Pages

Isnin, 23 April 2012

Sayur Cangkuk Manis Ikan Kurau Kering

Selamat petang rakan-rakan yang sentiasa sudi bertandang ke dapur Amie. Petang ini Amie hidangkan menu ringkas sebagai hidangan makan malam. Amie masak Sayur Cangkuk Manis Ikan Kurau Kering. Sesetengah tempat memanggil sayur cangkuk manis sebagai cekur manis. Ada juga yang menamakannya cekup manis atau taruk manis, dan seingat Amie dari kecil lagi bonda sebut sebagai sayur cokok manis! Ha.... cokok manis pulak! Jadinya baik cekur, cekup, cokok semuanya membawa maksud yang sama manakala nama cangkuk manis pula Amie gunakan mengikut sebutan tempatan. Sayuran kampung ini sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat, tetapi ayahanda kurang menggemarinya. Kalau bonda masak sayur ini, bonda tidak akan sajikan untuk ayahanda kerana menurut ayahanda sayur cangkuk manis boleh menyebabkan darah tinggi. Sejauhmana kebenaranannya, Amie pun kurang pasti. Sebenarnya daun cangkuk manis yang segar dan baru dipetik mempunyai kandungan provitamin A karetinoid. Selain itu, sayur ini juga mengandungi vitamin B, C, protein dan mineral. Dari segi perubatan tradisional, cangkuk manis juga boleh digunakan untuk memperbanyakkan susu ibu, menghitamkan rambut bayi dan jusnya boleh digunakan sebagai ubat sakit mata serta demam. Bagaimanapun pengambilan cangkuk manis yang berlebihan dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru. Sila klik DI SINI untuk keterangan lanjut mengenai khasiat cangkuk manis.


Sayur cangkuk manis yang Amie temui di sini tidak sama dengan yang Amie biasa makan di kampung. Biasanya, banyak daun cangkuk manis yang terdapat dalam satu hidangan tetapi di sini, hanya pucuknya yang muda sahaja yang dijual. Ketika hayat MIL & FIL masih ada, mereka tanaman pokok cangkuk manis di belakang rumah, dan Amie dengan seronoknya akan memetik pucuknya yang muda dan lembut setiap tiga hari sekali. Sayur cangkuk manis yang Amie masak petang tadi sebenarnya dipetik juga.... he he hehh Encik Suami petik di pasar!
Oleh kerana Amie masak Asam Pedas Ikan Pari (asam pedas lagi!), jadi Amie tidak gunakan cili untuk menumis cangkuk manis. Amie hanya tumbuk sedikit belacan dengan bawang, gunakan sesudu sos tiram dan taburkan ikan kurau kering yang ditumbuk di atas sayur. Resepi yang ringkas dan mudah ini Amie tuliskan di bawah ini.

Resepi : Sayur Cangkuk Manis Ikan Kurau Kering
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
200 gram sayur cangkuk manis
1 sudu sos tiram
1/2 sudu tepung kanji - bancuh dengan sedikit air
sekeping ikan kurau kering - goreng dan tumbuk hancur
minyak

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 cm belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan sayur cangkuk manis dan gaul rata.
3. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Kacau rata sehingga kuah pekat.
5. Tutup api.
6. Masukkan sayur ke dalam mangkuk. Taburkan ikan kurau kering yang telah ditumbuk hancur.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Kelmarin sudah masak Asam Pedas Ikan Kembung. Petang tadi masak resepi yang sama cuma masukkan ikan yang berbeza. Apa pun, bagi Amie, makan asam pedas hari-hari pun tak apa sebab kami suka!


Kali ini Amie masak Asam Pedas Ikan Pari dengan terung pula. Minta maaflah kawan-kawanku sayang.... tak dapat nak jemput makan sama sebab semua sudah licin! Yang tinggal hanyalah mangkuk kosong, itu pun sudah dicuci dan sudah disusun di atas rak! Lain kalilah ye......

53 ulasan:

  1. Saya gelar cekur manis. Emak saya pun cakap kalau ada darah tinggi tak elok.

    BalasPadam
  2. ptama kali QH dgr sayur cangkuk ni...cmne la yer rupanya...mungkin mak QH panggil lain kot...ape2 pon menu kampung cmne mmg menawan hatiku...sedap

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Amie,

    kalau masuk sini gerenti mesti kecur...bukan nk mengampu tapi mmg kenyataan nya...ish jadi lapar tengok masakan Amie ni...semua nampak sedap2 belaka...

    BalasPadam
  4. pertama kali nani makan sayur cangkuk manis ni masa singgah di sabah ciken rice kat bandar perdana lahad datu...sedapnya sayur ni. macam lain pulak dengan cekur manis. ke sebab cangkuk manis ni hanya ambil batang yang muda2 saja, daunnya dibuang ye..

