Petang ini cuaca redup, nyaman, serta aman dan tenteram bagi sesiapa yang sedang enak tidur. Memang kalau keadaan sejuk begini mata pun ikut layu, mahu saja rebahkan kepala sebentar di atas bantal. Hmmm... kalau dilayan kehendak mata memang tak masaklah jawabnya. Bagi keluarga kecil Amie yang biasanya makan malam sebelum menjelang Mahgrib atau sebelum pukul 6 petang, memanglah sekurang-kurangnya kena berada di dapur selewat-lewatnya pukul 5 petang. Kononnya petang ini nak cuba resepi Limpa Jintan Limau Purut olahan Mieza@WAWMC. Bila buka bungkusan limpa, rupanya ada jantung lembu bersama. Amie rendam sekali dan masak sekali harung kedua-duanya. Oleh kerana terlupa untuk membeli daun bay (kelmarin keluar ke pasaraya), tak jadilah nak buat Nasi Jintan Daun Bay yang Mieza buat tu. Terpaksalah cari alternatif lain menggunakan bahan yang ada untuk ditemankan bersama Limpa Jintan Limau Purut.
Akhirnya dapur Amie dipenuhi harum semerbak Nasi Beringin@Nasi Serai dengan Jantung dan Limpa Jintan Daun Limau Purut. Bayangkanlah........di luar sedang hujan dengan lebatnya, kedinginan terasa sampai meremang bulu roma (sebab pakai baju lengan pendek), dan di atas kuali sedang merenih Jantung dan Limpa Jintan Daun Limau Purut, manakala di periuk pula sedang mendidih Nasi Beringin@Nasi Serai. Beberapa kali si bongsu menerpa ke dapur membuka tutup kuali........mencicipi kuah Jantung dan Limpa Jintan Daun Limau Purut. Sedap! Itu katanya.... memang sedap! Terima kasih ye Mieza di atas perkongsian resepi yang sangat enak ini. Bagi sesiapa yang ingin mencuba resepi ini bolehlah klik ke resepi Limpa Jintan Limau Purut di SINI. Untuk resepi nasinya pula bolehlah klik ke resepi Nasi Beringin@Nasi Serai di SINI.
LIMPA JINTAN LIMAU PURUT
Bahan-bahan:
300 gm limpa - cuci dan potong kecil - Amie tambah jantung
1 sk garam - atau secukup rasa
1 biji bawang besar - potong bulat
3 biji cili merah - hiris panjang 1 inci
5-6 helai daun limau purut
3-4 sb tomato sup - mieza pakai brand kimball
Minyak untuk menumis
Bahan A: Kisar halus
1 inci halia
4-5 biji bawang putih
5-6 biji bawang merah
Bahan B: Bahan Kisar halus, kisar kering
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 sk ketumbar
1 sk lada hitam - atau mengikut kesukaan masing, kalau suka pedas panas lada hitam boleh la letak lebih
Cara-cara:
1. Gaulkan limpa dengan garam kunyit dan diperap lebih kuorang 15 minit.
3. Masukkan limpa yang sudah digaul garam kunyit. Tambahkan sedikit air dan masak hingga limpa masak. Masak limpa ialah seperti memasak hati lembu. Untuk mempercepatkan limpa masak, tutup kuali dan biarkan ia mereneh hingga kuah agak pekat. Mieza suka masakan kering jadi mieza reneh hingga kering.
5. Masukkan tomato sup dan kacau rata. Renehkan 1 minit.
6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, daun limau purut dan cili merah dan gaul rata. Tak perlu lagi letak garam sebab limpa sudah pun diperap dengan garam.
7. Angkat dan hidangkan.
Untuk resepi Nasi Beringin@Nasi Serai yang tidak kurang sedapnya dan semerbak harum baunya, Amie copy paste dari MYResepi.Com milik asal SyidaMustafa. Terima kasih banyak-banyak ye Syidah, walaupun belum kenal tapi minta halalkan perkongsian resepi yang enak ini. Di sini Amie panjangkan resepi Syidah untuk teman-teman yang lain walaupun sebenarnya sudah ramai yang mencuba resepi ini.
Resepi Asal: Nasi Beringin@Nasi Serai
Sumber: SyidahMustafa@MYResepi.Com
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 2 cawan beras biasa
- 1 sudu kecil jintan kasar
- ½ biji bawang besar (yang kuning)
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 5~6 Batang Serai
- 1 sudu Besar marjerin
- Air untuk menanak nasi
- sedikit garam
Cara-cara
- Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia
- Titikkan serai
- Panaskan periuk dan cairkan marjerin
- Tumis dahulu jintan kasar
- Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
- Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
- Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba!
Wokey.... inilah kombinasi saling lengkap melengkapi dengan pelbagai aroma herba dan rempah ratus yang sudah semestinya sangat lazat. Amie lengkapkan dengan acar mentah. Anak-anak kata Nasi Beringin@Nasi serai sangat sedap, dengan gandingan kuah Jantung & Limpa Jintan Daun Limau Purut! Alhamdulillah..... sesungguhnya resepi Amie petang ini agak mudah dan sudah tentu serba ringkas!
Assalam amie, kata dh lama tak mkn nasi kerabu, ni ada sepinggan kita bawakan, nnt hantar pinggan tu letak byk2 nasi beringin ngan limpa tu, nampak sedap sangat
BalasPadamWahhh...sedapnya amie...
