Pages

Isnin, 21 Mei 2012

Nasi Goreng Berkat II

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini Isnin, pagi yang indah dan cerah. Setelah menghabiskan hujung minggu bersama keluarga, nampaknya pagi ini rutin mingguan sebagai apa jua penjawat kerja telah bermula. Di kesempatan ini Amie kongsikan bersama hidangan sarapan pagi kami sekeluarga. Amie hidangkan Nasi Goreng Berkat II sebab sebelum ini Amie pernah kongsikan bersama Nasi Goreng Berkat. Ramai yang tahu nasi berkat lebih kurang nasi ambeng yang dibawa pulang selepas menghadiri kenduri doa selamat dan tradisi ini memang diamalkan oleh masyarakat Jawa. Namun begitu, di tempat Amie, masyarakat Melayu Cocos turut mengamalkan tradisi ini cuma bezanya di sini sepanggil nasi berkat dan bukannya nasi ambeng. Istimewanya dalam nasi berkat ini dilengkapi dengan pelbagai lauk termasuk ayam goreng, sayur-sayuran, serunding kelapa dan juga makanan laut termasuk ikan, udang dan juga sotong. Amie hanya tambah jagung sahaja kerana anak-anak memang sukakan jagung dalam nasi goreng.


Resepi :  Nasi Goreng Berkat II
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih  (sukatan nasi berkat yang sudah dipadatkan)
1 tin jagung - toskan airnya
3 biji bawang putih - tumbuk
4 biji bawang merah - tumbuk
2 biji cili merah - hiris
1 sudu cili kisar
1/2 cawan serunding kelapa  (disertakan dalam nasi berkat)
1 ketul ayam goreng (disertakan dalam nasi berkat) - disiat-siat
3 pokok sawi - potong ikut citarasa
1 sudu serbuk pati ayam maggie
1 sudu kicap cair
minyak bijan
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan jagung dan nasi putih. Gaul rata.
3. Masukkan sayur sawi, cili merah, serunding kelapa, kicap cair dan serbuk pati ayam maggie. Gaul hingga sebati.
4. Renjuskan minyak bijan sebelum tutup api dapur.
5. Angkat dan hidangkan bersama ayam goreng yang disiat, hirisan tomato dan timun.

Selamat bersarapan. Nampaknya Amie's Little Kitchen terpaksa Amie tinggal buat sementara waktu kerana sebentar lagi Amie akan berangkat ke Tawau menghadiri Kursus Penulisan Dokumen Rasmi anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan DBP di IPG Tawau. Doakan perjalanan Amie  lancar sebab Amie inilah kali pertama Amie pandu kereta sendiri dari Lahad Datu ke Tawau. Jumpa lagi!

15 ulasan:

  1. salam kak amie..
    nasi tu menyelerakn..klu ada jagung lg best..bertambah2 makan..laju jer masuk ke mulut kan..sy doakan akk selamat pergi dan balik..jaga diri elok2 tau..wahhh rindu ler kami..dapur x berasappp..:)memandu elok2 kak;)

    BalasPadam
  2. salam amie..
    sedap nnpknya tuu..dah la posa hari ni...mengoda dan tergoda...

    BalasPadam
  3. selamat berkhursua amie...balik nanti masak nasi goreng ni unk akak

    BalasPadam
  4. sedap nampak..singgah lah ke blog sy..sy follow ye nt follow sy ye..hehehe..

    BalasPadam
  5. As'salam Amie

    rindu nak komen macam dulu2,tapi tulah kita hanya merancang DIA yang menentukan segalanya, pasrah :)

    bila cakap pasal nasi ambeng ni Amie..adoiii telan air liur jap ct ni hehehe. Lama juga ct tak buat Amie, maklumlah lauk pauknya bukan sikit tapi banyak nak buat. Kalau belah Johor nasi ambeng memang segala hidangan dan lauk pauk dalam nasi tu. Cuma rajin dengan tidak ajelah nak masak tu kan hehe

    BalasPadam
  6. Assalam amie, menarik sekali nasi goreng berkat ni, saya ni ni ambeng pun baru sekali je mkn tu pun yg beli. mesti sedap nasi berkat ni.

    BalasPadam
  7. amie! poslaju utk saya buka puasa ptg ni bleh? :)

    BalasPadam
  8. SAlam Kak Amie cayang... wahh special nasi ni yaa...

    macam-macam ada dalam nasi tu... rasanya dah tentulah lazat.. kecur sudah ni.. baru nak turun ke dapur memasak.. badan tak enak aje ni... macam nak demam...

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie.. wah lagi meriah berkat tu.. kalau kat Johor nasi ambeng biasa tu.. nyum2 sedapnyer kak tetiba teringin nak makan nasi ambeng he he he.. aperpun join nasi goreng berkat akak yg nampak sedap tu..
    Selamat Berkursus Kak.. hati2 semoga dipermudahkan segala urusan...

    BalasPadam
  10. buat breakfast ni best gak
    have a safe journey akak
    nnt update n3 ke tawau na

    BalasPadam
  11. salam Mie, mengoda lah nasi tu tengha lapo ni tak sempat nak bekfes tadi aduiii kena cari nasi lah jugak gamak nya ni

    BalasPadam
  12. semangkuk mumbung tu kak..memang penangan betul nagadap nasi akak ni..

    BalasPadam
  13. serius! memang kite teringin betul nk pegi rumah kak amie. nak makan apa yang kak amie masak.

    BalasPadam
  14. salam kak amie...keliur tgk nasi goreng, ade ayam siat2 lagi....

    BalasPadam
  15. salam amie..sedapnya nasi goreng berkat tu.Klu atie ada kat meja mkn tu..mmg nambah2 la jwpnya.hihi

    BalasPadam