    BalasPadam
  5. Malam Kak Amie sayang.. melly pun suka makan daun cangkok manis, yah bagus untuk ibu yang menyusui akan menambah banyak air susu nya, kalo ipar melly pun tak makan katanya kalo habis makan cangkok manis ini bisa pening kepalanya mungkin karena darah tinggi nya yah..ngga tau juga.
    kami biasa masak daun cangkok manis di campur dengan ikan bilis dan telur..hmm nyaman.. hehe

    BalasPadam
  6. Hazila,
    Ooooo... iyelah tu, sebab katanya ayahanda, jangan selalu sangat makan, nanti kena darah tinggi (agaknya untuk yang memang ada simptom darah tinggi kot).

    Qasey Honey,
    ada tu dijual di pasar (terutamanya pasar malam), banyak daunnya, tapi jenis di tempat Kak Amie memang tak berdaun, hanya pucuknya saja yang dipetik.

    Nuridah,
    waalaikumussalam.... alhamdulillah, lauk-pauk kampung saja Nur, suka-suka masuk blog untuk resepi kenang-kenangan.

    Nani,
    rangup aje rasanya kan Nani, sama spesies dengan cekur manis tapi cekur manis dibiarkan rimbun, yang ini hanya pelihara pucuk saja sebab MIL & FIL Kak Amie ada tanam di kampung, kalau dibiarkan tak dipetik seminggu jadilah rumpun cekur manis!

    Melly,
    selain khasiat, ada juga bahayanya kalau diambil berlebihan, atau pun kurang sesuai untuk yang memang ada risiko darah tinggi... Kak Amie pun makan sekali-sekala saja sayur ni.

    BalasPadam
  7. Kak Amie,bagus jugak kalau ada penjelasan tentang cangkok manis ni..ada baiknya dan ada buruknya kan..kena kurangkan la makan klu begitu...yang ikan kurau masin tu pun bole buat darah tinggi klu diamalkan slalu..hihihi..tapi sedap wooo..

    BalasPadam
  8. saya baru 1st time dengar sayur cangkuk manis ni kak amie... camana rupanya tu kan, tak dapat nak bayang

    BalasPadam
  9. salam Amie,sedapnya masakan Amie hari ni,cangkuk manis ni dia ada daun kan tapi kak Noor tak nampak pun,ke kak Noor salah faham dengan cangkuk manis yg amie maksudkan tu,lain padang lain belalang kan mana tau nama sama bendanya lain,akak tengok macam asparagus je tu Mie,ce ceiter sikit apa sebenarnya cangkuk manis tu..

    BalasPadam
  10. Assalam Amie,
    another sayur baru yang kita belajar hari ni..everytime, mesti ada aja nama yang kita tak pernah dengar yang diperkenalkan amie dalam masakkan amie ni....agak2 dalam bahasa inggeris amie boleh translate kan tak..aah kita tengok pun macam asparagus gitu kot?..

    BalasPadam
  11. 1st jgk yana dgr sayur cangkuk manis ni..Tq Kak Amie tlg perkenalkan ^_^

    BalasPadam
  12. cekur manis = dengan daun asin2 ke kak?dulu kecik-kecik bunganya tu buat subang

    BalasPadam
  13. berselera makan ni, kalau datang rumah Amie, rasa macam tak nak balik..hihi!

    BalasPadam
  14. Rahel,
    makan sekali-sekala Rahel supaya indak sakit kepala... macam nani tu, makan di Sabah Chicken Rice jak...

    Cheq Sue,
    nanti Amie cuba cari sayur cangkuk manis dan ambil gambarnya ye Cheq Sue sayanggg...

    Bicara Kak Noor,
    betul tu Kak Noort, memang tak ada daun sebab hanya pucuknya saja yang dijual, memang ada rupa asparagus sebab pucuknya lembut & gemuk.

    Ayu,
    bukan asparagus, aduh Ayu... bila Amie translate ke BI ikut google, jadinya cekur sweet ... tak dapat nak terangkan, nanti kalau ada sayur tu, Amie paparkan gambarnya ye.

    Yana,
    sayur kampung ni Yana, kadang-kadang tumbuh liar di kebun-kebun.

    BalasPadam
  15. Chik Mimi,
    betul tu daun asin-asin, memang buahnya cantik, he he heh dibuat subang ye...

    Ummiross,
    sesekali menginap di rumah Amie apa salahnya Ummi.

