Banyaknya cerita hari ini..... apa pun sebelum celoteh panjang lebar, kita ke dapur dulu, cerita tentang menu petang tadi.... menu Ikan Belais@Belawis Kukus Ala Thai bersama teman-temannya, ulam-ulaman dan sambal tempoyak. Kalau masuk dapur Amie mesti tak boleh lepas ulam-ulaman, terutama sekali kacang botol dengan lobak merah celur. Si dia pula teringin nak makan sayur cendawan. Jadi Amie tumiskanlah untuknya sayur cendawan campur udang geragau. Sebenarnya sebelum ini Amie tidak pernah gunakan ikan belais untuk masak kukus melainkan digoreng atau dipanggang dan juga masak gulai. Ini percubaan pertama Amie gunakan ikan jenis ini untuk resepi kali ini.
Seperti biasa kalau masak ikan kukus, Amie sediakan terlebih dahulu pesnya. Sama saja seperti menu ikan kukus Amie yang terdahulu. Tapi Amie tuliskan juga di sini untuk rujukan kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba.
Bahan:
1 ekor ikan belais@belawis - seberat 600 gram
1 sudu sos ikan
3cm halia- hiris halus
minyak
Bahan untuk pes:
10 biji cili kering - kisar
1 batang serai - kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 biji bawang putih - kisar
1/2 cawan udang kering - kisar
1/2 cawan air bancuhan pati asam jawa
3 helai daun limau purut
garam / gula / perasa
Cara:
1. Bersihkan ikan. Masukkan ikan dalam dulang pengukus.
2. Renjiskan sos ikan dan letakkan hirisan halia di atasnya. Kukus selama 10 minit.
3. Sementara itu panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4.Masukkan bancuhan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan masak dengan api perlahan.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut.
6. Buka tudung pengukus dan bubuh separuh pes tadi ke atas ikan. Tutup tudung pengukus. kukus lagi selama 5 minit.
7. Tutup api pengukus dan keluarkan ikan. Letakkan di atas pinggan.
8. Tuang lebihan pes tadi ke atas ikan.
9. Hidangkan semasa masih panas.
Inilah rupa ulam-ulaman yang biasa sangat Amie masukkan dalam blog masakan ini.
Sayur cendawan untuk si dia. Hah.... di bawah inilah Amie mula nak membebel.....
Ini muka hari kedua jadi driver tak rasmi untuk menghantar guru Unit 3K menyertai program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu. Hantar pukul 7 pagi dan ambil pukul 5 petang seorang guru pengiring dengan 4 orang peserta program tersebut.... sebab dah tak ada pilihan nak hantar, kerana masing-masing guru yang sepatutnya 'menghantar' ada komitmen di sekolah. Sebab apa muka nampak kelat ..... sebab kelmarin dalam program tersebut (semasa slot ceramah) diumumkan kantin sekolah kami kotor disebabkan ada burung merpati dan seekor kucing berkeliaran di situ. Minggu lepas datang 3 orang penilai ke sekolah kami... melawat tandas dan kantin secara mengejut. Bukan sedikit jumlah sekolah di tempat kami..... campur menengah dan rendah, lebih 52 buah.... hu hu huuu... memang malu! Teramatlah malunya... bila Pengetua dengar semasa guru Unit Kesihatan beritahu pagi tadi, kami pandang memandang saja dengan pengetua...... maklum, Unit Kantin itu di bawah Amie. Dengan hati sedikit mendongkol, Amie hantar juga guru pengiring dengan 4 peserta lagi daripada kalangan murid untuk meneruskan program tersebut yang dijangka selesai menjelang tengahari.... tapi Amie kagum dengan guru Unit Kesihatan yang jadi guru pengiring... orangnya sangat tabah...perlahan-lahan hati Amie jadi sejuk.... ikutkan hati baik tak payah datang terus ikuti program sebab sudah diconteng arang terang-terangan..... he he he...sempat lagi ambil gambar di atas tu pagi tadi. Lepas tu, Amie baliklah semula ke sekolah.
Sampai sekolah, tukar kulit daripada driver kepada pemantau aktiviti Pasca PMR. Yang di sebelah Amie tu namanya Salmi. Cikgu Salmi.... baru setahun bertugas di sekolah. Cikgu Salmi seorang Guru Kaunseling yang sangat berdedikasi..... dan Cikgu muda belia ini sebenarnya bekas anak murid Amie.... Ha..., bayangkan di sekolah Amie ada lagi 3 orang guru bekas anak murid sendiri. Selesai menguruskan perkara-perkara berkaitan kelas dan pengurusan dalam pentadbiran, Amie pun bergegas tukar kulit lagi untuk jadi driver mengambil guru pengiring dan peserta program yang dihantar pagi tadi. Cuba tengok gambar di bawah.... sempat lagi Amie ambil gambar mereka dari tempat duduk Amie....
Pialanya kecil saja.... tapi apa yang sekolah kami dapat? Kami dapat 3 anugerahlah.
Pertama: Johan Tandas Berkualiti 2011 Peringkat Daerah Lahad Datu
Kedua: Johan Melukis Program Bersepadu Sekolah Sihat 2011 Peringkat Daerah Lahad Datu
....dan yang satu lagi tu.... yang ketiga: Naib Johan Kantin Berkualiti 2011 Peringkat Daerah Lahad Datu... laaaa apa ni?
