Pages

Sabtu, 5 Mei 2012

Mango Smoothie

Amie baru balik dari sekolah kerana kelmarin petang orang atasan telefon, ada perbincangan mengenai pengurusan sekolah. Menjelang tengahari, baru sampai rumah. Terpandanglah payung kembang di tengah halaman. Rupanya, si bongsu sedang memayungi anak-anak kucing yang dikurung dalam reban arnab. Hadoiiii.... bongsu Amie rupanya mandikan anak-anak kucingnya  yang tiga ekor itu dengan cara mengurung dalam reban, kemudian disiram menggunakan saluran paip getah! Lepas itu, dijemur di tengah panas supaya bulunya kering! Cara baru ke? Selalunya dia bawa anak-anak kucing masuk dalam bilik air, dimandikan dengan syampu dan dilap badan kucing hingga kering dengan tuala. Bila Amie tanya kenapa dia buat begitu, katanya dia ingin ajar anak-anak kucingnya supaya lebih bersopan-santun sebab anak-anak kucing suka gigit tangannya sewaktu dimandikan dalam bilik air. Oh! Bongsuku! Macam-macam.... 

Apa agaknya hidangan istimewa tengahari ini? Kalau datang ke dapur Amie, nampaknya hanya Mango Smoothie sahajalah yang Amie hidangkan. Amie buat lebih sedikit dari biasa sebab anak-anak suka mangga. 



Resepi : Mango Smoothie
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
800 gram mangga - potong kecil
400ml susu segar
200ml yogurt asli
4 sudu gula pasir

Cara:
1. Sejukbekukan mangga selama 4-5 jam.
2. Campurkan mangga bersama susu segar, yogurt asli dan gula pasir.
3. Kisar kesemua bahan yang dicampur hingga halus.
4. Tuangkan ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.

Jom tengok mangga udang di bawah ..... Inilah mangga udang yang Amie gunakan untuk dijadikan Mango Smoothie kali ini. Mangga udang ini dipetik di belakang rumah, dan beratnya lebih 1.5kg sebiji! 


Inilah rupa mangga udang terakhir yang dipetik dari pokok untuk musim ini. Rupanya dihujung julainya, ada sekelompok bunga baru! Alhamdulillah. Mudah-mudahan menjadilah buah mangga udang yang seterusnya.

4 ulasan:

  1. salam kak amie, tergelak baca kucing2 kena hukum ye hehe

    sedapnya smoothie tu, panas2 ni best kalau dpt minum

    BalasPadam
  2. belum pernah nani tengok mangga udang ni. selalunya pokok mangga senang hidup di kawasan yang banyak cahaya matahari. kalau cahaya kurang, buahnya jadi tak elok.

    huhuh...lucu baca kisah anak kucing tu. boleh pulak dia cakap nk ajar kucing tu sopan santun. nasib baik dia tak cakap nak bawa jumpa doktor gigi anak kucing sebab selalu duk gigit dia. heheh

    BalasPadam
  3. salam amiew..besarnya buah mangga udang amie..
    anak2 acik pun suka smoothie mangga..sedap katanya.

    BalasPadam