Pages

Sabtu, 3 Disember 2011

Nasi Epal, Daging Rusa Dendeng & Kerabu Epal Hijau

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Resepi Amie kali ini panjang berjela namanya kerana merupakan satu set menu makan tengahari tadi. Kepada sesiapa yang singgah di sini, dipersilakan untuk mencuci mata dengan hidangan terakhir hasil air tangan Amie sebelum Amie tutup pintu dapur untuk selama 5 hari. Amie hanya tutup pintu dapur dan bukannya Amie's Little Kitchen... he he hehh. Esok kami sekeluarga akan bergerak ke Tawau, dan mungkin singgah sebentar di Madai, (Gua Madai tempat menuai hasil sarang burung), dan juga ke Semporna untuk melihat Pulau Sipadan. Amie ke Tawau atas urusan mesyuarat rasmi yang bermula pada hari Isnin dan berakhir pada hari Rabu. Wokey....! Resepi Amie kali ini merupakan olahan   idea Amie kerana keinginan untuk makan masakan daging dendeng. Sebelum ini Amie pernah masak Nasi Epal  Dengan Udang Harimau Masak Sambal di SINI.



Amie tuliskan kembali resepi Nasi Epal untuk tatapan kita bersama.

Sumber :   Majalah RASA Februari 2011
Resepi   :   Nasi Epal

Bahan-bahan:
1250 gram beras - cuci bersih
50 gram bawang putih - ketuk
2 helai daun pandan
4 sudu makan marjerin
1250 air rebusan ayam
2 biji bawang besar - mayang halus
2 biji epal - potong kiub
250ml jus epal
garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan marjerin di dalam periuk -
2. Tumis daun pandan, bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan beras dan kacau rata. - Amie tambah setitik pewarna Green Apple.
4. Masukkan air rebusan ayam, jus epal dan sedikit garam. Kacau sebati. 
5. Tanak nasi hingga masak dan masukkan epal. Biarkan kering.
6. Angkat dan masukkan ke pinggan. Hidangkan.




Untuk Daging Rusa Dendeng pula, sebenarnya Amie telah menelefon bonda di kampung untuk bertanya tentang resepi daging dendeng kerana menu ini merupakan lauk utama di majlis kenduri-kendara di kampung kami. Biasanya selepas  'rewang' tuan rumah akan membekalkan serba sedikit lauk pauk kepada mereka yang datang membantu masak-memasak. Amie pernah beberapa kali makan resepi daging dendeng yang bonda bawa semasa balik dari rewang. Bila Amie tanya bonda, bagaimana cara memasaknya.... bonda kata....ooooh, banyaknya kena bubuh bawang. Berapa banyak? Berkarung-karung orang kupas bawang, katanya bonda. Amie pun terbayang orang-orang yang datang rewang mengupas bawang sampai meleleh airmata dek banyaknya jumlah bawang yang dikupas. Entah bawang besar entah bawang kecil, Amie pun tak tahu. Pagi tadi, Amie tanya bonda tentang bahan-bahan yang digunakan untuk membuat dendeng daging.  Oleh kerana bonda masih amalkan cara masakan tradisi, jadi pesannya... segala ketumbar jintan kena tumbuk, jangan halus sangat nanti tak sedap. Wallah....kita ingat nak kisar saja!



Resepi: Daging Rusa Dendeng
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging rusa - bahagian peha
30 biji bawang merah - 300 gram - hiris nipis
sekepal asam jawa - bancuh dengan 50ml air
garam dan gula secukup rasa
minyak

Bahan A:
3cm halia - kisar
3 biji bawang putih - kisar
4 sudu besar kicap pekat manis

Bahan B: (kisar)
15  biji cili kering
10 biji cili merah
4 biji bawang besar

Bahan C: (sangai dan tumbuk / kisar)
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar

Cara:
1. Hiris daging rusa secara melebar dan nipis. Rebus hingga empuk dan toskan airnya hingga kering.
2. Tumbuk atau ketuk daging rusa sehingga separuh hancur.
3. Gaul daging tadi bersama Bahan A. Perap seketika.
4. Goreng daging yang diperap tadi tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
5. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing.
6. Masukkan Bahan B dan tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
7. Masukkan air asam jawa. Masak lagi sehingga kelihatan kering.
8. Masukkan daging rusa dan perasakan dengan garam dan gula. 
9. Masukkan bahan C dan gaul sebati.
10. Daging Rusa Dendeng siap untuk dihiidangkan. 



