Pages

Rabu, 9 November 2011

Ikan Bunak Asam

Assalamualaikum rakan-rakan pengunjung yang disayangi. Jom kita kongsi bersama resepi Ikan Bunak Asam. Menu yang ternyata sangat sedap ini Amie ambil dari Buku Masak Chef Terkemuka Mavin Yong yang menghidangkan aneka hidangan berasaskan sentuhan nyonya. Chef Mavin Yong menggunakan ikan bawal dalam masakannya tapi Amie pilih ikan bunak (nama yang diberikan oleh penjual ikan) atau ikan kupu-kupu (mengikut nama yang diberikan oleh jiran Amie). Memang banyak bahan yang perlu digunakan untuk memasak resepi ini tapi hasilnya........ mmmmmm... naik 2 ibu jari!


Resepi Asal: Ikan Bawal Asam 
Sumber: Buku Masak Chef Terkemuka Sentuhan Nyonya
Chef: Mavin Yong

Bahan- bahan:
1 ekor ikan bawal seberat 1 kg - Amie gunakan ikan bunak
10 sudu besar minyak - Amie gunakan separuh sahaja
1.5 liter air - Amie gunakan 500ml sahaja
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
4 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar asam jawa diramas dengan 140ml air - Amie gunakan 1 sudu teh pati asam jawa
4 helai daun limau purut - diracik
9 tangkai daun kesum - disimpul - Amie gunakan 2 tangkai sahaja
10 biji kacang bendi
4 biji cili merah dipotong 5cm panjang - Amie tidak gunakan
2 kuntum bunga kantan - diracik
1 labu bawang besar - potong 4
2 tangkai daun pudina - Amie tidak gunakan
2 sudu besar gula batu - hancurkan - Amie tidak gunakan
2 sudu besar gula Melaka - hancurkan

Bahan kisar:
1 kuntum bunga kantan
4 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi - Amie tidak gunakan
3 tangkai cili kering - Amie gunakan 10 tangkai
6 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 sudu besar kunyit hidup - Amie gunakan serbuk kunyit
2 batang serai
10 biji buah keras
1 sudu besar lengkuas
1 sudu besar belacan
2 sudu teh garam

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Tambah air, gula batu dan gula Melaka diikuti serbuk pati ikan bilis, jus limau nipis, air asam jawa, daun limau purut dan daun kesum. Renihkan selama 20 minit.
3. Masukkan ikan dan renihkan selama 8 minit. Tambah bendi, cili merah, bunga kantan dan bawang. Renih 2 minit.
4. Alihkan ke pinggan besar dan hiasi dengan daun pudina. Hidangkan panas dengan nasi putih.



Seperti biasa, tak perlulah Amie masak sayur lagi sebab kacang bendi sudah masuk sekali harung dalam hidangan Ikan Bunak Asam.


Ini kali pertama Amie mencuba resepi Chef Mavin Yong yang berasaskan masakan nyonya. Lain kali Amie ingin masak lagi sebab memang rasanya sangat sedap cuma kena rajin sediakan pelbagai bahan sebagai persediaan memasak. Sebelum ini Amie pernah masak ikan bunak tetapi mungkin ada rakan-rakan yang belum pernah melihat rupa paras ikan ini. Nanti Amie cuba selongkar resepi lama... mana tahu ada terselit seekor ikan bunak di situ. Tunggu ye...


Ha... inilah dia rupa ikan bunak@ikan kipas@ikan kupu-kupu@ikan leper.... yang  pastinya bukan ikan bawal tau.

20 ulasan:

  1. saya kan masuk rumah akak ni memang sesi belajar nama2 ikan..hehehe...seronok kat sana macam2 ikan ada..sedapnya bendi..suka...:)

    BalasPadam
  2. seronok tgk ikan2 kat sna.. macam rupa.. hihi kat jepun ni tak juga banyak ikan yang saya jumpa walaupun ada juga la yang pelik2.. hihihi kak macam ikan bawal kan kak.. tentu isinya manis

    BalasPadam
  3. Macam ikan bawal yer.. tapi memang lain. Sesuai kalau pun namanya ikan kipas....

