Pages

Khamis, 17 Mei 2012

Kepah Gergasi Masak Masam Manis

Salam sayang buat teman-teman yang setia mengunjungi Amie's Little Kitchen. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang datang bersama ucapan sempena sambutan hari ibu dan juga hari guru. Mudah-mudahan kita akan terus ikhlas, pengasih dan penyayang terhadap keluarga yang kita bina, dan juga sukses dalam profession keguruan yang kita sandang. Apa pun, tugas di dapur tetap diutamakan walaupun tugas sentiasa didahulukan! Petang ini Amie hidangkan Kepah Gergasi Masak Masam Manis. Sebenarnya 'gergasi' itu Amie reka cipta sendiri memandangkan tidak tahu apa nama sebenar haiwan laut bercengkerang besar dan berat ini! Bayangkan satu ekor beratnya hampir 500 gram (sama dengan berat lokan yang pernah Amie ceritakan dalam entri yang lepas). Amie beli 5 ekor (ada ekor ke?... ekornya di dalam cengkerang, atau itu lidahnya???), seberat 2 kg 1/2. Amie rebus dahulu sehingga merekah, dan kemudian bersihkan isi kepah itu sebelum ditumis dengan bahan-bahan yang Amie sediakan.

Amie terpikat melihat warna kulit bahagian dalam kepah gergasi ini. Jadi Amie abadikan bersama isinya yang sudah siap dimasak.



Memang besarkan saiz kepah ini. Sesuailah Amie tambah gergasi di depannya! Agaknya moyang segala moyang  kepah ni!


Inilah rupa isi kepah gergasi setelah direbus. Dan di bawah ini hasil masakan Amie petang tadi.


Resepi : Kepah Gergasi Masak Masam Manis
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 mangkuk isi kepah
1 mangkuk kentang goreng potongan wedges
3 biji bawang putih - kisar
5 biji bawang merah - kisar
2cm halia - kisar
1 labu bawang besar - mayang
2 biji cili hijau - potong 3
2 besar sudu cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos cili
1 sudu sos tiram
1/2 sudu sertbuk pati ikan bilis
1/2 cawan air
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi. 
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi  menggunakan api sederhana hingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang besar, cili hijau, sos tomato, sos cili dan sos tiram serta sos plum.
4. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
5. Masukkan kepah gergasi bersama kentang goreng.
6. Masukkan serbuk pati ikan bilis dan gaul sebati sehingga kuah pekat.
7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Okey tak kepah gergasi berposing?

28 ulasan:

  1. Salam Kak Amie cayanggggg...

    wow!!! besornya!! sha tak pernah tengokkk.. jakon sangat niiiii...

    rasanya bolehlah sha agak sebab pernah makan lokan tapi saiznya tu wahh kalau dah sampai 500 gm peh!! takut jugak hehhehehh

    BalasPadam
  2. Shahriah,
    500 gram tu seekor dengan kulitnya yang besar & berat... isinya tak sampaipun berapa ratus gram he he hehhh

    BalasPadam
  3. giant nya Amie tak liat ke isinya tu hahaha akak suka seafood tpi yg sebeso ni belum pernah tengok first time ni

    BalasPadam
  4. Sedapnya kepah tumis ni..suka makan dg nasi panas2..kalau pedas2 lagi suka..berselera gue makan.

    BalasPadam
  5. Kak Noor,
    Amie pun sangka tentulah liat macam loka, rupanya tidak... lembut aje! Sedap!

    Rahel,
    Jom makan sama Rahel!

    BalasPadam
  6. wah kak amie! besarnya kepah! cantik betul warnanya...nani pun tak pernah jumpa kepah yang pesen gini..kalau nani, dapat 2 keping (keping ke?) pun macam tak cukup ni. suke sangat makan. kalau rasanya mcm lokan, memang sedap la.

    BalasPadam
  7. Amie, ummi datang bawa pinggan nak makan nasi dengan Amie, kepah giant ada lagi?Cantik pulak dia punya shell tu kan,seksi je kepah berposing hikhik!!

    BalasPadam
  8. Assalam kak amie,masyaAllah besaqnyer,jakun toi sy xpernah g nmpk kepah sebesaq nih..Duk bayangkan msti isi dia liat,tapi akak kata lembut n sedap oklah kan..mkn sekor pon dah kenyang kan..Mahal x reganyer kak..

