Ia bagaikan sebuah cerita pendek, dalam sebuah perjalanan yang singkat. Adakah ia satu pengalaman, kenangan atau musibah?
13 Mac 2012, kami tiba di KLIA pukul 1.20 petang melalui penerbangan MH2605 Boeing 737 dari Kota Kinabalu, dan pagi ini, 18 Mac 2012 sebentar lagi kami akan kembali ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat 2615, tidak pasti Boeing 737 atau 747 dan tentulah bukannya Air Bus. Kami dijangka tiba ke Lahad Datu menjelang petang dengan menaiki MAS Wings.
Terima kasih buat teman-teman yang sudi berkongsi rasa dalam entri Amie yang lepas, entri Kehilangan.... yang Amie coretkan pagi kelmarin. Amie jadikan segala kata perangsang kalian sebagai semangat untuk menghadapi hari-hari esok dan seterusnya.
Airmata.... usahlah mengalir lagi. Cukuplah sudah kesan bengkak di mata kerana menangisi kehilangan 'permata cinta kami yang bongsu.'
Ia bagaikan sebuah mimpi, datang dengan membawa dia bersama melalui jalan udara dan jalan raya yang sama tetapi kembali semula dengan meninggalkannya di sana... di kampung halaman ibundanya. Tepat berusia 2 bulan mengikut tarikh bermulanya pada 17 Januari 2012 dan menghuni rahim ini sehingga 16 Mac 2012.
Jika dibicarakan lagi tentu asyik salah-menyalahkan di antara satu sama lain akan sebab musabab yang berlaku. Kita merancang yang terbaik dan mengharapkan kesudahan yang indah tapi Allah Maha Perancang dan Lebih Mengetahui.
"Ruginya kami tak dapat adik," luahan hati anak-anak cukup menyentuh perasaan yang sedang berdukalara.
"Ruginya kami tak dapat adik," luahan hati anak-anak cukup menyentuh perasaan yang sedang berdukalara.
"Yang penting Mummy sihat," kata-kata Baba malam tadi cukup memujuk hati ini dan menunjukkan dia telah menerima kejadian itu.
Memang sepanjang subuh tadi, air mata mengalir sepanjang jalan, tapi biarlah ia berlinang kerana itu lebih baik selagi mampu untuk menangis.
Selamat tinggal bonda, kakak, adik, sanak saudara, dan kampung halaman tercinta.
"Bila akan balik lagi?" pertanyaan bonda disertai dengan esakannya itu meluluhkan hati ini. Bonda kupeluk dan kucium penuh keharuan.
Setibanya di KLIA untuk check-in, bonda menelefon dari kampung. Biasanya Amie yang telefon tapi kali ini bonda pula yang mendahului.
"Hati-hati..." pesan bonda. Amie dengar ada esakan di hujung suaranya.... mungkin juga turut mengongsi kesedihan ini di atas kehilangan itu.
Air mata ini terus mengalir..... tak tahu bila akan berhenti....... dan tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan hati ini meninggalkan permata cinta kami yang bongsu di sana.
P/S: Buat Ucu Faridah.... ada jodoh pertemuan dan rezeki pasti kita akan bertemu lagi.
Salam kak amie! sesungguhnyer dia merancang yg terbaik buat akak n hb akak :-) insyaAllah!
BalasPadamsemoga slmt sampai ke sana..jgn sedih2 ye...moga nnt ada gantinye...amin..:)
BalasPadamrugi tak dapat adik... hanya rugi di dunia sayang! rugi bila terbayangkan wajah baby yg comel. tapi mami tak rugi di akhirat, ada yg menanti mai & baba di sana. memang terasa kehilangan, tapi ada yg berharga menanti di sana. yg menarik kalian lebih ke syurga. Insyaallah, moga ada rezeki dapat adik baru.
BalasPadamassalam amie..semoga selamat perjalanan amie kembali ketempat bertugas
BalasPadamsalam kak..semoga akak sihat selalu dan tabah untuk menhadapi hari yang mendatang ye. Insya Allah, itu yang terbaik buat akak dan suami dari ALlah. Dia yang merancang dan DIa yang menentukan semuanya..
