Selamat petang pengunjung dapur kecil Amie yang dihargai. Hari ini Amie hidangkan lauk-pauk kampung yang ringkas dan mudah tetapi menyelerakan! Hidangan ini merangkap hidangan tengahari dan malam sebab Amie masak sebelah petang, dan sementara menunggu Encik Suami pulang dari kerja untuk makan bersama, Amie ambil kesempatan ini untuk merakamkannya dalam dapur maya ini. Amie goreng 2 ekor ikan belais @ belawis, masak lemak labu manis campur dengan sayur remayung dan udang kering dan melengkapkannya dengan sambal belacan! Kepada sesiapa yang tidak biasa mendengar sayur remayung bolehlah klik DI SINI.
Ketika ini kami baru sahaja selesai makan malam dan jam telah menunjukkan angka 6 petang. Sebentar lagi akan masuk waktu Maghrib. Setelah selesai makan, Encik Suami bersuara.... rupanya banyak lagi sayur labu dalam periuk! Ingatkan dah habis! Kenapa? Sedap sangat! Kalau tahu tadi, minta tambah..... oooohooo cik abang sayang! Amie pun sangka sayur labu manis tadi terlalu banyak, dan anak-anak tidak makan sayur seperti kebiasaannya, tetapi semuanya menyenduk hingga ke titisan kuah yang terakhir. Lupalah pula ada lebihan sayur dalam periuk!
Ikan belais digoreng seperti biasa, lumurkan dengan garam dan kunyit dan goreng hingga masak. Mungkin ramai yang tidak pernah makan ikan ini sebab sebelum ini pun sewaktu Amie paparkan dalam blog, ramai yang tertanya-tanya apakah nama lain ikan ini di semenanjung. Memang ikan ini Amie tidak jumpa kalau balik ke Selangor. Siripnya keras dan tajam! Itu sebab nampak hodoh saja apabila siap digoreng kerana Amie sekadar patahkan siripnya dengan gunting sahaja. @ ekor ikan belais yang Amie goreng ini seberat 900 gram. Sambal belacan pula, sama seperti sambal belacan yang lain, hanya tumbuk cili padi bersama belacan, bawang putih dan bawang merah goreng. Bubuh sedikit garam dan gula serta perahkan air limau kasturi. Amie kongsikan resepi Labu Manis Masak Lemak. Oleh kerana Amie sediakan Sambal Belacan, jadi Amie hanya bubuh hirisan cili merah sahaja dalam sayur labu manis ini.
Resepi: Labu Manis Masak Lemak
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
300 gram labu manis - buang kulit dan potong ikut suka
1 mangkuk kecil daun remayung
1/2 biji kelapa parut - ambil 400ml pati santan
1/2 cawan udang kering - rendam dan tumbuk kasar
2 biji bawang putih - tumbuk kasar
3 biji bawang merah - tumbuk kasar
1 batang serai - dititik
1 biji cili merah - hiris
1 sudu teh serbuk kunyit
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama hirisan cili merah, bawang putih, bawang merah dan udang kering tumbuk, serbuk kunyit serta serai.
2. Letakkan periuk di atas api sederhana panas dan masukkan labu manis.
3. Kacau sekali-sekala supaya tidak pecah santan sehingga labu manis lembut.
4. Masukkan sayur remyung, garam dan perasa pilihan.
5. Apabila sayur remayung berubah warna, matikan api dapur.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Ya Allah...betul2 mengoda...saya sgt2 suka masakan kampung..labu manis masak lemak...bestttt..
BalasPadamKamsiah,
BalasPadamsekali-sekala masak kampung memang sedap tau Kamsiah....
Kak amie.. melly lapar nih belum makan malam, tuh sisa sayur labu kuning nya antar ke sini aja.. hehe
BalasPadamsedap nih kak lauk nya.. nyam..nyam
pergghhh ! kak...
BalasPadamkecur air liur dibuatnya !
Salam Kak Amie cayangg ini resipi ganas nih!!! hancur luluh hati melihat sebab tak dapat merasa air tangan Kak Amie.. wahh terbaik ni kak amie cayangg walaupun ikan dan sayur tu tak pernah ku jumpa..:)) nanti nak google..:))
BalasPadamsalam Mie,mesti dah habis dah ni kan maklum menu kampong lebih laris dari menu bandar kan hanya mampu akak kata CEDAPPPPP...
BalasPadamassalam
BalasPadamsedapnya kak , sayur labu buat terasa makin lapo he he
salam kak amie
BalasPadamsedap2 belaka menu tu, terliur tgk hehe
asslm kak amie..sedapnya kalau kena dgn nasi panas2.memang boleh bertambah2 ni
BalasPadamMelly cayangggg...
BalasPadamnanti kak Amie hantar semangkuk sayur labu manis ye... tunggu depan pintu aje...
Asyifa Mustaffa,
jom makan sama....
Shahriah cayangggg...
ganas tak ganas, memang berselera makan he he hehh
Kak Noor,
BalasPadamsesekali masak menu kampung memang laris kak...walaupun hanya ikan goreng saja dengan sayur lemak!
Mama Sara Nur,
harum je aroma lemak labu tu ...
Tina Othman,
jom makan sama Tina...
Pen Biru,
memang sedap ni makan dengan nasi panas!
Fullamak!sedapnyer Kak Amie...
BalasPadamgandingan yg mantop....tp kan,daun remayung tu daun ape yer kak?....x pernah dengar lg namanya setakat ini...masuk2 sini baru terlihat perkataan tu....
byk idea nak masak bila dtg blog kak amie ni. hihi.. tq kak.
BalasPadam