Pages

Rabu, 23 November 2011

Jus Belimbing Dengan Lobak Merah

Hari ini cuaca tidak panas dan tidak juga mendung. Redup dan nyaman. Tambah enak kalau dapat segelas jus buah-buahan segar. Sesampainya di rumah tepat pukul 2 petang tadi, Amie sempat sediakan segelas Jus Belimbing Dengan Lobak Merah. Segelas sahaja....... dan resepi di bawah ini memang sukatan hanya untuk segelas!


Bahan-bahan:
1 biji belimbing
1/2 biji lobak merah
1/3 cawan air sejuk
1 sudu teh jus limau nipis
1 sudu teh madu
ketulan ais - pilihan

Cara:
1. Belimbing dan lobak merah dipotong kecil-kecil.
2. Masukkan lobak merah, belimbing, air sejuk, jus limau nipis dan madu ke dalam pengisar.
3. Kisar hingga hancur dan tapis.
4. Sedia untuk dihidangkan. Jika suka boleh tambah ketulan ais.

12 ulasan:

  1. nampak seger gitu jus belimbing & lobak merah amie ni.. tapi tulah.. maklong dah banyak hari dok terkurung kat rumah kotak ni.. takleh nak kemana.. susah nak membeli2.. nantilah senang2 maklong nak gak cuba..

    BalasPadam
  2. alamak...tak minum jus lobak kak... rasa cam tak boleh nak telan jer...hehe

    BalasPadam
  3. minuman sihat ni.. sihat tubuh bdn kalau selalu diamalkan..

    BalasPadam
  4. sedap dan segar jus karot ni... dan sgt berkhasiat pulak tu... mmg bestlah layan jus ni di kala dahaga...

    BalasPadam
  5. Kak amie sayang..mieza datang ni..haus je tekak mieza ni baru habis interbiew biasiswa...tak tahan kena condemn dgn panel terus sakit dan haus tekak..mieza nak minum jus belimbing ni mesti sejukkkkk je lalu kat anak tekak..mieza ni tak pandai nak wat jus sendiri huhuhu

    BalasPadam
  6. ye..ye..datang awal..minta segelas..pastu nk sekali dgn belimbing tu je..

    BalasPadam
  7. Kat sini cuaca mendung dan hujan petang. hehehehe cam ramalan cuaca la pulak. Rasa nak balik buat jus la juga...

    BalasPadam
  8. Kak Amie,nak segelas,adeii segarnnya kalo dpt,sy kalo wat jus2 nih kak,mmg xkan wat segelas,sbb xckp,hihi..

    BalasPadam
  9. Maklong,
    nak biasakan minum jus buah-buah Maklong, banyak khasiatnya...

    MamaEma,
    memang ada yang tak boleh telan jus lobak dik...

    Dzana,
    betul tu Dzana... tu sebab nak biasakan minum jus...kalau boleh setiap hari... supaya sentiasa sihat...

    Wana,
    itulah yang kita cari ye Wana...khasiatnya...

    BalasPadam
  10. Time ni sejuk..hujan sepanjang hari..kena minum air panas..

    BalasPadam
  11. Mieza,
    insya-Allah... ada rezeki,mudah-mudahan berjaya,
    buat jus ni senang Mieza... tapi kena rajin sikitlah sebab buatnya pun macam remeh-temeh je..

    Ucu,
    ada belimbing lebih tu... ambik ajelah Ucu...jangan telan empulurya sudahla ye... he hehehh

    Hazila,
    buat jus sendiri lebih dijamin bersih & lazatnya...sebab boleh tentukan kadar gula yang digunakan...

    Dana,
    kalau jus buah lain memang buat banyak, jus lobak ...anak-anak kurang minat... he he heh buat segelas je untuk diri...

    BalasPadam
  12. banyak khasiat ni Amie, mintak secawan..

    BalasPadam