Pages

Khamis, 19 Januari 2012

Pineapple & Green Apple Smoothie

Selamat petang semua. Sesiapa yang tersesat ke dapur Amie, sudi-sudikanlah  nikmati segelas Pineapple & Green Apple Smoothie. Malam ini Amie akan menghadiri jamuan perpisahan dengan salah seorang rakan sekerja yang dapat berpindah tugas ke Linggi, Negeri Sembilan. Sedihlah rasa hati sebab rakan yang berpindah ini merupakan setiausaha Amie yang sangat dedikasi dalam tugas. Apa pun selamat jalan Cik Murniza Othman! Semoga gembira di tempat baru. Nampaknya tak sempatlah nak masukkan menu makan malam ini. Encik Suami pula siap bawa pulang makanan bungkus! Dan ada lagi satu benda dia bawa pulang..... buah bambangan! Pernah dengar buah bambangan atau makan buah bambangan? 


Resepi: Pineapple & Green Apple Smoothie
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 cawan kepingan nenas masak ranum
3 biji epal hijau - buang biji dan potong kecil
150ml susu segar
100ml yogurt asli
1 sudu jus limau nipis
3 sudu besar gula

Cara:
1. Sejukbekukan kepingan nenas bersama epal hijau selama 4-5 jam.
2. Masukkan nenas dan epal hijau, susu segar, yogurt asli, jus limau nipis dan gula ke dalam pengisar.
3. Kisar kesemua bahan sehingga halus.
4. Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati.

~ Kali ini Amie tambahkan jus limau nipis ke dalam smoothie~

20 ulasan:

  1. Amie..acik pernah tengok buah bambangan yang berbau kuat tu kan..tapi belum pernah makan.

    BalasPadam
  2. Acik Erna,
    memang baunya kuat...dah berbau satu rumah nih!

    BalasPadam
  3. salam amie....buah bambangan tu cmner rupa dia? maluuu ni...hihihihi
    Liza suka gandingan nenas ngan epal hijau ni..mmg terbaeekkk la..

    BalasPadam
  4. Assalam amie, pernah dengar buah bambangan ni, tapi tak ingat dh. Sedapnya smoothie, nyaman panas2 mcm ni

    BalasPadam
  5. 1st time akak dengo buah bambangan...buah apa tu ek...
    sedapnya smoothie...pineapple campur lak ngan apple...emmm...kechur2...

    BalasPadam
  6. salam Amie..haus tekak bila singgah sini :D
    Buah bambangan???xkenal lar..camna ghupa buah tu yer?ce citer...

    BalasPadam
  7. sedapnya tgk smoothie akak ni..nieza suka apple hijau:)

    BalasPadam
  8. waa makin pelbagai smoothie Amie, mesti sedap ni, tengok pun dah terliur...

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie,konfirm lemak masam manis rasa dia kan...terasa kesegarannya..

    BalasPadam
  10. As'salam Amie...ct sesat awal2 pagi ni..hehehe

    maaflah Amie..bila dah siang2 nak BW tenet slow jer. Tu yang nak balas2 komen pun semput apalagi nak ziarah blog kawan2. Kalau tenet laju berrebut2 ct nak datang.

    Ni dah habislah smoothie ya. Tak apa nanti buat lagi tuk ct ya :)

    BalasPadam
  11. time panas mmg paling heaven minum ni. hehe..

    BalasPadam
  12. Selamat pagi kak Amie.. melly sesat nih di dapur nya kak amie.. masih ada kah.. atau ada apa apa boleh di makan untuk sarapan pagi ini.. hehe

    BalasPadam
  13. salam k.amie....
    kalau mcm tu boleh lah ucu jd setiausaha yang berusaha menghabiskan masakan akak ye...ada form kosong x..nak isi ni...

    BalasPadam
  14. Assalam.. wahh bagus air ni Sis Amie.. nanti saya nak cuba lah.. masehh share.. :)

    BalasPadam
  15. Liza,
    nanti Amie masukkan dalam blog ye Liza cayangggg.

    Rosa,
    Kejap lagi balik rumah, masuk dapur kupas buah bambangan pulak, boleh terngok macamana rupanya ye.

    Cik Cek,
    Bambangan tu sejenis buah, bulat, masam manis... boleh buat sambal.,

    BalasPadam
  16. Azatie,
    nanti boleh tengok rupa buah bambangan.

    Nieza,
    memang sedap smoothie epal hijau, lemak masam manis!

    Ummi,
    kali ini cuba campur jus limau nipis pulak!

    BalasPadam
  17. Rahel,
    segar banget! kenyang perut....:)

    Ct. Delima,
    tak apa CT, Amie pun begitu juga, kadang-kadang rasa geram juga sebab talian teramatlah perlahan macam siput nak mati... he he hehhh

    Asmara,
    sihat dan menyegarkan ye As.

    BalasPadam
  18. Melly,
    oh Melly sayangggg.... kalau pepagi memang Kak Amie sarapan di kantin, anak dan suami pun sama... masing-masing cari alas perut sendiri di sekolah mereka... he he hehhh

    Ucu,
    boleh... boleh tapi jangan lupa ye, lepas makan kena cuci pinggan ha ha ahahh

    Sheila,
    memang baik untuk kesihatan, cubalah buat Sheila.

    BalasPadam
  19. salam kak amie..nmpak sedap sangat..suke pineaple juice apetah lg yg dah dijadikan smuti..nyumnyum.:)

    BalasPadam
  20. Noorsha,
    pineapple memang sedap kalau dibuat smoothie.

    BalasPadam