Pages

Sabtu, 28 Julai 2012

Iftar Hari Ke 8 : Ayam Cencalok

Assalamualaikum.


Hari ini anak-anak bersama Encik Suami ke bazaar Ramadhan dan pulang membawa bahagian masing-masing. Jadi, Amie pun tidaklah Perlu sibuk menyiapkan hidangan berbuka kerana Encik Suami juga membawa pulang sebungkus air tebu dan 5 biji kelapa muda. Cuma, sehari dua ini rasa kurang enak badan. Mulut pun terasa pahit. Selera untuk memilih makanan apalagi untuk memasak pun berkurangan, jauh jatuhnya, ke laut dalam! Orang kata ubat pahit mulut atau mati liur, kena pilih yang masam-masam. Benarkah begitu? Apa kata kita cuba resepi Ayam Cencalok? Ada masin, ada manis & masam! Sayangnya Ayam Cencalok Amie nampak pucat sebab terlupa bubuh kunyit! Resepi Ayam Cencalok ini Amie ambil dari SINI. Terima kasih Danial17 kerana berkongsi resepi yang diambil daripada sumber Chef Rina.


Resepi : Ayam Cencalok

Bahan A :

180ml minyak masak 

15 ulas bawang merah, dikupas dan dipotong halus - Amie gantikan dengan 1 labu bawang besar (tak sanggup menahan airmata yang mengalir di bulan puasa kerana mengupas bawang merah)
7 ulas bawang putih, dikupas dan dipotong halus 
1kg dada ayam, dipotong kecil 
140g cencaluk, dibuang airnya 
3 helai daun limau purut 
400ml air asam jawa, diambil dari 100g asam jawa, dan 400ml air 
3 ¾ sudu makan gula 
3 biji cili merah, dipotong menegak, biji dibuang, dan dipotong 3 
3 biji cili hijau, dipotong menegak, biji dibuang, dan dipotong 3


Bahan B (dikisar halus) :

17 ulas bawang merah, dikupas 

5cm kunyit, dikupas - Amie lupa bubuh
5 batang serai, dipotong halus


Cara:
1.Panaskan minyak masak, dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga rangup. Kering dan ketepikan.
2.Dalam minyak yang sama, tumis Bahan B sehingga wangi. Tambah ayam, cencaluk dan daun limau.
3.Tambah air asam jawa. Tambah gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
4.Masukkan cili dan separuh daripada bawang merah dan bawang putih goreng tadi.
5.Hiaskan bersama baki bawang merah dan bawang putih goreng sebelum dihidangkan.


3 ulasan:

  1. salam kak amie..sihat ke?kalau datang sini mesti ada je resipi baru..ayam cencalok tak penah makan..tp,namapk menyelerakan sungguh!

    BalasPadam
  2. Kamalia,
    sihatlah juga he he he heh... ni buat ayam cencalok ni sebab tak berapa selera nak makan.

    BalasPadam
  3. takde pulak stok cencaluk. selalu makan cencaluk dengan nasik macam tu je. tak pernah pulak disampur dengan ayam ni. mesti sedappp!

    BalasPadam