Kalau tandas dapat Johan memang berasas sebab tandas sekolah kami sentiasa dicuci dan dimop sepanjang waktu dari pagi hingga petang oleh pekerja pembersihan dan memang tidak berbau, sentiasa bersih walaupun tidak seceria mana dengan pelbagai aksesori dan perhiasan. Tapi... yang kantin pulak.... katanya kotor sebab ada burung merpati dengan kucing! Apa pun Pengetua nampak sungguh gembira walaupun pagi tadi hanya memandang Amie tanpa kata. Dan katanya lagi.... jangan lupa simpan sijil Anugerah Pengurusan Disiplin Terbaik Peringkat Daerah Lahad Datu yang kami dapat sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah pada Julai lepas. Tahun ini unit di bawah Salami sudah dapat 3 anugerah.... nanti saya bagi kredit.... katanya. Amie pun senyum-senyum simpul.... Madame, yang dapat kredit tu guru-guru unit saya.... Amie mengingatkannya. Ya...yaaa... setiap unit akan saya bagi kredit.... katanya.
Ini Cikgu Noorul Asyikin, guru pengiring merangkap Guru Unit Kesihatan yang sentiasa berusaha keras menyelesaikan segala tugasnya dengan sempurna. Sukanya dia .... gambar ini diambil tengahari tadi sebaik tamat program. Sepanjang perjalanan kembali ke sekolah, kamipun ketawa-ketawa saja. Rasa seronoklah kami hari ini.... Inilah celoteh Amie untuk kali ini walaupun bukan cerita dari dapur tapi kenangannya ikut masuk ke dapur......
Yang kat tengah2 tu tempoyak ke?
BalasPadamKak Sam,
BalasPadamAmie buat sambal belacan bubuh tempoyak.... itu memang sambal tempoyak style keluarga Amie turun temurun...
sedapnya tgk lauk pauk kak Amie ni...buat saya lapar la mlmx2 singgah dapur akak ni...hehe
BalasPadambest kan jadi cikgu...dulu mcm teringin nak jadi cikgu tapi tersilap isi borang misi..haha boleh gitu..:D
sentiasa berselera tengok lauk pauk akak ni....:)
BalasPadamtahniah Amie, seronok dengar cerita cikgu-cikgu ni..
BalasPadamMemang dapur boleh menggamit kenangan, sambil2 masak boleh tersenyum sendirian...
Kak Amie, ikan belais tu macam ikan bawal ke?
BalasPadamSalam Kak Amie..Tahniah atas ketiga-tiga anugerah itew walau permulaannya macam mendunggggg je tapi Happy ending...
BalasPadamLauk ikan panggang itu pun nampak sedap...dan yang paling saya suke tentulah sayur cendawan itewwww..sayakan peminat cendawan....
wah! nak buat lawatan gi sekolah kak amie la kalau mcm tu...sekolah kami teruk sangat tandasnya...
BalasPadamkak amie, sedapnyer tengok ikan belawis ni kak..boleh dijadikan hidangan dinner mieza malam ni..kopi resepi dulu...tgk gambar terus perut ni menyanyi2..dah 3 hari tk makan nasi kekonon nak diet hihihihi
BalasPadamCikgu2...jasa mu tetap dikenang....:D
BalasPadamAmie....macam2 menu ada ek...tang ulam2an tu memang fav kak cek...menu wajib ada atas meja makan...awet muda tau...:D
Nieza,
BalasPadam...bila kita dah jadi cikgu rasa macam tersalah pilih profesion aje... he heheh
Quinnie,
alhamdulillah... kalau ada selera tu maknanya masih diberi nikmat oleh Allah...
Ummi,
kadang-kadang rasa sunyi sangat di rumah, terutama bila berada di dapur... maklumlah kitalah permaisuri, kitalah puteri...
Sue,
BalasPadamterima kasih Sue...
kita pun suka cendawan ... lagilah kalau dapat cendawan payung!
Hazila,
ikan belais tak ada rupa bawal, bukan spesiesnya... dia ni ikan yang hidup berkeliaran di batu karang...
Nani,
tak ada apa istimewanya sekolah kakak ni... sekolah mission, bukan bantuan penuh dari pihak kerajaan,... banyak sangat kekurangannya sebenarnya... tapi next year kami sambut 50 tahun jubli emas, sekolah pertama di Lahad datu...
Mieza,
kak Amie pun teringin gak nak diet macam Mieza... kalau 3 hari tak makan nasi, tu kira sudah sangat bagus.... taklah gedabaq macam gambar kelat kak Amie tu ye... he hehhhheee
Cik Cek,
jom amalkan ulam-ulaman dalam hidangan, kot2 boleh balik ke wajah remaja... hi hi hiiii tak sedar diri dah jadi mak bujang...
terus kecur liur tgk ulaman & sambal tempoyak tu kak amie.
BalasPadamSalam kenal Amie, skrg di Lahad Datu? Akak ada kakak disana, kalau ke Tawau mesti singgah rumah dia.
BalasPadamJika jln kek KK, singgah la rmh akak, Putatan je.
sy pon suka ulam-ulamn kak ami..kalo xde x sedap makan nasik..hoho..ni sume penyelera nk makan nasik la ni..hehe..kak ami cikgu rupanya..bangga saya cikgu pon sempat ag masak bagai2..hoho
BalasPadam3 murid dah jadi guru..sama2 mngajar pulak tu..bestnya..
BalasPadampetang tu akak lalu ke makan..almaklumlah dah dapat kredit dari Guru besar...kalau x selera hulurkan lah kat ucu ni..lapor ni...
Amie..tahniah..dapat jugak anugerah..walaupun dah diconteng arang..abaikan tu amie..
BalasPadamsenyum sokmo ye..
mungkin hanya sekali orang lain tengok ..tapi dihari2 lain..tetap bersih..