Pages

Isnin, 11 Jun 2012

Sayur Campur Sambal Hati

Selamat petang semua. Sebelum terlupa terus, Amie kongsikan petang ini sayur hidangan kami petang kelmarin. Sesekali Amie cuba ubah olahan dengan menggoreng sayur campur bersama sambal hati ayam. Amie tumis kering saja, jadi hasilnya enak diratah begitu sahaja, dengan bunyi rangup sayurnya krupa krap krup krap....sampailah ke hirisan sayur yang terakhir!


Resepi : Sayur Campur Goreng Hati
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil hirisan hati ayam
1 mangkuk kecil hirisan kobis bunga
1 cawan kecil hirisan brokoli
5 batang anak jagung - belah 2 dan potong 2
10 biji kacang manis
3 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan belah 2
1 biji capsicum - potong dadu
1 sudu serbuk pati ayam Tumix
minyak

Bahan kisar:
7 biji cili kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1.5cm belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan hati ayam. Jika bahan tumisan terlalu kering, tambah sedikit air. Biarkan sehingga hati ayam masak dan kuah sambal menjadi pekat.
3. Masukkan cendawan shiitake, diikuti kacang manis dan juga anak jagung serta brokoli, kobis bunga serta capsicum.
4. Masukkan serbuk pati ayam Tumix.
5. Gaul sebati sehingga sayur berubah warna.
6. Angkat dan hidangkan panas.


11 ulasan:

  1. ehem.. sedapnya !!!..sambil telan air liur..

    BalasPadam
  2. kak ros dah makan tengahari.Simpan untuk dinner ya.

    BalasPadam
  3. assalam amie..

    sedap betul tengok masakan amie... menu sayur memang menu wajib kat rumah.. tp biasanya masak sempoi2 aje.. hehe..

    p/s: seronok tgk gambar2 percutian amie ke kundasang.. sayangnya gambar byk terdelete.. mesti byk gambar2 menarik yg amie ingin kongsikan betul tak.. takde rezeki betul ye...

    BalasPadam
  4. Salam Amie. ni kira 2 in 1...hati dg sayur...sedapp dan jimat masa memasak.

    BalasPadam
  5. salam kak... suka dgn ati ayam.. klu masak cenggini lg suker

    BalasPadam
  6. Mama Aini,
    alhamdulillah.... rezeki Allah.

    Puan Ros,
    boleh kak Ros.. Amie simpankan ye.

    Madiha,
    sesekali masak ubah2 begini, selalu masak ringkas aje he he heh
    tak apalah Madiha, lain kali Amie kena hati2 menekan segala butang kamera tu (tak mahir ni)

    BalasPadam
  7. Mamasya,
    betul tu..jimat masa & tenaga.

    Hana,
    alhamdulillah...

    BalasPadam
  8. krup krap krup krap, takde lauk lain pun takpe, lauk ni sudah memadai, complete!

    BalasPadam
  9. amat sesuai diratah untuk org berdiet mcm nani ni. bila la agaknya kita boleh berjiran ye...mesti best!

    BalasPadam
  10. Salam kak amie ^^ sedap sayur campur tuh ^^ tun biasa campur hati ayam masa goreng kacang panjang.

    BalasPadam
  11. Salam kak amie ^^ sedap sayur campur tuh ^^ tun biasa campur hati ayam masa goreng kacang panjang.

    BalasPadam