BalasPadamLapa ni...tpi hari ini tak masak nasik pun buat bihun goreng jer...
Waalaikumussalam Rosa,
BalasPadamlangkah kanan ni...terima kasih sudi hantar nasi kerabu idaman hati, ni kita bubuh penuh-penuh nasi beringin dengan limpa pulak... masih panas berasap ni Rosa...
Ain,
sebut pasal bihun...mmm...yummy! sedap makan time hari2 dingin begini Ain!
Amie...
BalasPadamKak cek nak rasa gak Nasi Beringin ni...sedapnya...lapo dah kak cek...tekedip2 tgk gambo..sambil telan2 air liur...hu hu..
Cik Cek,
BalasPadamlaaaa.... apasal terkedip2 tengok kat gambo...mehlah sini makan sekali Kak Cek...sedap ooo..
kemas jer susunan2 kat nasi tuh...
BalasPadamAgaknya kalau saya jadi jiran sebelah rumah Amie, mahunya saya makan tak berenti..
BalasPadamAmie..acik cuma suka hati lembu aje..impa ke jantung kurang sikit..
BalasPadamamie..sedap ye nasi serai tu
acik tak pernah masak lagi tu.
Papa Mifz,
BalasPadamnampak kemas ye...ooo lauk-pauk tu dengar cakap tukang masaknya supaya elok2 beratur... he he hehhh
WC,
he he hehh...mehlah sini WC...kita bina badan..
Acik Erna,
jantung dan limpa tu suami yang bawa balik masa raya haji dulu... sayang pula terbiar lama dalam peti sejuk...cuba2lah masak resepi gini...
Kak AMie sayangggg..sedap bangat nasi beringin tu..mieza pun dah pernah cuba..mieza suka..bau wangi serai tu sedap sekali..
BalasPadamdan kak amie..terima kasih sudi cuba resepi limpa tu...mak mieza kata limpa tu hanyir, maklumlah macam hati asal nya dari darah..jadi mak kata jintan tu banyak pun tak per sebab boleh hilangkan hanyir limpa tu...mieza mmg suka resepi ni :)
Salam Kak Amie..bila jeling kat blog list..ada jer hidangan yg menggiurkan kat dapur Kak Amie..tabik betul la dg akak..rajin sangat masak..hidangannya sedap2 semua..ngences lagi..
BalasPadamMieza cayanggg...
BalasPadamterima kasih banyak2 kongsi resepi, lain kali nak cuba resepi nasi dalamblog Mieza tu...kak Amie tengok ada banyak jenis, cuma kalau nak buat bahan pula tak ada, jadi tak lengkap ramuannya,
daunlimau purut tu pun dapat kurangkan hanyir limpa, biasanya kalau bubuh serai dan halia memang dapat hilangkan bau.
Rahel,
blog dia pun apa kurang.... asal datang buat sakit mata kita je dengan macam2 kek yang cantik dan sedap2... he he hehh, ni kebetulan tengah cuti beberapa hari, rajinlah turun ke dapur 2-3 kali sehari...
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamselalu bila masuk sini kan mesti rasa lapar lihat hidangan yg sedap2 nie...mcm tingin juga nk rasa nasi beringin....hahaha...sedap nampak.
Assalam kak amie,akak nihmmg rajin sungguh2 msk pelbagai nasi berperisa nih,semua nmpak sedap2..Sy kalo datang sini,sokmo ngeces,adeiii sekbek dah dinner..Yg plg sy nak sgt try nanti yg daging sekilo,bwng sekilo tuh..InsyaAllah nak juga try nanti..
BalasPadamAmie, harum baunya sampai ke Kuching ni, sungguh2 menyelerakan dengar Amie explain tu..
BalasPadamkak amieeee, terliurnya tgk menu tu...
BalasPadamAssalam amie,
BalasPadamwah nasi beringin yang wangi bau serai...kita dulu pernah buat tapi nasi beringin kita ada letak santan..sedappnya amie tengok versi amie ni..
saya dah lama tak buat nasi bertumis ni....sedapnya nasi berserai...teringin nak cuba...gigi tengah sakit ni cam tak berapa lalu nak makan...hehehe
BalasPadamNuridah,
BalasPadamresepi nasi serai ni sangat ringka, tapi sedap sangat dengan harum bau serainya tu.
Dana,
tengah rajin ni... nanti kalau dah datang sibuk dengan benda lain... he hehhhee menu kedai ajelah yang kita makan.
Ummi,
memang sedap semerbak baunya time hujan dan perut lapar Ummi...
Hanis,
BalasPadammeh makan sama...
Ayu,
ooo...mesti sedap tu, lemak-lemak santan.
Quinnie,
laaaaa...ciannya dia sakit gigi ye, makan buburlah dik.
sedapnya.....rasanya kalau makan ni mmng tak cukup spnggan...
BalasPadamSedapnya...qema biasa masak blackpepper & kicap je lau limpa nih hehe
BalasPadamMP,
BalasPadamha haa...apa jadi dengan diet MP, boleh tambah pinggan, tapi tak boleh tambah asi...he he heh
Qema,
sesekali cuba resepi baru pulak ni.
Pn Amie. Buatlah versi pc noxxa.
BalasPadamPn Amie. Buatlah versi pc noxxa.
BalasPadam