Ayam Masak Semur merupakan salah satu hidangan pilihan dalam majlis kenduri-kendara masyarakat Jawa. Resepi ini juga boleh digandingkan dalam pelbagai lauk-pauk untuk nasi ambeng. Menurut Wikipedia bahasa Indonesia, semur berasal dari bahasa Belanda iaitu "Smoor" yang bererti masakan tersebut direbus bersama tomato dan bawang secara perlahan-lahan. "Smoor" dalam bahasa Belanda juga bermaksud 'braising' atau teknik memasak dengan cara merebus lama sehingga daging menjadi empuk. Interaksi antara Belanda dan Indonesia, serta pertembungan budaya akibat penjajahan dan perdagangan akhirnya menjadikan "Smoor" sebagai "Semur" dengan paduan citarasa dan rempah-rempahan tempatan. "Smoor" yang pada mulanya hanya olahan daging lembu telah bertukar kepada penggunaan daging kambing, ayam, itik, telur, tahu, tempe, terung dan sebgainya. Banyak cara olahan mengikut citarasa masing-masing suku kaum. Kali ini Amie kongsikan Ayam Masak Semur yang biasa diolah oleh bonda, dan juga orang kampung kami di Bukit Hijau!
Resepi : Ayam Masak Semur
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
6 sudu kicap pekat
2 cawan air
4 biji kentang - kupas dan belah 4 - goreng hingga masak
1 sudu besar lada putih - tumbuk
4 biji bawang putih - tumbuk
7 biji bawang merah - tumbuk
3cm halia - hiris halus
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh pati asam jawa
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan air bancuhan tepung jagung
garam & gula secukup rasa
minyak
Cara:
1. Lumurkan daging ayam dengan sedikit garam. Goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
3. Masukkan kicap, pati asam jawa dan air. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan daging ayam, lada putih garam dan gula secukup rasa. Tutup kuali sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
5. Masukkan kentang goreng dan jika suka, masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan gaul rata.
7. Tutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan.
assalam amie..boleh cuba ni amie..terima kasih kongsi resepi ye.
BalasPadamSalam sis..excitednye nmpk menu nih..actually kt kmpung sy pun mest msak semur ni utk ambeng..mmg sedap! Lain skit la version nye..hehe
BalasPadamAssalamualikum Kak Amie Apa Khabar?
BalasPadamAni singgah ni.. Sedap resepi tu insyaallah Ani cuba nanti.. trima kasih ya resepinya..
assalam amie..thanks share macam2 resepi kat blog amie ni..pandainya amie memasak kan !!!..
BalasPadamKita bukan org jawa tapi tetap suka nasi ambeng....Ayam ni ...enak nampaknya
BalasPadamsedapnye..leh la sy try nnt...:)
BalasPadamkalau dulu2 kt kg kitorg mmg guna perkataan ni,tp skrg dh janggal pulak nk gunakan,, dh dok bandar sebut lain pulak ,hihihi....
BalasPadamaslmkum amie..apa kbr.. mkn dgn nasi panas sedap ni.. masakan jawa mmg fav..
BalasPadamsalam Mie,amboi bersumur ke sekali pandang macam masak kicap ek,tapi bila baca bahan baru sedar bukan,dan pasti nya akan dicuba tunggu anak2 request masa kicap akak buat yg ni nak tengok diaroang nak cakap apa heehe
BalasPadamSelamat pagi Kak Amie...
BalasPadamwah..bole makan banyak nasi la ni..sedap sangat lauknya itu..gue suka semur...
As'kum Kak Amie cayang hadoiii sedap benor ni..... kecurr aje melihatnya..
BalasPadamAcik Erna,
BalasPadamresepi turun temurun ni.
Muzel Zay,
memang laik tempat lain cara masakannya, tapi bahan asasnya tetap sama.
Choco Ani,
waalaikumussalam, kak Amie sihat. Cubalah resepi ni, lebihkan lada hitam / lada putihnya..
Mama Aini,
BalasPadammasakan kampung aje...
Kak Ros,
Macam2 lauk nasi ambeng ye Kak Ros.
KunangKunang,
cubalah KK... insya-Allah menjadi & sedap!
Myda,
BalasPadamamalah... sebenarnya dah lama tak gunakan perkataan 'semur' tu, kalau balik kampung baru dengar perkataan tu.
Dzana,
khabar Amie baik, sihat alhamdulillah... memang sedap Dzana, tambah sedap kalau bonda yang masak he he hehh
Kak Noor,
betullah Kak Noor, bila tahu asal usul nama resepi ni sebenarnya bukan masak kicap, tapi olahan dan ubahsuai masyarakat setempat menjadikannya sama macam masak kicap!
Rahel,
BalasPadamsesekali makan nasi lauk semur, sedapppp....
Shahriah,
waalaikumussalam... memang kecur Sha, lagilah kalau masak ramai2 di tempat kenduri, harum wangi aje dengan rempah penumisnya....