Pages

Khamis, 3 November 2011

Amie Tinggalkan Dapur...... Ikut Bengkel Art Therapy

Selamat pagi kawan-kawan. Rindunya... terasa seolah-olah lama sangat tak masuk blog. Bukan apa, Amie tinggalkan dapur buat seketika untuk menambah ilmu pengetahuan. Pada hari Selasa yang lalu Amie bersama 4 orang rakan mengikuti Bengkel Art Therapy di Sanbay Hotel di Sandakan. Walaupun terpaksa membayar yuran sebanyak RM160.00 seorang, tapi semangat untuk menghadiri bengkel yang diadakan hanya untuk sehari bermula pukul 8 pagi hingga 4.30 petang mengatasi segala-galanya. Sekolah tidak memberi peruntukan tuntutan perjalanan (itu peringatan Pengetua).... tak kisahlah! Seawal pukul 5 pagi, kami bertolak dari Lahad Datu ke Sandakan. Amie yang tidak pernah memandu jauh tiba-tiba jadi pemandu profesional pula pada hari itu. Maklumlah perjalanan melebihi 175km perlu ditempuhi. Dalam hal kenderaan, satu apa pun Amie tak pernah ambil tahu sehingga isi minyak kereta pun tidak pernah Amie lakukan. Entah bagaimana, suami beri kepercayaan pula untuk pertama kali dalam hidup Amie memandu sejauh itu dengan membawa 4 orang lagi peserta termasuk seorang Pengetua dan 3 orang guru kaunseling dari daerah Lahad Datu. Setibanya di hotel, selepas pendaftaran kami pun menyerbu ke ruang makan. Di bawah ini antara kuih-muih pilihan Amie untuk memulakan pagi Selasa itu. Waktu ini barulah rakan-rakan yang 4 orang tadi membuka cerita menyatakan rasa takjub melihat kehebatan Amie memandu laju, tenang, yakin dan memotong beberapa buah lori tangki minyak. Amie pun terkejut sebab mata hanya memandang ke depan, bukan melihat bacaan meter.... sebenarnya Amie rasa kecut perut memikirkan bagaimana Amie terpaksa memotong lori-lori besar, memandangkan jauhnya perjalanan yang perlu ditempuh.



Secara ringkasnya, bengkel Art Therapy yang kami ikuti meliputi 4 fasa termasuk warming up, emosi, status minda dan tema. Sebenarnya bengkel ini memberi pendedahan lanjut kepada guru-guru kaunseling berkaitan dengan pendekatan atau kaedah dalam proses kaunseling tetapi Amie sebenarnya bukan guru kaunseling. Apa yang sangat menarik yang Amie temui di sini ialah konsep Draw Me a Story dan juga Telling Without Talking.


Gambar di atas merupakan hasil lakaran para peserta bengkel. Kami diberi tempoh 10 minit untuk meluahkan perasaan, melakar dengan menggunakan warna krayon.


Pengisian bengkel ini sangat padat sehingga penceramah kelihatan tidak boleh bernafas memandangkan kesuntukan masa. Tapi para peserta kelihatan sangat berpuas hati dengan pengetahuan baru yang diperolehi.


Cuba teka, di antara banyak-banyak hasil lakaran warna krayon ini, mana satu hasil lakaran Amie.... he hehehh... siapa dapat teka dengan betul, Amie jemput makan kuih di bawah ini.


Bengkel tamat lebih lewat dari yang dijangkakan. Pukul 6.30 petang barulah kami bertolak untuk pulang ke Lahad Datu. Sepanjang perjalanan memang perut rasa berkeroncong sebab tak sempat makan malam. Hanya kuih di atas (minum petang) sebagai alas perut. Suami telefon, beri amaran supaya Amie tidak memandu laju kerana cuaca kurang elok dan hari sudah malam. Nampaknya Amie terpaksa berteman dengan lagu-lagu Klasik Nasional yang berkumandang melalui siaran radio dalam kereta, sementara yang lain terlelap di belakang kereta. Sampai di rumah jam menunjukkan lewat 10.30 malam. Sebaik sahaja keluar dari kereta...Amie rasa kebas seluruh tubuh! Keesokan pagi barulah terasa sakit kedua-dua belah tangan dan kaki. Pagi itu juga rasa nak bertaubat tidak mahu jadi pemandu lagi.... rasa sangat letih dan rasa ingin ambil cuti saja tapi apa boleh buat, kerja sedang menunggu di sekolah. Jadi, pagi Rabu datang ke sekolah terpaksa menumpang kereta suami. Bukan sebab tak larat nak pandu tapi lihatlah rupa paras kereta yang Amie bawa ke Sandakan..... semua lopak air  di sepanjang jalan Amie langgar.


