Mango Panna Cotta percubaan kali kedua! Alhamdulillah, disebabkan tidak ada campur tangan anak-anak, hasilnya dikira menjadi! Dapatlah menebus ketidakkemasan dan kecomotan Mango Panna Cotta percuma pertama beberapa hari lepas!
Resepi : Mango Panna Cotta
Sumber: Nieza & Kak Nor @ Secubit Garam
Bahan-bahan
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sikit)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Mangga ~ kisar untuk dijadikan puri bersama 3 sudu besar gula
Cara-cara:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah mangga ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri mangga keatasnya dan bolehlah dihidangkan.
Terima kasih sekali lagi untuk penyumbang resepi Mango Panna Cotta iaitu Nieza di Our Kourney Begins dan Kak Nor Secubit Garam. Amie dah cuba buat 2 kali, tapi akan terus berusaha menghasilkan yang terbaik. Anda bagaimana?
Akan terus buat lagi tetapi menggunakan buah-buahan yang berbeza! Sedap tau... lagilah waktu tengahari begini, sebelum makan eloklah makan dessert begini terlebih dahulu supaya dapat mengurangkan ruang untuk menempatkan nasi!
Salam Kak Amie rajinnya dia buat panna cota.. dulu di Masterchef Dr Ezani rajin buat bagi sha rasa hehee... memang mudah tapi nak membikin malas tul.. mintak kak Amie cikit jelah.. satu gelas kat atas tu pun jadilah hehehhh
BalasPadamSha,
BalasPadamsebenarnya kak Amie ni fail bab deseert mendessert ni, dah sekali terbuat tapi tak termenjadi, ni kira pembetulan kesilapan lah he he heh tapi rasanya sama saja!
Salam Kak Amie>>>>>>>>>.sedapnya terliur tengok gambar
BalasPadamIxora,
BalasPadamlap...lap liur tuuuu nantu jatuh atas keyboard ha ha hah
sedapnyerr!!
BalasPadamAmieeeee!!!, nak seru nama Amie panjang2, sebab terlau tergoda dengan panna cotta tu, meleleh airlir ummi ni Amie..hehe.
BalasPadamWhiteCappucino,
BalasPadammemang sedappp!!!
Ummiiiiii......
marilah makan sama! Amie buat lebih nieee...
nmpk sangat menggoda..terutama mkn masa panas2 terik ni..
BalasPadamdah menjadi la tu amie.. tp syok makan kan bila puree tu banyak jer :)
BalasPadam