Pages

Ahad, 6 November 2011

Smoothie Honeydew & Epal Merah

Salam  Aidil Adha buat semua. Nampaknya masing-masing sibuk dengan hidangan pelbagai juadah di pagi raya. Kepada sesiapa yang sudi singgah di rumah Amie, jemputlah minum Smoothie Honeydew & Epal Merah. Kali ini memang Amie tidak buat sebarang persiapan untuk sambutan Aidil Adha. Suami dan anak-anak beraya di kampung dan Amie baru sahaja keluar dari hutan Lembah Danum.


Bahan:
500 gram tembikai madu @honeydew - potong dadu
3 biji epal merah - kupas kulit dan belah dadu
200ml susu segar
100ml yogurt asli / tanpa perisa
3 sudu besar gula

Cara:
1. Sejukbekukan tembikai madu@honeydew bersama epal merah selama 4-5 jam.
2. Kisar tembikai madu@honeydew bersama epal merah, susu segar, yogurt asli dan gula sehingga halus.
3. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk diminum.

Sebaiknya kulit epal jangan dibuang kerana di situlah terkandung segala zat dan vitamin. Bagaimanapun Amie terpaksa kupas memandangkan kebiasaannya buah-buahan import ini mengandungi bahan tertentu untuk menjadikannya nampak lebih segar dan tahan lama.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum akak amie cayang...
    Salam Aidiladha buat akak sekeluarga... diana pun sama gak ngan akak.. x der buat apa2.. hanya diana n daughter kat umah.. nak masak pun rasanya M.. ehhehehe... wah akak.. sedapnya tgk smoothie honeydew n epal tu akak... ada lg x nie? nak juga...

    BalasPadam
  2. Uiisshhh saya raya2 ni byk betul mkn kak, tak brenti2 hihi, slmt hari raya wat Akak skuarga!!!

    BalasPadam
  3. mesti masa saya jenguk sini, smoothie tu dah habis kan Kak Amie?:)

    BalasPadam
  4. sunyi jer belog today semua mood raya lagik kot...jgn kan akak x buat persiapan yg ayu pow x masak apa pow...just sempat but set nasi hujan panas jer

    BalasPadam
  5. beraya sengsorang ke kak amie? saya hari ni makan byk la jugak walaupun tak jalan kemana..hahhaha.

    salam aidiladha buat akak sekeluarga..:)

    BalasPadam
  6. nani yg bujang ni lagi lah x buat apa2 sebab nak menumpang makan di rumah orang kan...heheh...

    BalasPadam