Pages

Rabu, 18 Julai 2012

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Selamat petang. Jom buka tudung saji di dapur Amie. Apa yang ada di bawahnya? Inilah dia lauk makan malam kami sekeluarga. Ayam Masak Lemak Cili Padi.


Semua cili padi Amie sudah masak, merah menyala. Jadi warnanya turut mempengaruhi warna kuahnya. Amie masak sekali harung bersama sayur terung hijau dan tempe. Jimat masa dan tenaga! Juga tidak perlu berlama-lama mencuci kuali dan bekas mangkuk sayur di sinki. Ha...ha ha hah gaya cerita Amie petang ini memang gaya orang malas!


Dengan paparan Ayam Masak Lemak Cili Padi ini, diharapkan boleh menjadi panduan kepada rakan-rakan yang mempunyai waktu yang sangat minima di dapur! Tapi janganlah selalu diamalkan, takut ada yang jemu untuk menikmatinya he he hehh....

Resepi : Ayam Masak Lemak Cili Padi
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 keping daging ayam
10 biji terung hijau - belah 2
1 keping tempe - potong 10
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
minyak
2 keping asam gelugur
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
1 sudu kecil serbuk kunyit atau 3cm kunyit hidup tumbuk 
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk:
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan daging ayam dan balik-balikkan sehingga daging ayam layu.
3. Masukkan asam gelugur, dan serai serta serbuk kunyit.
4. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih sehingga ayam hampir empuk dan kuah menjadi pekat.
5. Masukkan santan pekat, tempe, terung hijau dan daun kunyit. 
6. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
7. Apabila kuah menjadi pekat, daging ayam empuk, terung dan tempe masak, bolehlah tutup api dapur.
8. Sedia untuk dihidangkan.


Alhamdulillah. Rezeki Allah.

Di kesempatan keemasan ini Amie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia buat semua teman pengunjung yang dihargai. Semoga mendapat keberkatan sepanjang menjalani ibadah puasa yang akan menjelaang tiba!

19 ulasan:

  1. sedapnyee apyam masak lemak cili padi neh..mmg peberet sy zaman berzaman..nyumnyum

    BalasPadam
  2. assalam amie..selamat menymbut ramadhan jugak buat amie..
    aym msak lomak cili api memng sedap amie

    BalasPadam
  3. Sedappp...kak Zai suka.

    Selamat menyambut Ramdhan juga buat Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  4. selamat menyambut ramadhan ya amie..
    meh sikit gulai lomak ayam tu nak raso..hehe

    BalasPadam
  5. selamat berpuasa juga ye amie
    mohon maaf jika ada kata2 yg mguris perasaan...hugs

    aduiiii sedapnya :)

    BalasPadam
  6. fuhhhh... belum makan dah berpeluh nengok ke resepinya... kalau saya ni alamat x makan la ni kak... pedassssss!

    * selamat berpuasa

    BalasPadam
  7. feberet saya tuh!....anak2 suka amik kuahnya aje...

    BalasPadam
  8. Salam Amie. ayam masak lemak cili padi....membuka selera orang yg suka pedas ni. campur terus sayur...jimat masa di dapur....

    BalasPadam
  9. salam akk amie,
    biasanya zila masuk kacang panjang skali dlm tue..h ehhee jimat masa..;)

    BalasPadam
  10. salam kak amie..ayam msk lemak cili api mmg sodapkan..

    BalasPadam
  11. sedap nyer, saya mesti nak peha dia :)

    BalasPadam
  12. Noorsha,
    cukup segala rasa dalam resepi begini kan Noor.

    Acik Erna,
    waalaikumussalam...sama-sama kita sambut kedatangan hari yang mulia ini ye Acik. memang sedap lomak cili api!

    Kak Zaitun,
    alhamdulillah... kita pun suka sangat! Terima kasih Kak Zai.

    BalasPadam
  13. Kak Anim,
    selamat menyambut Ramadhan sama... jom sama-sama raso lomak ayam nih!

    MamaFami,
    sama-sama like!

    FnF Simple,
    jom makan sama FnF.

    BalasPadam
  14. Kasih,
    sama-sama Kasih, Amie pun minta maaf kalau ada kata-kata yang terkasar dan tersentuh di hati...

    Cheq Sue,
    tak boleh makan pedas ye...

    Whitecappuccino,
    alhamdulillah.... memang sedap, jom makan sama!

    BalasPadam
  15. Myda,
    feveret kita bertsama ye Myda... oh anak kami makan semua, ayam dan kuah bagi licin he he he hh...

    Mamasya,
    memang jimat masa dan tenaga!

    Zila,
    memang kalau masak sekali harung begini, boleh jimat dalam banyak perkara ye Zila.

    BalasPadam
  16. Kamalia,
    iyo.. iyo memang sodap! Tambah pedas tambahlah sedapnya.... tapi kalau cili padi jumpa santan memang tak jadi pedas he he nheh

    Tihara,
    silakan Tihara.... ada pehanya tu...gambar atas sekali nampakm jelas he he he ehh

    BalasPadam