Selamat bertemu kembali. Apa khabar teman-teman blogger? Terima kasih kerana sentiasa sudi mengunjungi Amie's Little Kitchen. Petang tadi Amie sudah merancang untuk menyediakan Mango Panna Cotta setelah beberapa kali mengintai di dapur Nieza. Semakin diintai, semakinlah meleleh-leleh liur ingin menyediakan sendiri Mango Panna Cotta yang kelihatan amat menggiurkan di Our Journey Begins: Mango Panna Cotta . Dipendekkan cerita, setelah memanaskan susu segar dan melarutkan gelatin ke dalamnya, Amie pun menuangkannya ke dalam beberapa gelas untuk disejukkan, Amie pun bersiap-siap untuk menyediakan hidangan malam pula. Tiba-tiba pada pukul 4.30 petang, Amie dapat panggilan (urusan pentadbiran), jadi lintang-pukanglah segala periuk belanga, capai baju mana yang boleh tutup tubuh, dan sarung kepala dengan tudung yang sudah masuk dalam bakul (tudung yang dipakai semasa bekerja hingga petang tadi), kerana katanya hendakkan dokumen waktu itu juga! Amie tak mahu cerita apa bendanya, sebab nanti berkait sana-sini dalam pengurusan, dan takut terlebih cerita pula sebab melibatkan badan & organisasi tertentu. Amie cerita tentang diri Amie sahajalah ye. Sewaktu Amie keluar pagar, Amie lihat muka si bongsu seakan menangis sambil memegang anak kucing....masya-Allah! Amie dah terlanggar anak kucing ke? Amie matikan enjin kereta dan melihat sendiri keadaan anak kucing dalam pelukan si bongsu. Syukur, tidak apa-apa... mungkin ekornya tergilis dengan tayar...ya Allah!
Menjelang malam, barulah Amie sampai ke rumah. Nasi sudah sedia dimasak sebelum Amie tinggalkan rumah, hanya lauknya sahaja yang belum tersedia. Entah kenapa, mood untuk memasak terus masuk ke laut! Akhirnya Amie putuskan untuk goreng nasi!
Pada mulanya, Amie bercadang untuk masak kari sotong tetapi akhirnya Amie goreng sahaja, manakala tempe yang hendak dijadikan sayur campur, Amie goreng bersama nasi! Tak payahlah tuliskan resepinya sebab banyak koleksi nasi goreng yang Amie masak, nanti jemu pula orang nak bacanya ye he he he hehh. Di bawah ini ialah Mango Panna Cotta yang kurang menjadi kerana beberapa sebab!
Sebab pertama, Amie tidak sedar anak-anak teruja ingin tahu apa bendanya yang Amie bubuh dalam gelas! Kedua, disebabkan sibuk menyediakan nasi goreng, anak-anak mengambil alih tugas menyediakan Mango Panna Cotta walaupun sebenarnya bahagian bawahnya masih belum kental sepenuhnya. Nampak kurang kemas, dan agak comot kejadiannya.... tidak secantik hasil air tangan Nieza. Apa pun, ini merupakan percubaan pertama dan insya-Allah akan cuba diperbaiki pada kali yang seterusnya. Terima kasih Nieza di atas perkongsian resepi yang sememangnya lazat ini.
Resepi : Mango Panna Cotta
Sumber: Nieza & Kak Nor @ Secubit Garam
Bahan-bahan
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sikit)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Mangga ~ kisar untuk dijadikan puri bersama 3 sudu besar gula
Cara-cara:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah mangga ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri mangga keatasnya dan bolehlah dihidangkan.
selamat malam amie...mesti sedapkan... Ain nk nyebutnya pun tergeliat lidah ni tau... kalau dah rasa mesti bertambah2kan...
BalasPadamasslm Kak Amie...nak jugak panna cotta tu...sedapnya...walapon dh mlm ni...tekak tetap terasa dahaga sgt...dimkan sejuk ni...perghhhh alangkah bestnya...
BalasPadammesti sedap tu..nak rasa boleh?hehehe..
BalasPadamSalam Kak Amie..yana dh msk list manggo panna cotta tu kat umah K.nieza..xsmpt lg nk mencubanya.. sejuk jer tekak klu dpt mkn ^^
BalasPadamAssalam kak Amie cayang, alahai ciannya akak..kalau terkejar-kejar gitu memang mood memasak boleh terganggu kan. nasi goreng dgn lauk sotong tu sedapla..lapar pula rasa...hehe Kira jadilah panacotta akak tu yg penting mkn sedap. Nanti boleh cuba buat lagi guna buah lain pun boleh..:)
BalasPadamAmie..sampai terkedu ummi tengok pana cotta tu, memang peberet ummi tu,dah lama tak buat.Tuan rumah dah tido ni,ambik satu bawa balik,hikhik!!!
BalasPadamSlam Kak Amie cayang dalam kalut melaksanakan tugasan.. akak sempat lagi uruskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu... cayang akak...:))
BalasPadamNasi goreng tu dah mabeles naa lah tu... panna cota tu wahh percubaan pertama pun dah cukup cun dah tu..:))
Kak Amie,alamak! sedapnya nasi goreng tu,...
BalasPadamselamat pagi Amie,wah tengok nasi goreng tu tingin lah pulak pepagi ni marbeles lah,entah bila lah akak nk buat panna cotta tu ramai yg dah mencuba respi nieza akak ni dah ketinggalah kapal lah...hahaa
BalasPadampanna cotta tu bestnye..
BalasPadamwalopon x pernah makan..tp dh th mest sedappp..kak ami..gelatin tu nk cari mane..ade kedai ke?..mmg die tulis gelatin ek?
Assalam amie, mmg betul kalo kita buat kerja dlm keadaan kelam kabut atau tergesa2, hasilnya mmg tak memuaskan hati. Kita pun selalu buat kerja mcm tu, kalo potong kuih sekali pun mmg senget benget la hasilnya. Apatah lagi kerja yg perlu penelitian kan. Tapi manggo pana cotta amie tu dh ok dh, rasa sedap tak apa amie.
BalasPadamNasi goreng memang penyelamat sokmo, janji nasi dh msk, sekejap je lebur heheh. Cntik hiasan nasi goreng tu