    BalasPadam
  4. Quinnie,
    memang banyak ikan di sini dik, ikan buntal pun ada, kakak pernah makan tapi kakak belum berani masak..., oleh kerana banyak ikan memang kena ambil kesempatan untuk merasanya, rugi kalau tak cuba...mana tahu rasaya sedapkan Quinnie.

    Juwita,
    isinya lebih sedap dari ikan bawal, lemak... ikan yang pelik2 di sini sebenarnya kakak belajar kenal & makan dari sebelah keluarga suami.

    Kamariah,
    macam ikan bawal, tapi bukan bawal...agaknya spesies bawal kot...

    BalasPadam
  5. macam-macam ikan yg tak pernah akak makan ada di sini...good info

    BalasPadam
  6. Seronoknya duduk sabah...jumpa macam-macam ikan kan...macam macam kaler ek

    BalasPadam
  7. Selamat malam Kak Amie
    tuan empunya dapur RAHEL masak apa udah tiba..siap bawak pinggan yg berisi butter prawn...agak2 leh tukar sikit tak ngan ikan tu..hohoho..

    BalasPadam
  8. As'salam Amie

    Selamat pagi..telan air liur dulu..gluppp! sedapnya lauk dia ni, kasi kecur jer arr..hahaha. dah terasa2 kat tekak ct ni. dengan harum daun limau purut..emm.

    ikan tu dah rupa ikan bawal kan, baru ni tahu nama ikan kupu2..hehehe

    BalasPadam
  9. mcm2 ikan kt sini ye kak amie...pelik2 nama dia, kdg2 ikan yg akak msk ni ida tak pernah tgk pun....nmpk pun dh tau sedap ni

    BalasPadam
  10. resepi ni nampak mcm sedap.. nti nak pegi cari ikan bwl sbb bhn semua dah ada dtg dr kampung...thanks 4 the recipe...^6

    BalasPadam
  11. Tak rugi kan... walaupun banyak bahan yang diperlukan tapi ia menghasilkan masakan yang sedap.

    BalasPadam
  12. Amie, sedapnya nampak,belum masak lagi ni, tengok dah rasa lapar

    BalasPadam
  13. Salam amie...rupa ikan ni sebiji macam ikan bawal kan...

    BalasPadam
  14. aduh kak..baru dgr nama-nama ikan ni...

    BalasPadam
  15. eehhh takutnye tengok gigi ikan bunak tu...x jadi lah nk masak...
    tapi boleh tak akak yg tolong masakan untk ucu yg perut tengah bergelora ni...

    BalasPadam
  16. benda baru lagi
    hary ini kiter belajar tentang ikan...bukan ikan bawal tapi ikan bunak hikhik ada gaya sensei x???
    apa rasa ikan ini ekk???

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Amie,
    Selamat hari raya aidil adha, dah nak habih raya kita baru nak mai keh keh keh... Betoi kata Quinnie masuk rumah Amie belajaq nama2 ikan. ya Allah lagi byk kita belajaq lagi byk yg kita tak tahu rupanya....hehehe..

    Pssttt....sup gear box kat bawah tu mengancam nampak, klu ada masa nak cuba buat....Dan tak lupa al Fatihah dan takziah buat keluarga anak sedara Amie, tersentuh hati kecil ni bila membacanya.

    BalasPadam
  18. Salam Kak Amie..wahhhh menariknya nakpak kuah dia..lagi2 ada sayur bendi..memang kegemaran ni...

    BalasPadam
  19. assalam amie, byknya nama ikn yg kita tak kenal. mesti sedap asam pedas ni, kuah pkt2 je nmpk tu

    BalasPadam