Pages

Ahad, 16 Oktober 2011

Pineapple Chicken

Anak bujang sulung Amie baru sampai dari Kota Kinabalu setelah mengikuti program Selangkah ke Universiti. Nampak sangatlah letihnya sebab lebih 7 jam dalam perjalanan. Esok pagi, anak bujang kedua pula akan berangkat ke Kota Kinabalu mengikuti program robotik selama 5 hari. Kalau yang sulung tak perlu diingatkan bawa itu dan ini, buat persiapan itu dan ini tapi yang kedua.... aduhai... dari kelmarin lagi sudah diingatkan, sampai sekarang belum buat apa-apa! Semuanya perlu disediakan dari hujung rambut sampai hujung kaki.... susah juga kalau anak kita tak pandai hidup berdikari. Semuanya bergantung kepada ibu bapa. Hmmm... sementara bapanya membantu mengemas keperluannya....Amie ke dapur siapkan makan malam. Nampaknya mood memasak pun macam dah sampai ke pesisir pantai.... pilih sajalah resepi yang mudah dan ringkas.


Resepi Pineapple Chicken yang Amie hidangkan malam ini (untuk anak-anak dan suami - Amie tak makan malam), Amie memang sudah lama ingin mencubanya. Dalam resepi tersebut, gunakan dada ayam tapi Amie kurang berminat dengan bahagian itu walaupun hidangan ini tidak Amie sertai sewaktu makan, Amie gunakan bahagian peha ayam. Lagi satu, Amie terpaksa ubahsuai bahannya kerana Amie tiada simpanan nenas... bagaimanapun resepi yang akan Amie tulis nanti merupakan resepi asal, dan mungkin rasanya jauh lebih sedap dari yang Amie masak. 


Resepi: Pineapple Chicken
Sumber: Hawkers' Fair Simplified

Ingredients:
1 piece chicken breast (about 500g, thinly sliced)
4 pieces canned pineapple rings, diced
150g fresh pineapple, diced
1 green capsicum, diced
1 tomato, cut into wedges
corn flour for coating chicken
oil for deep-frying

Merinade:
1 tsp salt
1/2 tsp sugar
1 egg
1 tsp curry powder
1 tbsp corn flour

Sauce:
1 tbsp Thai chilli sauce
1 tbsp tomato sauce
t tbsp chilli sauce
3 tbsp canned pineapple juice
1 tsp lemon juice 
1 tsp sugar
1/2 tsp salt

Method:
1. Combined chicken breast with marinade and season for 30 minutes. Then coat with corn flour and deep-fry in hot oil until golden brown. Dish and drain.
2. Leave 1 tbsp olin wok, put in pineapple,capsicum,tomato and stir well. Pour in sauce and cook until thick.
3. Add in fried chicken breast, stir well and dish up.



Macamana? Ringkas saja......potong-potong dan campak-campak...siap!

19 ulasan:

  1. yang main campak2 tu yg sedap kan amie :)

    BalasPadam
  2. macam best je. tambah2 ada pineapple tu

    BalasPadam
  3. main campak2 pun mnjdi.....sedap tu...

    BalasPadam
  4. Yess! Ada stok ayam dan nenas.. Esok Che Mid masak pulak ya..

    BalasPadam
  5. sedap rasanya bila masakan ada letak pineapple ni...kadang2 boring jugak asyik buat masak lemak atau pajeri je..masak cam gini terasa kemanisan buahnya...:)

    BalasPadam
  6. ringkas2 pun tetap menggiurkan. dah besar2 anak2nya.

    BalasPadam
  7. kak amie..kombinasi ayam dan nenas memang besh..mieza suka rasanya yg masam manis tu..kalau mieza mesti makan bertambah2 hihihi..sedar2 badan naik 5-6 kilo masa tu br terkejut beruk..masa makan memang tak hengat dunia!

    BalasPadam
  8. nmpak sedap tu kak..selalunye yg campak2 tula yg sedap tau..

    BalasPadam
  9. kak amie ni selalu je cakap masak ringkas2...padahal semuanya meriah2... kalau dah masak ayam, ada nenas, ada capsicum tu xde ringkas dah namanya..nani pon baru balik kursus btn kundasang ni...adoi...tak habis berkemas lagi...

    BalasPadam
  10. tengok pada kelikatan pun dah tahu..sodapppp..

    masa campak2 tu tutup mata tak..? bukan ape kekadang orang yg teror mcm akak ni selalu cakap mcm gini " alah pejam mata..main campak2 jer dah siap.." betul kan..

    BalasPadam
  11. Kasih,
    campak2 sebab kejap je masaknya...

    Ain,
    terima kasih Ain.... kembang semangkuk dah ni...

    Kak Sam,
    pineapple memang best...masam manis..

    WC,
    ye..sedap..memang sedap. jom makan sekali

    BalasPadam
  12. MP,
    jadi... mesti jadi...

    Che Mid,
    masak sedap-sedap ye... nanti Amie datang tumpang semulut...

    Quinnie,
    simpel aje ni... potong-potong masuk kuali...

    BalasPadam
  13. Adrien,
    anak-anak dah bujang dah...

    Mieza,
    samalah tu... kalau lauk sedap memang tak hengat apa pun... bila badan dah kembang semangkuk barulah tengadah... he hehhhh

    Kamalia,
    sedaplah agaknya tu...sebab habis licin..

    Nani,
    mudah & ringkas sebab potong-potong terus masuk kuali, tak payah kupas bawang, tak bawah kisar bawang bagai....

    Ucu,
    kita cakap gitu sebab angin malas sudah pada tahap kritikal...he hehhhee

    BalasPadam
  14. Kalau pandai masak campak je pun sedap. Tengaok gambar pun dah tahu.

    BalasPadam
  15. Salam..saya suke kalau masak ayam jenis potong2 isi macam ni..biasa buat kung pos lah..Tapi nanti boleh cuba resipi ni pula

    BalasPadam
  16. sedapnya kak amie... dah la tgh kelaparan kat lab ni, bestnya kalau terror masak cm kak amie...

    BalasPadam
  17. as salam kak,
    simple2 pon saya lagi simple! :p

    Regards.

    BalasPadam