Pages

Rabu, 30 November 2011

Pear Smoothie

Bayangkan waktu tengahari begini, ketika matahari sedang memancarkan sinarnya yang terik....kita duduk santai-santai di Amie's Little Kitchen sambil menikmati segelas Pear Smoothie. Rasanya yang enak, sedikit masam yogurt, lemak manis campuran susu segar dan sedikit gula serta kelembutan buah pear beku yang dikisar halus..... dingin dan menyegarkan! Ah..... bagi pengunjung yang sedang kedinginan di musim tengkujuh, ampun beribu-ribu ampun! Mungkin tersilap hidangan untuk kali ini.... keh keh keh... Lupakan dulu hidangan berat untuk tengahari ini, kita nikmati dulu Pear Smoothie yang sangat lazat di bawah ini....


Resepinya sama saja dengan smoothie yang lain tapi Amie tuliskan juga di sini untuk tatapan bersama.

Resepi: Pear Smoothie
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 biji buah pear@pir - buang biji tapi jangan buang kulit,  kerana banyak khasiat pada kulitnya yang hijau itu, potong kecil-kecil
100 ml yogurt asli / yogurt tanpa perisa
200ml susu segar
2 sudu gula - pilihan

Cara:
1. Sejukbekukan hirisan buah pear@pir selama 4-5 jam 
2. Masukkan buah pear ke dalam pengisar bersama yogurt asli, susu segar dan gula.
3. Kisar hingga halus.
4. Tuangkan ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.

Pear Smoothie Amie kali ini habis dilicinkan oleh si bongsu dan si sulung. Amie dapat sikit je....si tengah sedang tidur di ruang tamu kerana kepenatan baru pulang dari Jambori Pengakap Asia Pasifik semalam. Kalau dia tahu, meraung dibuatnya.... he he hehhh....boleh buat lagi nanti sebab yang penting susu segar berjaya 'dimasukkan' ke dalam perut anak-anak secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

9 ulasan:

  1. Salam Kak Amie..Tak kira, hujan ke tak hujan nak gakkkkkkk...wahhhh sedapnyaaaaaaa

    BalasPadam
  2. Tetengahari dapat segelas ni sedap Amie....:)

    BalasPadam
  3. pear pulak kak! uiii nyamannya..;)

    BalasPadam
  4. pehhh..boleh rasa kesedapannye..terbaiikkkk!!

    BalasPadam
  5. Salam Amie,
    Mula mula teguk pear smoothie ni dulu, lepas tu baru pekena itik panggang kat bawah tu.....perghhhh.. dah terliur dah dibuatnya ni.
    Suka mai rumah Amie, macam2 resepi baru yang boleh dipelajari, tks Amie sudi berkongsi resepi2 istimewa

    BalasPadam
  6. Hmm sedang meneguk pear smoothie Amie yang sangat sedap ni, lepas ni bolehlah cuba sendiri pulak, hik!

    BalasPadam
  7. Sue,
    memang sedap Sue....sangat sedap! nak buat lagi nih sebab tak cukup!

    Cik Cek,
    kenyang makan segelas nih... takpayah makan nasi lagi.. he he heh

    Asmara,
    ya...giliran buah pear pulak yang jadi mangsa untuk hari ini.

    BalasPadam
  8. Nens,
    sudah semestinya yang terbaik...kombinasi bahan untuk diet yang sangat ideal!

    Wattie,
    suka-suka aje Wattie...sementara jadi suri rumah sepenuh masa, dan sementara tangan tengah rajin , godek-godeklah mana yang patut Wattie...

    Ummi,
    boleh sangat Ummi...sedappp!

    BalasPadam