Untuk melengkapkan hidangan Nasi Epal Dengan Daging Rusa Dendeng ini, Amie memilih Kerabu Epal Hijau  dari Dapur Lina_pg. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui resepi ini dengan lebih lanjut bolehlah ketuk pintu rumah Lina_pg di TERATAK MUTIARA KASIH. Minta izin ye Lina... Kak Amie panjangkan resepi yang lazat ini untuk tatapan teman-teman yang lain. Terlebih dahulu Kak Amie ucapkan terima kasih kepada Lina_pg atas perkongsian resepi ini  asal-usulnya bermula dari dapur Chef Hanieliza, kemudian dari dapur KakNor@Secubit Garam dan seterusnya sampai ke dapur Lina_pg. Hari ini Kerabu Epal Hijau sampai ke Amie's Little Kitchen. Beberapa ketika dahulu, ada Amie terpandang Kerabu Epal Hijau di Dapur CT Delima. Tak kisahlah, dari dapur mana.... yang penting resepi ini memang terangkat!

Resepi: Kerabu Epal Hijau
Sumber I: Chef Hanieliza
Sumber II: KakNor@Secubit Garam
Sumber III: Lina_pg@Teratak Mutiara Kasih


Bahan-bahan:
2 biji epal hijau - Lina_pg guna 1 biji - Amie pun guna 1 biji
1/2 batang lobak merah  - Lina_pg tak bubuh  
5 biji tomato ceri dibelah -Lina_pg bubuh - Amie tak bubuh
2 biji cili merah - Lina_pg bubuh 1 biji - Amie pun bubuh 1 biji
2 biji cili hijau - Lina_pg tak bubuh - Amie bubuh 1 biji
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai - Lina_pg tambah
1 pokok daun ketumbar - Amie tak bubuh sebab suami salah beli daun
1 biji lemon -ambil jusnya _ Lina_pg guna jus limau kasturi - Amie pun guna jus limau kasturi
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa - Amie gantikan dengan 1 sudu sos ikan
~Amie tambah hirisan bawang besar~


Cara:
1. Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang
2. Semua bahan lain dihiris
3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau kasturi.
4. Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
5. Sedia untuk dihidang.


Jemput makan.... jangan malu dan jangan segan. Ini stok daging rusa yang penghabisan ada dalam simpanan Amie. Rugi tau kalau tak mahu makan... he he hehhhh... Amie tinggal dulu dapur buat seketika..... jumpa lagi beberapa hari akan datang. Sayang semua.....mmmmuaaaahhhhhh!!!!!!

28 ulasan:

  1. assalam kak amie..kombinasi menu yang cukup sesuai dan nmpk sangat sedap.nasi epal tuh..masuk list dulu.Mmg dah terrrjatuh chenta ni.

    BalasPadam
  2. Kak Amie sayang...mieza tak pernah makan nasi epal..wahhh kopipes resepi dulu la mcm ni..hubby mmg suka nasi mcm ni...daging dendeng rusa tu mmg tak leh wat la sbb tak dak daging rusa kat sini kena ganti daging lembu je heheh

    Kak Amie selamat bermesyuarat di tawau nanti..dan jgn lupa ambik gambar kat gua tu dan juga pulau sipadan tu...mieza belum sampai lg..ramai yg bercerita pulau sipadan sgt cantik :)

    BalasPadam
  3. Assalam amie, sedapnya nasi epal ngan dagingg rusa tu, tak sangka pula malam ni ama lak resipi kerabu epal kat dapur betul kita ya. Saya pun buat kerabu epal juga mlm ni, jauh gak tu meetingnya

    BalasPadam
  4. first time tau pasal nasi epal ni amie..daging rusa pun tak penah makan..:)

    BalasPadam
  5. Salam Kak Amie, rajin sungguh akak ni ya..macam2 resepi nasi Kak Amie selalu masak...nampak sungguh menyelerakan

    BalasPadam
  6. Nampak sedap sungguh nasi tu Amie,makan pulak dengan daging rusa dendeng, tak lena tidur malam ni memikirkan hidangan Amie ni.
    ps: Dah buat smoothie tu Amie, sedapnya lemak berkrim,esok nak cari buah pear ke epal pulak lah.Ummi tak sempat publish, nanti Amie balik cutilah ummi publish semua smoothie yang ummi try tu insyaAllah.Terima kasih ye 'cikgu', cikgu Amie, best!,hik!

    BalasPadam
  7. selamat malam Kak Amie..nampak lazat hidangan tu...nasi epal tu belum pernah rasa..len kali nak try jugak..

    BalasPadam
  8. Assalam Amie...sedapnya menu hari ni..mcm mana nak dpt daging rusa, kat mana ada jual...

