Pages

Sabtu, 26 Mei 2012

Ikan Kembung Kukus Asam Cencalok

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung. Nampaknya tidak bolehlah Amie berlama-lamaan di hadapan skrin, sebab dari kelmarin rasa kurang sedap badan. Selera makan pun hilang tapi selepas gagahkan diri masak Ikan Kembung Kukus Asam Cencalok, tiba-tiba teringin pula menikmatinya dengan sepenuh jiwa dan raga! Terima kasih Sri Idayu atas perkongsian resepi yang berjaya membuka selera orang yang hendak separuh demam seperti Amie sekarang ini he he hehh... Kata Sri Idayu, resepi ini daripada ibunya, dan alhamdulillah memang Amie buat pun menjadi!


Kepada sesiapa yang berminat bolehlah datang ke dapur Sri Idayu di ROSRI KITCHEN. Kak Amie salin semula resepi Ikan Kukus asam Cencalok untuk tatapan teman-teman kita ye Sri Idayu sayang!

Resepi : Ikan Kukus Asam Cencalok
Sumber: Rosri Kitchen


Bahan-bahan:
10 ekor ikan temenung / kembung / siakap - Amie gunakan 3 ekor ikan kembung
1 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
2 sdb cencaluk - nak letak lebih pun boleh
garam
serbuk perasa secukupnya

Bahan Kisar:
1 biji cili hidup - Amie gunakan 2 biji
3 biji cili padi - Amie gunakan 7 biji
3 ulas bawang merah

Bahan Hias:
daun bawang
cili hidup

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2.Bersihkan ikan dan toskan. 
2.Satukan jus limau, bahan kisar, garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sebati dan perap bersama ikan selama 10 - 15 minit.
4.Susun ikan dalam bekas. Tuang bahan perap tadi atas ikan, dan letakkan cencaluk di atasnya. Kukus hingga masak.
5.Taburkan daun bawang dan cili hidup yang dihiris nipis sebelum menghidang.


Sesekali makan lauk begini memang sedap! Sungguh membuka selera... dan harap kepala tak berat lagi! Di bawah ini pula sayur yang Amie sempat sajikan. Sebenarnya hanya Amie berdua dengan si bongsu di rumah. Encik Suami masih dengan urusan kerjanya, manakala si sulung mengikuti aktiviti Persatuan St. John Ambulance di sekolah. Bujang tengah pula Amie hantar ke sekolah tengahari tadi untuk perkhemahan pengakap di sekolahnya selama 3 hari. Jadi, hidangan yang disediakan merangkap hidangan tengahari dan malam!


Sayur campur yang menjadi pilihan Amie untuk keluarga. Amie tambahkan sotong dan bebeola daging sebagai perencahnya, manakala sayuran lain termasuklah kacang manis, anak jagung, cendawan shiitake dan juga egg taufu.

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum Amie,
    terliur je tngk ikan kukus ni, menyelerakan sungguh, wat perut ni berkeronconglah...he3..

    BalasPadam
  2. assalam
    kak Amie memang sedap ni makan dgn nasi putih x yah lauk lain pun ok dah

    BalasPadam
  3. makanan sihat ni Amie besttt dpt lawan dengan sambal dan ulam akak tenghari tadi heee

    BalasPadam
  4. sedapnya nampak ikan kukus tu.. baik untuk kesihatan

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. sedapnya ikan kembung kukus tu...
    Teringin nak buat tapi cencaluk pulak tak de kat umah....

    BalasPadam
  7. Salam Kak Amie hadoii kecurnya.. sedapnya... makan dengan nasi panas2 terangkat!

    BalasPadam
  8. Pergh!!,sedapnya Amie.. nasi tambah satu,hikhik!!!

    BalasPadam