    BalasPadam
  9. huhhh,mmg betul2 gergasi ni...tp xliat ke isi dia ye...

    BalasPadam
  10. asslm Kak Amie...mmg terjakun tgk kepah gergasi tu...lum penah nmpk lg...cantik kulitnye bile dh masakkan...cmne la rasenya yer isinye tu...

    BalasPadam
  11. woaahh.. besarnyer!! jakun betul tun tgk nih.

    BalasPadam
  12. salam Amieeee..besarnya kepah.rasanya kat sini lom pernah umap lagikk.
    Mmg puas klu makn nih!

    BalasPadam
  13. tu dia ternganga mulut saya tgk kepah gergasi tu kak...sedapnya memang terliur dah ni nk jer ambik kat screen ni..hehe

    BalasPadam
  14. Lamanya x jengah sini...skali masuk ada kepah gergasilah.... X pernah mas tgk kepak besar tu kak, mkn satu pun puas nie....

    BalasPadam
  15. besarnya amie
    makan 2-3 sure dah kenyang

    BalasPadam
  16. besar betul! tak penah makan jugakla

    BalasPadam
  17. besarnya...!!! tak pernah tengok lagi kepah sebesar ni...

    BalasPadam
  18. haah.. besarnya kepah tu. Lum pernah bundo jumpa ni.

    BalasPadam
  19. SALAM KAK AMIE..SIHAT?
    WOO..SIYES NENS X PERNAH TGK KERANG GERGASI TUH..WALOPON SELALU TGK HASIL2 LAUT..PEHHH..TERKEJUT TD IGT K.AMI BUAT NGN POLISTREN TD CENGEKARNG DIE..SEDAPPPNYERRR

    K.AMI ARINI NENS PUBLISH DESERT SAGU YG K.AMI PERNAH BAGI LINK KT NENS DULU..PRESENTATION X CANTIK MANA...RASA SEDAP LER JGAK..HEHEHE..TQ K.AMI CYGGG

    BalasPadam
  20. pertama kali melihat kepah sebenar ini... wahhhh!!

    cantik warna kulit dia kan.... ada warna pink2 gitu... boleh buat hiasan rumah tu amie.. hehe..

    amie masak isinya tu dihiris2 dulu ke? bestnya tinggal kat sana ada pelbagai spesis makanan laut yg jarang2 jumpa di tempat lain...

    BalasPadam
  21. uwiiit kka, gedinya...boleh main nyorok2 ni..

    BalasPadam
  22. salam sis...
    wow...wow...besornya dan mmg x pernah tengok. Ingat kepah biasa tu.

    Rasanya mcm mana ye...? keras tak isinya...banyak soklan ni...jakun tgk...heehee..

    BalasPadam
  23. Salam Amie,
    seronok betul kalau singgah ke blog Amie, mcm2 masakan yg unik. Bertuah betul suami dan anak2 Amie ya dapat isteri dan ibu yg sgt pandai dan kreatif memasak ni.

    BalasPadam
  24. Salam Amie,
    seronok betul kalau singgah ke blog Amie, mcm2 masakan yg unik. Bertuah betul suami dan anak2 Amie ya dapat isteri dan ibu yg sgt pandai dan kreatif memasak ni.

    BalasPadam
  25. mmg gergasi betul ni kak Amie..besar punya..xpnh tgk pun hehee..

    BalasPadam
  26. salam amie..memang besar betul..tak pernah jummpa tu ami..cantik bila amie ambik gambar dengan kulit nya sekali

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum Amie,
    Rasanya masih boleh lagi utk beri ucap slmt hari ibu dan slmt hari guru buat Amie, cikgu rupanya ya..sorry yatie tak tahu..semoga terus sukses dlm bidang yg di ceburi..

    bila tngk kepah besor ni rasa teringin plk nak merasa,yatie ni jarang makan kepah, yg kecik tu pun jarang..tu yg dah tak ingat rasanya mcmana...tapi nmpk sungguh menyelerakanlah..

    BalasPadam
  28. assaam amie, mmg besar betul kepah ni, mmg ptt nama gergasi di beri hehe, cantik pulak tu kaler dia. nampak pun sedap bila di msk

    BalasPadam