Semasa bengkel sedang dijalankan memang tak sempat nak toleh kiri kanan depan atau belakang.... mana tahu ada Nani  @ Nuwairani Ismail dari SMK Bukit Garam, empunya blog Life is Beautiful tu....tapi macam tak adalah!



14 ulasan:

  1. assalam amie, bayar pun ok janji puas hati, jauh juga perjlnan tu

    BalasPadam
  2. Sekarang musim hujan, basuh kereta sekejap nanti kotor balik.

    BalasPadam
  3. Assalam
    Ayah nak kata tahniah! Dapat ilmu baru dan pengalaman memandu jauh, termasuk memandu waktu malam! A great achievement, right?

    BalasPadam
  4. Assalam amie, wah tak apalah bayar sendiri ilmu yang dapat sudah tentu lagi mahal harganya..wow long journey juga amie drive tu..kita ni cakap aje lesen tapi tak bernai nak bawa kereta..hehe

    BalasPadam
  5. Mmg berseni betul Akak ni, saya takmo teka tp saya nk Kuih tu boleh? Hahaha

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum akak amie cayang...
    wah jauhnya perjalanan akak.... pasti memenatkan.. diana masih ingat masa melalui perjalanan dari KK-Sandakan dulu... memang diana hanya tutupkan cermin tingkat tu ngan tuala atau benda2 lain.. sebab takut sesangat rasanya bila terpaksa memotong lori2 besar atau d potong oleh mereka... mmg x suka keadaan tu.. diana dapat rasakan mcm mana akak rasa masa tu...

    BalasPadam
  7. hehe Amie kereta tu dah bertukar warna..Ummi makan kuih dua tiga biji ni Amie sebelum chow...

    BalasPadam
  8. Amie..berjaya jigak memandu.acik lansung tak pernah biarpun lesen dah berumur 22 tahun

    BalasPadam
  9. Selamat pagi Amie's
    Syukurlah perjalan pergi n pulang berjalan dengan baik...nak tumpang makan donut jew..hihi..

    BalasPadam
  10. ye ker akak tak penah drive jejauh...sy ni nasib baik sabah sarawak tu dipisahkan laut, kalau x sure dh lama drive sampai sana..

    ok la tu.pengalaman baru utk mdpt ilmu.

    BalasPadam
  11. Sanggup buat apa saja janji mendapat kepuasan dihati dan mampu utk poket sendiri kan Amie..

    Lukisan yg dibuat semuanya abstract kakak tak dapat teka mana satu hasil tangan Amie. Mungkin yg ada love besar itu ke? Hihi....

    BalasPadam
  12. assalam Rosa,
    memang jauh ...175km pergi dan 175km balik,

    Hazila,
    orang macam saya ni hazila...bawa kereta tak padai elak lopak, lurus bendul je atas jalan...

    Ayah Temuk,
    Waalaikumussalam...
    terimakasih atas ucapan itu,memang dapat ilmu baru, memandu jauh tu memang hanya dalam impian tapi sudah jadi kenyataan, dan tak sangka pula boleh pandu waktu malam sejauh itu dalam keadaan lengang di 3/4 perjalanan..

    Ayu,
    he he...selama ini Amie rasa Amie ada lesen kopi 'o' saja... rupanya itulah potensi diri Amie yang sebenar...(kalau dah terpaksa)

    BalasPadam
  13. Ajumohit,
    sebenarnya tak berseni Aju... lakaran itu hanyalah luahan emosi menggunakan warna sahaja...tapi nampakmacampakar ye... he hehehh perasan!

    Diana,
    iye dik....bila Kak Amie kenang kembali,kakak pun hairan dari mana datangnya keberani memotong lori-lori besar panjang tu, dan memang rasa seram sejuk bila bas-bas ekspress dari arah Kota kinabalu menderu memotong kita pada waktu malam,kemudian mata pula terpaksa berhadapan dengan sinaran lampu kenderaan....memang sangat mencabar dik, tapi mungkin sebab selalu duduk sebelah hubby kalau kami ke KK atau tempat lain yang jauh,jadi sekurang-kurangnya dapat idea daripada pengalaman itu... kalau asyik mengekori lori, satu hari tak sampai destinasi...jalanraya kita bukannya lebuhraya ye dik...

    Ummi,
    warna itu disedari waktu pagi Ummi...semasa hendak ke sekolah...itu belum belakangnya lagi..habis berlumpur!, gayanya macam Amie balik dari berkubang dengan kerbau pulak ye!

    BalasPadam
  14. ala kak amie...baru terbaca entry ni...sebab sibuk yang amat 2-3 hari ni..nani takdelah pulak dijemput ke sana...selalunya pengetua bab duit ni kedekut sikit...susah nak keluarkan duit. padahal guru2 boleh aje keluar duit sendiri...

    BalasPadam