    BalasPadam
  16. saya panggil daun asin-asin jugak..sekali sekala makan best jugak..orang dulu2 selalu makan sayur ni..dulu susah

    BalasPadam
  17. salam kak amie..
    tgk sayur ni..tringat plak masa kecik2..kalo takde sayur..sy ckp kt mak..mak masak le daun cekur yg tanam kt tepi rumah tu..bior cah kutip..maka tgh hr tu berlaukkan masak lemak putih daun cekur manis ni!

    BalasPadam
  18. sedaaapppnya kak...hantar sini sikit blh...?

    BalasPadam
  19. Dalam samar-samar restoran di Sarawak masa tu, dekat setahun lalu, masa makan, Ayah rasa sayurnya macam 'cokok' manis. Kawan yang 'order' kata, sayur pucuk paku. Tapi memang tak berdaun. Batang muda & pucuk saja. Terfikir juga Ayah masa tu, mungkin asparagus! Hehehe. Sekarang Ayah yakin itu mesti tumisan cokok manis. Kawan Ayah tu pun bukan pakar sayur-sayuran, tapi pastilah dia penggemarnya.

    BalasPadam
  20. Assalam kak Amie, byk benda baru yang saya kenal bila singgah dapur akak ni tau sebab tak pernah dgr lagi nama sayur cangkuk tu.makan lagi ler tak..sedapnya kalau dpt rasa..kena pulak dgn lauk ikan pari tu.:)

    BalasPadam
  21. selamat pg kak,
    nak datang makan rumah akaklah klu macam nie,berslera sy tgk...

    BalasPadam
  22. Salam kak amie! sayur cangkuk? kita jakun lagi kalau masuk umah akak ni hihihi... tp kalau namanyer sayur2 ni mmg kita boleh makan kecuali peria sbb pahit :D tgk mcm sedap pulak sayur cangkuk nii, mana nak carik kat sini ya :D

    BalasPadam
  23. Sedapnya...ditambah pula dengan ikan kering kurau.

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. tak pernah saya makan sayur ni kak...sayur baru ni ..saya tak pernah tau ada sayur ni..kekekek...apa la rasa dia ye..suka saya sayur kg2 ni..sini tak pernah dengar pun nama sayur ni..:)

    BalasPadam
  26. salam kak amie.. tun mmg fail sket bab nama2 sayur nih. lagi2 kalau daun2 ulam kampung. mmg xkenal! rasa2nya xpernah makan kot cangkuk manis nih. rupa dia x familiar.

    BalasPadam
  27. Salam Amie..
    syr cangkuk manis? mmg sah tak tahu.

    BalasPadam
  28. sayur apa yer kak amir..cangkuk manis?

    BalasPadam
  29. Kak amieeee cayangg
    salam rinduuu
    ini first time mieza dgr sayur cekur manis...tak pernah makan lagi...tapi mieza pasti rasanya mesti sedap...kat semenanjung ni ada ke sayur ni ye...tapi mieza sentiasa tertarik dgn masakan kampung...
    bila la berkesempatan nak datang ke sabah makan air tangan kak amie yg pandai masak ni :)

    BalasPadam
  30. Salam Amie,

    Sedap masak asam tu. Membuka selera, akak tak masak hari ini, kurang sihat sikit.

    BalasPadam
  31. cekok manis lah baru best bunyinya jawanya..

    BalasPadam
  32. Sayur cangkuk manis? hihihi 1st time dgr ni. Biasa cekur manis tu tau lah..

    Tp best betul nampak sayur ni buat cam ni. Naz suka sayur2 yg dibuat ala2 kerabu ni..

    BalasPadam
  33. sy x pernah makan cekur manis tu..walopon umah saya ade poko tu..x biasa makan kot..hoho

    kak amie..camne nk buat dessert yg dibuat dr sagu yg bewarna..dan dimakan dengan susu cair manis..mcm saggupal..sy konpius..betul ke di curah dgn susu manis ats sagu tu..sbb sedap sgt sy makan kt satu tempat tu..mimpi2 nk buat..tp takut x jadi

    lagi satu ade x cara nk sukat air masak sagu?..hoho..pandainye nens masak..hehe

    BalasPadam
  34. cangkuk manis! tak pernah dengar atau di sini orang panggil lain.
    nampak berselera sayur cangkuk manis tu.