BalasPadamkak amie kalau dpt menulis...memang boleh membuat saya ni turut sama mengalirkan air mata...boleh jadik penulis buku la akak ni...hehhehe...
BalasPadamapa2 pun jgn bersedih kak...selamat berpantang...
Sebak jugak membaca n3 amie kali ni.. Apapun, semoga selamat untuk Amie sekeluarga.
BalasPadamKak Amie cayangggg...assalamualaikum...mieza sgt busy sepanjang mac sehingga tak sempat nak jelajah blog kawan2..kak amie..mieza baru baca kisah kak amie ni...salam takziah buat kak amie..insyaAllah baby kak amie sedia menunggu kak amie di syurga...insyaAllah Allah nak kasi baby baru buat kak amie...memang sedih sgt kak..mieza juga pernah mengalaminya..sudah 5 bulan dalam perut..sudah baju materniti...suatu hari ia pergi menginggalkan kami..en suami menangis sebab dia dah teruja nak terima baby baru..dan itulah baby kedua kami...rupa-rupanya dia pergi kerna dia tak mahu nyusahkan hidup kami..sebab jika dia dilahirkan cukup 9 bulan..dia sebenarnya cacat..kesan mieza tersilap makan ubat panadol masa awal prgnancy (masa makan panadoltu mieza belum tahu mieza preggy)...masyaAllah ada hikmahnya kepergian dia..kalau dia dilahirkan cacat..mampukah mieza menjaganya sebagaimana mieza menjaga kakak dan adik2 dia yg sempurna...risau nyer mieza kalau dalam tak sedar mieza akan mengecilkan hati dia..rupa2 nya Allah lebih mengetahui...baju2 baby semua dah beli masa tu...mieza simpan semula dalam kotak..hanya 4 tahun selepas itu barulah mieza keluarkan semula setelah kelahiran wawa yang kini sudah 5 tahun..dan skg ada umar yg berusia setahun..suami selalu berkata..."kalau yang no 2 tu ada..dah 4 anak kita kan"...sesekali teringatkan dia..masyaAllah rindunya..terasa sgt dia menendang2 dgn kaki kecilnya di dalam perut..akak jgn sedih lagi tau...insyaAllah Allah nak kasi yang terbaik buat akak...salam takziah dari mieza...salam peluk cium :)
BalasPadamIka,
BalasPadamya....Dia Maha Perancang, tapi hambanya kurang memahami perjalanan perancangan-Nya...insya-Allah ada yang terbaik buat kami.
KunangKunang,
alhamdulillah sudah selamat sampai, bila teringat memang rasa sedih tapi redha dengan ketentuan-Nya.
Adrien Shoppe,
bila sedang menghadapinya terutama buat kali pertama yang tak terduga, pelbagai perasaan timbul, dan sudah semestinya sedih.... syukurlah sedikit demi sedikit kami dapat menghitung hikmah di sebalik kejadian itu.
Acik Erna,
BalasPadamalhamdulillah telah selamat sampai, terima kasih Acik.
Kamalia,insya-Allah... kesihatan perlu diutamakan, ujian Allah ini kami redha menerimanya.
Quinnie,
agaknya luahan yang tak mampu ditanggung dari jiwa dan perasaan Kak Amie tu... ya, sedang berpantang ni.
Kamariah Awang,
BalasPadamterima kasih Ma, kerana sudi kongsi entri Amie kali ini...
Mieza,
terima kasih dik Mieza, peluk cium juga dari Kak Amie... sesungguhnya kehilangan seperti itu memberi kesan mendalam kepada ibu, mungkin lain penerimaannya berdasarkan tahap dan usia kandungan itu.... iyalah... macam Kak Amie sebenarnya baru seminggu tahu, kemudian dengan penuh kegembiraan tak tersedar sesuatu sedang menanti. Bayangkanlah lebih 10 tahun rahim kosong, tiba-tiba berisi kembali... walaupun sesingkat usia 2 bulan tapi kehadirannya cukup memberi kesan kepada kami.... namun, kami redha, biarpun suami tidak mampu berkata-kata dan kakak pula hanya boleh mengalirkan airmata, kami cuba mencari, menghitung dan memahami kekuasan Ilahi, percaya apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, insya-Allah.