Pages

Rabu, 25 Julai 2012

Iftar Hari Ke 5 : Ketupat Palas Dengan Opor Ayam

Assalamualaikum.


Hari ini Amie sediakan Ketupat Palas Dengan Opor Ayam buat hidangan berbuka puasa. Tidak ketinggalan Jus Tembikai & Laici sebagai penghilang dahaga.


Amie beli Ketupat Palas Nona sahaja. Masak ikut arahan yang diberikan. Mudah dan cepat! Amie temankan Ketupat Palas dengan Opor Ayam. Resepi Opor Ayam yang Amie gunakan juga cukup mudah! Tidak banyak bahan yang perlu disediakan. Hanya bawang putih, jintan putih, cili merah, cuka serta santan pekat. Bahannya boleh dikira dengan jari, tapi hasilnya sehingga menjilat jari! Resepi ini Amie pelajari ketika usia 19 tahun, semasa menunggu keputusan STPM! Oleh kerana kali pertama Amie mencicipi hidangan ini, (hidangan hari raya) Amie rasa terpikat oleh keenakannya, jadi Amie terus mintav resepinya dan simpan hingga ke hari ini. Terima kasih Mama Suzlin (Kampung Melayu Ampang) kerana telah menurunkan resepi ini kepada Amie. 


Resepi : Opor Ayam
Sumber : Mama Suzlin
Olahan: Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
4 cawan santan sederhana pekat
10 biji cili merah - kisar
5 biji bawang putih - kisar
1 sudu makan jintan putih - kisar
1 sudu makan cuka
garam dan perasa pilihan secukupnya


Cara:
1. Campurkan kesemua bahan kisar bersama santan ke dalam periuk dan biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan daging ayam dan biarkan selama 5 minit.
3. Perlahankan api dan biarkan daging ayam empuk serta kuah menjadi pekat.
4. Tambahkan garam dan perasa pilihan serta cuka.
5. Tutup api.



Wokey.... kami buka puasa dulu...

8 ulasan:

  1. aslmkum amie.. segarnya tgok air tembikai laici tu.. 3 gelas tak cukup ni..

    BalasPadam
  2. ketupat ngn opor ayam..rasa cm dh nk raya jer...sedapnya la kan...

    BalasPadam
  3. wah! siap ketupat palas lagi. mak nani hanya akan buat ketupat kalau nak raya je.

    BalasPadam
  4. macam nak raya udah ni Mie ada ketupat segala dpt makan lagi bestttt biasa akak makan ngan kari je kalau ketupat ni ni ada opor mesti lebih istimewa lagi kan

    BalasPadam
  5. Salam Amie.ada ketupat....sedap cicah dg kuah pekat mcm...opor...rendang. ketupat nona mmg best....mudah dan enak rasanya .

    BalasPadam
  6. aisey kak amie..ketupat puasa ye..bukan ketupat raya

    BalasPadam
  7. aisey kak amie..ketupat puasa ye..bukan ketupat raya

    BalasPadam
  8. Kak Amie ,
    Hari kelima puasa pun dah macam hari raya.Kalau hari raya lagi meriah ni.

    BalasPadam