Pages

Rabu, 11 Januari 2012

Pla Muerk Tod Kratiem - Sotong Goreng Bawang Putih

Jom cuba menu masakan ala Thai yang Amie hidangkan di bawah. Amie masak Sotong Goreng Bawang Putih atau Pla Muerk Tod Kratiem. Ini merupakan kali kedua Amie memasak resepi ini. Memang banyak penggunaan bawang putihnya! Kena gunakan 3 labu! Bukan labu bawang yang kecil-kecil tapi yang besar. Amie cincang bawang putih untuk mendapatkan satu mangkuk kecil. Tapi memang sedaplah, tak rugi mencuba. Cara memasaknya pun mudah, dan tidak memerlukan banyak bahan. Cuma bawang putih sahaja yang mesti banyak.


Resepi : Pla Muerk Tod Kratiem - Sotong Goreng Bawang Putih
Sumber: Chef - Koleksi Istimewa Majalah Perempuan

Bahan-bahan:
500 gram sotong - potong ikut suka
3 labu bawang putih  - cincang
1 sudu besar serbuk lada
1 sudu kecil serbuk perasa
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
minyak

Cara:
1. Goreng sotong hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Panaskan semula minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau. Angkat dan toskan.
3. Panaskan sedikit minyak dengan api besar. Masukkan sotong goreng dan bawang putih tadi dengan serentak.
4. Masukkan sekali serbuk lada, serbuk perasa, sos tiram dan gula. Kacau sebati. Pastikan tidak terlalu lama.
5. Angkat dan hidangkan.


Mudah bukan cara penyediaannya. Rasanya pun lazat! Tak percaya? Boleh cuba.... dan jangan takut dengan jumlah bawang putihnya yang banyak. Bila sudah siap masak, tak nampak pun rupa bawang putih yang begitu banyak!

19 ulasan:

  1. Nama menu ni dalam bahasa Thai ke Amie...pandai Amie ya...nak menyebutnya pun akak dah tegeliat lidah...tak kisahlah janji lauk ni sedap dimakan kan..:)

    BalasPadam
  2. Cik Cek,
    agaknyalah tu dalam bahasa Thai... siap dengan terjemahannya sekali, memang sedap Kak Cik.

    BalasPadam
  3. akak mmg suka sotong..walau di masak cara apa pun..lebih2 lagi sara thai..mmg sesuai je rasa kat tekak ni..
    resepi pandan lapis tu pun nampak senang je...nak cuba buat juga lah nanti.:)

    BalasPadam
  4. Kak Anim,
    memang sedap masak ala Thai,
    kek pandan lapis itu pun taklah susah sangat nak buatnya.

    BalasPadam
  5. Assalam amie,
    sedapnya sotong!!!.kita tak kira sotong masak apa, mesti kita telan juga..boleh cuba ni..nampak sedaplah amie..aduh malam2 macam ni..sedap betul buat supper..hehe

    BalasPadam
  6. Sedap pulak sebutan thainya tu Amie. waa kalau senang macam ni nak cuba jugak lah.

    BalasPadam
  7. kak amie..berbelit lidah nak nyebutnya..hehehe...masakan thai saya pun suka..tapi jarang masak kat rumah ni...suka makan kat kedai je...hahhahha..nanti ada sotong bleh cuba..:)

    BalasPadam
  8. menariknya resepi ni kak, masakan ala thai memang sedap:)

    BalasPadam
  9. Assallamualaikum Amie..
    Mmg mudah nampaknya resepi ni.. Boleh cubalah lain kali. Suka menu yg simple2 tp sedap. Tak yah lama2 duduk kat dapur tu..hehehe..
    Amie, cantiknya kek pandan kat bawah tu. Lama dah Naz nak buat. Resepi pun dah ada 4-5 jenis kek lapis pandan ni tp tak terbuat2 lagi.. Mesti harum dgn bau pandan kan.

    BalasPadam
  10. salam amie...uwaaaaaa, Liza lambat dtg, mst dh habis sotong tu kan....
    nmpk sotong tu sedap la Amie, must try ni...

    BalasPadam
  11. Pagi K'Amie..susah mau sebut nama menu nya yah, tapi looks yummy.. kapan kapan melly mau try juga buat ini di rumah. makasih kak share recipe nya. ;)

    BalasPadam
  12. maklong ada sotong dalam peti tu.. petang nanti bolehlah cuba resepi ni.. nampak sedap je..

    BalasPadam
  13. Ayu,
    memang sedaplah Ayu sotong masak gaya ni.

    Ummi,
    senang buatnya Ummi, tak banyak bahan.

    Quinnie,
    boleh cuba, tak rugi cuba sebab sedap!

    BalasPadam
  14. Waalaikumussalam Naz,
    memang simple saja resepinya, sedap pula tu!

    Liza,
    tak apa, boleh masak lagi... Amie pun tak puas makan!

    Mellyu,
    susah nak sebut namanya, tapi rasanya enak banget!

    Maklong,
    memang mudah, ringkas dan sedap!

    BalasPadam
  15. okay..tergeliat nak sebut nama penuh masakan ni..suka sotong goreng tepung,nnt nak cuba resipi mcm ni pulak.

    BalasPadam
  16. Salam Amie,

    Amie ni macam Kak Ros jugak la suka masakkan Thai...

    Memang selera Kak Ros terbuka terus bila nampak masakkan Thai ni...Emmm...menu ni kalau kita tambah cili padi boleh dak Amie....?

    BalasPadam
  17. Kamalia,'tergeliat nak sebutnya satu hal.. ntah betul ntah tidak sebutannya satu hal lagi... ha hahah

    kak Ros,
    boleh bubuh cili padi, rasanya pun jadi pedaslah kak., tapi masakan Thai memang biasanya tak lari dari cili padi!

    BalasPadam
  18. lamanya diana x masak sotong... sejak diana berpantang sotong nie hubby pun turut serta x nak beli sotong.. adeeh!! tgk sotong yg akak masak nie teringin plak nak makan.. huhuuu

    BalasPadam