Assalamualaikum dan selamat malam. Kita cerita ringkas sahaja tentang menu yang sangat mudah dimasak ini. Jom sama-sama cicipi Ayam Masak Sos Tiram di bawah ini.
Resepi : Ayam Masak Sos Tiram
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
12 ketul daging ayam
6 biji kentang saiz kecil - belah 2
3 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan belah 2
2 batang daun bawang besar - potong sepanjang 5cm
3cm halia - hiris nipis
3 biji bawang putih - pecahkan dan cincang halus
1 labu bawang besar - cincang halus
1 sudu lada putih - tumbuk
3 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1/2 sudu serbuk pati ayam Tumix - jika perlu
1 sudu tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/2 sudu teh pati asam jawa
400ml air
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi.
2. Masukkan daging ayam bersama kentang dan cendawan shiitake. Gaul rata bersama sos tiram dan kicap pekat.
3. Masukkan pati asam jawa dan air. Tutup kuali sehingga daging ayam dan kentang empuk.
4. Masukkan lada putih dan serbuk pati ayam Tumix. Biarkan sebentar sehingga kuah mula memekat.
5. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata.
6. Masukkan daun bawang besar dan tutup api dapur.
7. Angkat dan sedia dihidang panas.
Kak Amie..melly datang mau dinner di rumah akak yah, buka pagar nya kak.. hehe
BalasPadamsaya pun nak tumpang dinner juga :)
BalasPadamMelly,
BalasPadamjemput masuk... jemput udah dibuka luas2 pagarnya dengan pintunya ya...
Kasih,
jemput sekali Kasih...terimakasih sudi datang kasihku!
sedap nye...sy pun nak tumpang dinner ;)
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamSedapnya nampak ayam masak sos tiram tu, nak tumpang semangkuk boleh....
tu dia!!!! sebijik2 tomato dia letak... dah lama x makan ayam sos tiram ni.
BalasPadamsorang lagi Mie nak tumpang ni jauh akak dtg bagi lah semangkok haha boleh kan..
BalasPadamAmie..ummi singgah makan malam pulak,tak nak nasi, nak ratah ayam je..
BalasPadamasslm Kak Amie...nk tumpang makan jugak kt sni...nmpk sedap sgt lauk ayam tu...
BalasPadamSelamat malam Kak Amie...
BalasPadamkalau ayam masak sos tiram memang sedap wo..makan dengan nasi sejuk pun lagi la sedap...adoii..
Salam, first time kat sini. Wah resepi n menu kat sini best2 laaa. Tq
BalasPadamAss'kum Kak Amie cayang waduhh ini best ni.. kecur aje tengok peha ayam yang terselit kat celah tu.... macam nak ambik aje seketul masuk mulut.. lagi sebelah tangan pegang tak lepas.. so sha amik 2 ketul tau ni...
BalasPadamSelamat malam kak amie, aduh malam2 ni kasi lapar perut aku, sedapnya...
BalasPadamsalam kak amie
BalasPadamsedapnya
Kak amie.. Dtg bawa pinggan ada lagi ke.. Hihihi ieh la cuba masak nsmpak menarik je kak
BalasPadamayam kalau masak apa pun best je..hehehhe..sedapnya...saya pun hari ni nak masak ayam tapi duk pikir nak masak apa lagi ni...kekeke
BalasPadamSedap nyer tgk...Nnt insyaallah nk cube lah :D
BalasPadammcm masak kicap jugakkan. anak2 mesti suka!
BalasPadamnk dok kt sebelah umah kak Amie lah,nnti hari2 dpt bau apa yg Kak Amie msk......cium bau pun jd lah...hihihi..
BalasPadam