    BalasPadam
  9. salam k.amie..wah, nasi epal ni tak pernah jumpa pun..heheh.menu baru la pd sy..menarik nih

    BalasPadam
  10. k.amie sayang...
    dulu masa mula2 belajar buat daging dendeng dgn isteri bos..siap kalau nk pegi rmh dia mesti minta dia masakan ni tp skrang dia kt terengganu jadi dah jarang calling2..

    Jauhnya perjalanan kiranya ni 2 in 1 ke ..mesyuarat + jln2...
    Okeylah selamat bermesyuarat n selamat kembali ke rmh...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Amie,
    Selamat pergi dan selamat kembali ya, kita kat sini teringin sgt nak ke Pulau Sipadan, tak taula bila nak kesampaian...

    Set hidangan Amie memang sungguh menarik...kalau ada kesempatan nak juga cuba, salin dulu letak dalam waiting list

    BalasPadam
  12. salam amie..
    bestnya menu amie..
    macam2 masakkan amie buat..
    sedap2 pulak tu.. nasi epal ni baru maklong pernah dengar.. mesti sedap kan.. bila rajin nnti bolehlah maklong tiru..

    BalasPadam
  13. nasi epal...wah 1st time dgr nih...

    BalasPadam
  14. salam kak amie .. satu gandingan mantap menu ni ... daging rusa lak tu .. tak pernah wani rasa daging rusa cam ner ... boleh la bertukar-tukar menu nasi hihi

    BalasPadam
  15. salam mie..
    adei.. manalah nak cari daging rusa nih haha..
    nasi epal nampak mengancam dan insyaallah bundo nak buat satu hari nanti. thanks. Selamt bercuti pada amie sekeluarga.

    BalasPadam
  16. As'salam Amie

    Terliur2 dipagi hari dengan hidangan dendeng daging rusa ni. Teringin juga nak merasa tapi suiapa pulak lah nak cari daging rusa tu untuk ct agaknya erk..hahaha. Dah macam ngidam pulak dah ni, jawab ler laling CM ni kalau dia dapat tahu..hahaha

    Amie..ct suka pada menu2 yang baru, kalau buah eal tu kita sagat kasar2 pun boleh juga kan. Insya'Allah nak gak mencuba tengok kecur dah ni :D

    Jangan cuti lama2..rinduuuu!

    BalasPadam
  17. sedap nampaknya nasi epal tu.akak tak pernah dengar lagi apatah lagi buat..boleh cuba nanti...hehe

    terimakasih kerana sudi mencuba resepi laksa utara tu ya amie..akak dah tinggal jejak kat situ.:)))

    BalasPadam
  18. wah nasi apple..tak pernah makan nih....kerabu pun apple gak..bagus ni kak utk kesihatan...hehehe...

    tengok dendeng akak ni teringat dendeng yg saya masak hari tu...sedapnya...:)

    BalasPadam
  19. nasik pon hijau...menarik..
    daging rusa x pernah makan pon..
    senang ke kak amie nk dpt daging tu..

    BalasPadam
  20. Selamat bercuti.

    Kak Zai belum pernah makan nasi epal dan daging rusa.

    BalasPadam
  21. tak pernah makan kerabu epal..
    rasa dia macam kerabu mangga tak?

    BalasPadam
  22. best ke daging rusa kak amie? tak pernah makan, tgk masakan akak ni mcm best sgt!

    BalasPadam
  23. sedapnya tgk menu nasi berlauk akak ni..resepi nasi eepal yg menarik.guna epal hijau ke kak? simpan resepi dulula..nanti nk cuba juga...tq kak:)

    BalasPadam
  24. sedapnya tgk menu nasi berlauk akak ni..resepi nasi eepal yg menarik.guna epal hijau ke kak? simpan resepi dulula..nanti nk cuba juga...tq kak:)

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum Amie...

    Jgn Marah Pagi2 Kak Lin Dah Singgah Umah Ni...Hehehehe


    Waduh! Banyaknya Menu Untuk Hari Ni...Sedap2 Semuanya...Apa Agaknya Rasa Nasi Epal Tu?

    Daging Rusa Ni Mmg Sedap...Tapi Susah Nak Dapat...

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum Amie,

    waduh ni mesti sedap dengan bau aroma apple...pekena pulak dengan daging rusa...apa rasanya Amie??

    BalasPadam
  27. Salam Amie,

    Bestnya nampak kerabu epal tu. Dalam keadaan tak selera ni makan kerabu boleh bukan selera.

    BalasPadam