Selamat tengahari semua. Tentu sedang enak menikmati hidangan tengahari Ahad ini bersama yang tersayang. Amie tambahkan hidangan anda dengan Jus Belimbing Dengan Lemon. Amie belum bubuh ais kiub. Jadi sesiapa yang berminat untuk minum bersama Amie, kena bubuhlah sendiri berapa banyak ketulan ais yang diperlukan ye....
Bahan-bahan:
2 biji belimbing - bersihkan dan potong kecil-kecil
1/2 biji lemon - ambil jusnya
300ml air
3 sudu besar gula
Cara:
1. Masukkan belimbing, jus lemon, air dan gula ke dalam pengisar.
2. Kisar kesemua bahan hingga halus.
3. Tapis bahan kisar.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Letakkan ketulan ais - pilihan.
6. Sedia untuk dinikmati.
sedap minum air ni, masam2 manis gitu. tp takleh letak ais, kat sini suhu dah bawah paras beku. uhuhu..
BalasPadamSalam Maal Hijrah...sedapnya jus belimbing.Pasti nyaman dan meyegarkan..Nmpk sggh fresh buah2an tu suma
BalasPadamjus belimbing memang sedap..baru jer minum smalam...tapi tak letak ais...sejukkkk....
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamKegemaran Kak Ros,jus2 ni......memang baik untuk kesihatan....
Asmara,
BalasPadamAmie pun tak letak ais... nak vitamin Cnya yang asli..
Lina _pg,
alhamdulillah....banyak buah segar di sini..
MP,
jus belimbing ni memang bagus untuk kesihatan kita... memang elok tak payah bubuh ais...
Ros,
sama-samalah kita gemarkan menu yang sama ye Ros...
Salam Kak Amie..
BalasPadamkalau 1 gelas jer memang tak cukup..nak 2-3 gelas...
rajinnya akak buat jus skang ni...saya rasa nak buat jus buah rambutan la...tengah byk sgt kat rumah ni sampai tak termakan..kekke
BalasPadamsalam maal hijrah buat akak sekeluarga..:)
Rahel,
BalasPadamboleh je...2-3 gelas tampa ais ye... sihat gitu...
Quinnie,
cubalah buat jus rambutan... nanti kak Amie nak rasa gak di rumah Quinnie...
bila minum jus masam-masam manis ni...rasa segar je tekak kan.
BalasPadamDulu2 rumah akak kat kampung ada pokok berlimbing...buah lebat sangat, sampai dah tak termakan.
salam maal hijrah amie.. bagus jus ni.. byk khasiat.. sihat tubuh bdn.. cuma selalunya tak rajin nk memblend... huuu
BalasPadamdah lama xminum jus belimbing..
BalasPadamUishhh elok utk saya ni kak, hihi dietla katakan konon2 hihi
BalasPadamKasih,
BalasPadambaca komen Kasih teringat masa kecik2 dulu suka panjat pokok belimbing sampai ke hujung julai.... sib baik tak jatuh...hmmmm putik2 belimbing pun kita kekah macam monyet... hi hi hiii
dZana,
betul tu... ikutkan hati memang malas nak buat, tapi kalau dah biasa buat, rasa lain pula bila tak buat...hi hi hiii
Kamalia,
sesekali minum sedap..rasa masam manis kelatnya...
Aju,
memang elok benarlah Aju datang sini..meh minum sama
Assalam amie, jus ni tak kira hujan ke panas ke mmg sedap dan berkhasiat utk di minum. rajin amie buat jus la ni
BalasPadamRosa,
BalasPadamkalau boleh memang nak jadikan amalan dalam diet harian keluarga...