Pages

Isnin, 12 Disember 2011

Pankek Kelapa

Salam tengahari Isnin. Orang lain sudah cuci tangan selepas makan tengahari, Amie baru nak masukkan menu sarapan pagi. Amie ada urusan di Pejabat Pos Lahad Datu dan agak terlewat sedikit sampai ke rumah disebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di bandar. Oleh kerana tidak mahu menangguhkan menu sarapan pagi ke waktu yang lain, jadi Amie masukkanlah pada waktu tengahari. Memang tak kena masanya, tapi Amie biasanya tidak akan masukkan dalam blog hasil masakan yang terlewat sebab sudah terlupa apa ceritanya. Menu sarapan pagi kami ringkas saja dan memang beginilah hasil air tangan orang malas sebab sebenarnya suami beli saja sarapan untuk keluarga. Amie buat lempeng, atau dengan kata lainnya...pankek ..he he hehhh..... Oleh kerana anak-anak pun suka makan pankek, jadi Amie buatlah lebih sedikit supaya mereka tidak berebut-rebut, maklumlah anak-anak sedang  membesar dan meningkat remaja.


Resepi: Pankek Kelapa
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu cair
1 biji telur gred A
1 sudu teh serbuk penaik
3 sudu makan gula
sedikit air
sedikit kelapa parut  - gaul dengan secubit garam
secubit garam
mentega

Cara:
1. Untuk hasil yang terbaik (kalau rajin), ayak tepung bersama serbuk penaik.
2. Masukkan gula, telur, susu cair,  dan garam. Bancuh hingga adunan menjadi pekat. Sekiranya terlalu pekat, bolehlah masukkan sedikit air.
3. Panaskan kuali non-stick dan bubuh sedikit mentega sehingga cair.
4. Tuangkan adunan ke dalam kuali.
5. Terbalikkan hasil adunan supaya masak pada kedua-dua belah pankek tersebut.
6. Pankek boleh diangkat setelah berwarna kuning keemasan pada kedua-dua bahagian.
7. Hidangkan pankek bersama kelapa parut.
8. Jika suka boleh juga dimakan bersama madu - Amie gunakan Honey Red Dates Tea.



Hasil adunan ikut sukatan di atas, dapatlah Amie hasilkan 12 keping pankek bersaiz sederhana kecil. Oleh kerana hanya ada Honey Red Dates Tea.... jadi Amie bubuhlah sedikit sebagai pencicah lempeng kami.


Nampaknya sampai ke tengahari, anak-anak masih kenyang makan Pankek Kelapa, jadi hidangan tengahari akan menyusul beberapa ketika nanti.

16 ulasan:

  1. Amie, pankek ni memang makanan evergreen, makan lah dengan apa saja memang sedap. Kecur airliur tengok honey yang meleleh tu..

    BalasPadam
  2. Assalam kak,nmpak sedap penkek tuh,tambah2 lak ngan honey yg leleh2 lagilah menggoda..

    BalasPadam
  3. tengok gambar saja pun dah tau sedappp

    BalasPadam
  4. Amie.....sedapnya pankek kelapa tu, cicah2 madu sambil cicah kelapa ..sedap nya

    BalasPadam
  5. bilalah agaknya dapat rasa masakan akak ni..

    BalasPadam
  6. Kalau tak ada pencecah pun dah sedap Amie... pandai Amie nak menggoda yg membaca. Gambar yg amie snap tu menarik :)

    BalasPadam
  7. Ummi,
    dulu kita panggil lempeng, sekarang ni dah panggil pankek pulak... memang evergreen.

    Dana,
    memang sedap Dana, Kak Amie dapat seketul aje...yang 11 keping lagi tu 3 hero2 kakak yang berebut.

    Kasih,
    sedap...memang sedap Kasih.

    Rosa,
    belum siap masak, anak-anak dah bersusun tepi dapur Rosa.

    BalasPadam
  8. Khairin,
    bila-bila masa boleh buat... pagi atau petang.

    Gula Merah,
    lapar ye...nanti kita buat lagi ye.

    Pen Biru,
    bila-bila pun boleh...ha hahahh

    Kakzakie,
    betul kak... baru siap satu anak dah ambil dari piring.. he heheh

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. ermmm..hingga tak terkata sedapnya..anak2 mmg suka pancake

    BalasPadam
  11. As'salam Amie

    lama nya tak buat pancake ni. kena cuba juga pancake kelapa ni nampak sedap dah tu..yummy!

    BalasPadam
  12. WC,
    senang je buatnya ye WC...

    CT Delima,
    tak jemu dimakan walaupun selalu buat.

    BalasPadam
  13. Wak kak sedap nyer papa mifz tgk..pankek nih Mifz pun suko nih..

    BalasPadam
  14. Papa Mifz,
    oooww...Miz suko yo...boleh bawa dia datang sini...

    BalasPadam