Pages

Sabtu, 7 Januari 2012

Sambal Tumis Tempoyak Udang Berpetai

Jom makan tengahari lauk Sambal Tumis Tempoyak Udang Berpetai. Sebelum itu Amie nak seru nama Madiha menggunakan gelombang minda sambil menguji keberkesanan telepati masing-masing. Madiha... oooo Madiha.... a.k.a Ratna! Dengar tak dia? Kalau Madiha dengar tentu Madiha datang ke dapur Amie. Bolehlah kita makan sama-sama. Sebenarnya kelmarin petang Amie berkunjung ke rumah Madiha. Sedapnya hidangan yang Madiha sediakan sampai meleleh air liur kita tengok! Madiha masak Sambal Tumis Tempoyak Udang Kering Berpetai. Oleh sebab Amie tak ada stok udang kering, Amie tukar kepada udang basah. Minta maaf ye Madiha kerana menderhaka sedikit! 



Sesiapa yang berminat bolehlah datang ramai-ramai serbu dapur Madiha di SINI. Memang sambal udang keringnya sungguh menyelerakan! Lain kali Amie nak cuba gunakan udang kering pula sebab rasanya tentu lebih sedap. Okey.... minta izin kongsi resepi di sini ye Madiha, supaya rakan-rakan yang lain boleh dapat manfaat bersama.



Sambal Tumis Tempoyak Udang Kering Berpetai
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan:
1 cawan udang kering saiz sedang/kasar ~ direndam hingga kembang anggaran 1 jam dan tos - Amie gunakan 400 gram udang basah dibuang kulit
1 cawan isi petai
2 sudu besar penuh tempoyak ~ dibancuh dengan sedikit air - Amie tambah 2 sudu lagi
Air tambahan jika perlu
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam, aji dan gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk lumat:
30 biji cili padi (boleh campur merah dan hijau atau merah saja)
2 cm kunyit hidup
1 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya lalu tumiskan bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tempoyak yang dibancuh dengan air tadi dan biar mendidih.
3. Masukkan petai dan udang kering / basah dan masak hingga petai nampak layu. Tambah air lagi jika terlalu pekat. 
4.Tambah bahan-bahan perasa seperti garam, aji dan gula sesuai citarasa anda. 
5.Biarkan sebentar hingga nampak sambal pecah minyak. 
6.Kepekatan ikut citarasa sendiri.. Siap!

20 ulasan:

  1. Alahai kita belum makan tengahari ni...Lapar la pulak jadinya.Minta la sepinggan bersama apple smothie tu....

    BalasPadam
  2. Adess!, kecur airliur ni,mai semangkuk,hikhik!!

    BalasPadam
  3. lapar la pulak perut ni tgk sambal tempoyak Amie..sedapnya.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikummmm tuan rumahhh.....
    kita datang nak makannnn... hehehe... patutlah rasa spt ada yang menyeru2 suruh buka lappy hari ni... rupanya Amie dah gunakan telepati menyeru2 nama kita ye! Rasanya dah lama MaDiHaA tak buka blog waktu hari cuti lebih2 petang2 gini... mmg berkesan kaedah telepati ni ye! hehe..
    apapun... mmg nampak menyelerakan lauk yg Amie masak tu... gunakan udang segar bertambahlah sedapnya Amie. Boleh aje guna udang basah sebelum ni MaDiHaA pun pernah masak guna udang basah.. ganti ikan bilis pun boleh.. kita yg buat diakan... hehe..
    thanks sudi mencuba ye...

    BalasPadam
  5. Kalau dah udang dicampur dengan petai dan tempoyak memang tak terkata sedapnya.

    BalasPadam
  6. kak amie..dah lama sungguh tak makan tempoyak..terliur dah ni..haishhh.hehe

    BalasPadam
  7. Puan Ros,
    memang Amie masak lebih ni... boleh... boleh takde masalah, smoothie pun ada lagi di bawah tu...ambil je jangan malu-malu.

    Ummi,
    kalau Ummi datang sini, Amie tak biarkan Ummi balik dengan tangan kosong, semangkuk ke, sepingganke...mesti bawa balik!

    Mawar Merah,
    sedap tau sambal tempoyak ni Mawar! mehlah makan sama.

    BalasPadam
  8. Madiha,
    owh... seronoknya main-main telepati ni... orang kata memang minda bawah sedar boleh digunakan tanpa kita sedari! he hehehhh...sampai juga pesanan gelombang minda melintasi Laut China Selatan ye Madiha.

    Terima kasihlah Madiha kerana sudi kongsi resepi yang sedap ni...Amie buat lebih sebab nak makan berkali-kali! mmmm.... rasa lapar baliklah!

    Kak Zaitun,
    sedap! memang sedap kak... tapi kena hadkan nasinya, kalau ikutkan hati bertambah2lah menyenduk nasi.

    Kamalia,
    takpe, balik sini nanti boleh makan puas2! boleh panaskan badan... ha hahahhh

    BalasPadam
  9. Mmg berselera mkn lauk macam ni... Bertambah la nasinya bila makan tu...

    BalasPadam
  10. fuhhhh....berpeluh sampai sini, nak2 ada pulak sambal tempoyak ngan petai tu....tngkap leleh beb...hhihi

    BalasPadam
  11. kalau lauk macam ni..
    tak jadi maklong nak diet..
    mesti menambah makan nasi.. hehehe..

    BalasPadam
  12. Ain,
    makan Ain...selagi nak makan he hehehh

    Liza,
    jauhnya perjalanan ye Liza sampai berpeluh2... takpe, berbaloi Liza datang sini sebab ada sambal petai tempoyak ye!

    Maklong,
    alaaa Maklong... sportinglaaa! makan sambal tempoyak lebih, tapi nasi sikit je... he heheh

    BalasPadam
  13. amboiiii...menyelerakan...Sambal tempoyak saya makan, tapi udang tu tak makan...hehehehe...

    BalasPadam
  14. MP,
    untungnya berkawan dengan MP...kalau makan di luar, lauk seafood, kenyang kita yang makan sorang!

    BalasPadam
  15. lamanya tak buat sambal tumis tempoyak ni..selalu kalau makan mesti tambah nasi..he he..

    BalasPadam
  16. nampak rangup2 lagi petai tu...kalau balik kg je baru dpt makan petai.

    BalasPadam
  17. Zalin,
    bagusnya kalau makan petai, boleh cuci perut kita! Sihat!

    Nani,
    Kak Amie jumpa petai ni sewaktu pergi Tawau tempohari.

    BalasPadam
  18. sedapnye..petai ngan tempoyak mmg sy suka sgt.sy slalu wat guna ikan bilis.

    BalasPadam
  19. lapar tgk masak tempoyak petai ni...aduhh...lunch hour la plak...

    BalasPadam