    BalasPadam
  35. As'salam Amie

    Maaflah lambat lagi datang menyinggah. entah 2-3 hari ct susah nak bukak blog kawan2. kalau boleh bukak pun hanya dapat setengah aje entri tu gambar langsung tak dapat tengok. Jadinya ku pendam segala hasrat hati nak melihat daun cangkuk manis yang tak pernah ct ketahui seumur hidup ct ni haaa.. hehehe. Tapi Alhamdulillah malam ni okey pulak boleh lihat semuanya kecur pulak lihat asam pedas tu :)

    kan ct pernah kata, ct suka masuk dapur Amie sebab mempunyi lauk pauk yang jarang ct kenal pun selama ini. macam daun cangkuk manis ni jugalah. agaknya macamana rasanya ya Amie

    BalasPadam
  36. Tihara,
    dulu memang banyak tumbuh liar, emak kita pun suka tanam di tepi rumah, campur dengan sayur lain buat masak lemak atau bening.

    Ummiaisyah,
    sedapnya masak lemak putih campur dengan keledek!

    Ayah Temuk,
    betul tu ayah, itu bukannya sayur asparagus tapi cangkuk manis, hanya pucuknya yang lembut sahaja yang dipetik dan dimasak.

    BalasPadam
  37. Nieza,
    sayur ini memang terkenal di Sabah terutama di restoran Cina, masaknya pun senang dan rasanya rangup! Sedap makan panas-panas...

    Rohah,
    jemput datang Rohah, silakan.... jangan malu-malu. Kak Amie sambut dengan pintu dapur luas terbuka.

    Ika,
    mungkin namanya lain di tempat Ika, sebab ramai kawan blogger tahu sayuran ini.

    BalasPadam
  38. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  39. Zaitun,
    memang sedap kak Zai...masakan kampung!

    Quinnie,
    ada masa nanti Kak Amie ambil gambar sayur cangkuk manis, mungkin bila sudah nampak gambar tu... ramai yang mungkin sudah tahu.

    Tun Telani,
    mungkin pernah makan, tapi lain namanya kot.

    BalasPadam
  40. Mama Hawa,
    nanti Amie kongsi infi lebih lanjut tentang sayur ini.

    Noor,
    tak apa Noor, tambah pengetahuan tentang dunia sayur-sayuran.

    Mieza sayangggg...
    sayur kampung bah ini, dulu melambak tumbuh di kebun, orang kampung buat sayur lemak, ada juga dijual di pasar.

    BalasPadam
  41. KunangKunang,
    bawa-bawalah berehat ye kak...

    Ucu,
    cekok ke cokok.... maknanya tetap sama kan Ucu.

    Naz,
    samalah tu cekur manis sebutan sana, cangkuk manis sebutan sini... cuma di sini sayur tu hanya diambil pada bahagian pucuknya saha sebelum sempat keluarkan daun.

    BalasPadam
  42. Nens,
    memang sesetangah orang tak makan sayur ini.

    Kak Na,
    memang ada sayur ini di sana Kak Na.

    CT,
    kalau orang kampung atau pernah tinggal di kampung, biasanya mereka tahu sayuran ini.

    BalasPadam
  43. cangkuk manis nie sy tak pernah kenal dan makan.daifnya sy.:)

    BalasPadam
  44. masakan kak amie yg paling best saya tengok. hehe..

    BalasPadam
  45. sudah lama akak tak makan sayuran kampung cenggini amie,namanya aje dok kg akak ni tapi tak pernah jumpa..kalau ke pasar tani tu asyik rembat menda lain je mana nak jumpa ya tak?...sedap ni amie...:)

    BalasPadam
  46. SAlam Kak Amie cayanng baru ada kesempatan BW.. nampak sayur cokok manis.. serius tak pernah dengar.. nak kata pucuk manis tidak kan?? errr sayur cekur tu yang baunya semerbak kuat dan kalau orang jawa buat urap.. puas sha tenung. sampai naik juling bijik mata.. serius memang tak pernah tenguk daun tu... sebab dia nampak berbatang pulak.. eshhh.. sorry kalau silap... berapa kali bukak dan pakai cermin mata dah ni hahaaa

    BalasPadam
  47. SAlam kak amie patah balik semula ke sini selepas tekan info di atas tu.. ohh betullah.. pucuk manis kalau bonda sebut.. so sha ni biasalah sebut sayur pucuk manis.. wahh bertambah lagi satu ilmu ni... tq kak amie.. hehehehhehhe

    BalasPadam
  48. saya panggil cekur manis..kat belakang rumah ada tanam...tp x elok untuk org darah tinggi

    BalasPadam
  49. Salam Kak Amie...saya belum pernah jumpa sayur ni apalagi nak makannya...mesti sedapkan....

    BalasPadam
  50. suker dgn lauk2 kampung akak... semua menarik dan tertarik!

    BalasPadam
  51. Ya ampun..kecoq ayaq liyoq...mmg menarik tertarik da bomb lauk akak ni..ganding ngan smbal blaca. lak..fuhhhhhh!! x terkate..hehe

    BalasPadam
  52. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    BalasPadam