Salam pagi minggu buat semua. Hari ini Amie hanya ingin duduk santai-santai di dapur setelah Amie menyedari bahawa selama ini Amie telah mengabaikan 2 buah blog yang Amie bangunkan sebelum Amie's Little Kitchen. Walaupun ketiga-tiga buah blog lahir dari 'rahim' yang sama, nampaknya Amie's Little Kitchen yang 'bongsu' ini yang mendapat lebih perhatian Amie. Nampak benar ketidakadilan dalam pembahagian 'kasih sayang' dan perhatian Amie terhadap 'anak-anak' Amie ini. Inilah lumrahnya manusia, mudah melupakan dan tidak nampak apa yang ada di depan mata. Tanpa kewujudan The Story of Amie's Little Cottage dan Welcome To Amie's Home Library, sudah tentu tiada kehadiran Amie's Little Kitchen ini. Tanpa adanya yang lama, tentulah tidak akan muncul yang baru. Mungkin faktor pengurusan masa yang membuatkan Amie terpaksa melupakan seketika blog tersebut. Malam tadi Amie sempat melawat kotej Amie dan rasa sayu membaca kembali n3 terakhir Amie pada bulan Ogos bertajuk Teratak Yang Ditinggalkan. Bila masuk ke perpustakaan pula, baru teringat banyak yang masih terbengkalai, dan hanya sempat kemas kini tentang Gunung Merapi, iaitu lawatan Amie ke Pulau Jawa pada Mac 2011.
Amie ingin catatkan semula sebuah puisi bertajuk Kala Sarapan yang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Amie pernah catatkannya di dapur ini pada 7 Oktober 2011 di SINI.
Kala Sarapan
akan kubancuh rindu dalam cangkir sunyi
menyapu cinta pada permukaan roti
mengunyah mimpi-mimpi bersama
dan merasai bayang-bayangmu
ada di setiap penjuru dapurku
sayang:
jamahan ini
buat mengisi lapar kasih sepanjang pagi
setelah kau tiada lagi di sisi
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa agaknya yang akan kita lakukan sekiranya tidak dapat membendung rasa rindu yang membara terhadap segala kenangan lalu? Justeru itu, hargailah masa kini, sayangilah apa yang ada di sekeliling kita, orang yang paling hampir dengan kita pada ketika ini, dan di saat ini agar tiada rasa terkilan pada suatu ketika nanti ketika mereka tiada di sisi kerana kita telah mengabaikannya walaupun dia ada di depan mata.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wah! Amie dah pandai bagi kuliah subuh gajah pula ye... he he hehh sekadar satu peringatan kerana pagi ini terasa sangatlah sayunya hati..... hari ini tiada menu untuk dihidangkan kerana Amie ingin bermesra dengan The Story of Amie's Little Cottage dan Welcome To Amie's Home Library. Kalau bukan hari ini, hari apakah lagi akan Amie pilih untuk kemaskini 2 buah blog itu. Jom ke sana!
salam Amie..atie yg ada 2 blog ni rasanya cam xtrkejar masa menghandlenya.Tu kdg2 dok bz ngan blog CGL..trlupa ngan blog personal.Bkn apa masa yg trhad.,,nak uruskn rumahtangga,anak2 & tlg biz HB la..kerja X habih2 kan :D
BalasPadamSelamat pagi Kak Amie...cantik image cawan tu...
BalasPadamselamat tengahari amie!
BalasPadamHappy Sunday kak Amie.. have a nice day.. ;)
BalasPadamkak atie..saya tak pernah jenguk blog akak yg lain2 tu...hehehe...kalau ada masa nak tengok jugak blog library tu...hehehe
BalasPadamAtie,
BalasPadamkena bijak urus masa, memang kalau namanya kerja rumah tak akanhabis sampai bila-bila.
Rahel,
terima kasih Rahel.
WC,
selamat tenaghari WC.
Melly,
happy sunday too...tq.
Quinnie,
he he hh blog yang terabai... kesian!
puitis...menyentuh jiwa....:)
BalasPadam