dengan tauhu goreng, cili, daun bawang, daun sup, bawang goreng, telur serta limau.
8. Hidangkan segera.


Adakah kerana rasa kuahnya yang sedap, atau kerana lapar berpuasa.... habis seperiuk kuah Mee Rebus Chef Wan! Anak-anak berkali-kali menambah ke dalam mangkuk masing-masing! Alhamdulillah... selamat berbuka puasa.

17 ulasan:

  1. Salam kak amie! sdpnya mee rebus, kita lama dah tak mkn mee rebus tau kak, tgk mee rebus akak meriah betul bhn2nnya, suke betul tgk lada2 hiris tu sume, seronok masa makan tergigit gigit dia punyer lada tu :D

    BalasPadam
  2. sedap nya mee rebus, melly juga suka mee rebus, kat tempat kerja hubby ada kedai melayu jual mie rebus yg sedappp sstt di sini maki panggilnya mee jawa.. mauu semangkok..slurrp

    BalasPadam
  3. sedapnya mee rebus..lama betul xmakan..tumpang semangkuk bleh x? hihihi

    BalasPadam
  4. salam Amie.Klu suami dah puji tu mmg dah blh bukak kedai la ni.

    nampak sedapppp tu...simpan sikit tuk atie ya..nk mkn sahur kang:D

    BalasPadam
  5. As salam Amie. I dah lama salin resepi Mee Rebus Che Ani tapi belum terbuat buat smp skrg. Dah tengok dlm blog Amie ni, jadi teruja kembali

    BalasPadam
  6. Assalam kak, mee rebus cik Ani mak chef wan ni memang terbaik..sedapla..saya suka.terasa mcm nk buat lagi jer.

    BalasPadam
  7. hehehe... kalau guna nama chef wan lebih glemer gitukan amie sebab semua org kenal.. kita pun dah buat dulu.. memang sedap.. anak2 suka..

    ada satu mee yang kuahnya pedas & hangat amie.. namanya mee betawi.. amie patut cuba sebab teramatlah sedapnya.. ada resepinya di blog madiha... mana tau kot nak ubah selera...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Amie....waaahh mee rebus mmg akak suka..ni pun nampak cukup sedap...akak x try pun lgk resepi Chef Wan ni...tengok ramai yg dah cuba seblm Ramadhan lgk...adeii nak buat jugak laaaa...Selamat Berpuasa untuk Amie sekeluarga yea..

    BalasPadam
  9. saya selalu buat mee goreng je..leh try resipi kak ni nanti :)

    BalasPadam
  10. kerajinan betul lah akak ni....

    oohhh jadi semalam tak de lauk utk dikilau lah yer..cuma asyik mentong jer....

    ucu smlm pon buka mkm mee jugak...tapi mee maggie kosong.. kononnya nak berbuka diluar lps solat maghrib dgn anak2..sbb pak su bebuka dgn geng2 kt luar....
    tetiba blh pulak tu malas nk kluar... call pak su suruh di beli kan sup tulang dgn ikan kembung pedas, ..jadi makanlah kami dlm jam 11 mlm...

    BalasPadam
  11. Salam Amie cayang!,salam Ramadan,salam rindu-rinduan,kiss!,kiss!,kiss!..

    Selamat menunaikan ibadah puasa bersama keluarga tercinta.Terliur tengok mee rebus tu Amie..

    BalasPadam
  12. Ika,
    Kak Amie suka kuah mee rebusss.... sedap!

    Melly,
    maknanya mee jawa pun macam mee rebus jugalah ye... nanti tengok macamana resepinya, ada persamaan tak.

    Adda,
    boleh.... tambah lagi semangkuk pun boleh.

    BalasPadam
  13. Atie,
    bestnya kalau ada gerai makanan kan Atie..ha ha hah tak dapat bayangkan kepenatannya!

    Azie,
    bagi Amie memang sedap rasa mee rebus ini, lagi pun tengok seisi keluarga menambah2 sampai habis kuah, memang sedaplah tu kan Azie.

    Nieza,
    ooo dah pernah buat ye nieza, memang sedaplah, bolehlah buat hidangan kalau buat rumah terbuka nanti.

    BalasPadam
  14. Madiha,
    memang sedap2lah resepi Chef Wan, nanti Amie datang selongkar resepi mee betawi tu ye Madiha, terima kasih banyak bagi idea...

    Ummi,
    agaknga kalau dah ramai yang cuba buat tentu ada sesuatu yang menarik dalam resepi tu kan Kak Ummi... tentulah rasanya yang sedap!

    Tihara,
    Kak Amie nak hirup kuah mee rebus puas-puas ni dik Tihara...jom hirup sama!

    BalasPadam
  15. Ucu,
    berliur kudengar ada sup tulang! sedapnya makan dengan mee hoon campur sambal kicap! Lewat makan sampai jam 11... tak gastrik ke...

    Ummiross,
    waktu Amie masak di dapur tadi, tiba-tiba teringat Ummi, lama tak dengar khabar berita Ummi... dah siap masak Amie masuk 'dapur'...eh... ada sudah Ummi datang he he hehh....telepati Amie kuat tau Ummi!

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Amie...
    Terliur betul Kak Lin tgk mee Rebus ni...sedapnya...

    BalasPadam
  17. Kak Lin Rosly,
    cuba buat kak Lin.. memang sedap!

    BalasPadam