Pages

Rabu, 5 Oktober 2011

Ayam Beriani

Selamat  petang pengunjung Amie's Little Kitchen. Kunjungan anda kali ini Amie hidangkan dengan resepi Ayam Beriani. Sebenarnya ini resepi tertunggak.... tapi tak apalah, Amie nak kongsi resepi bersama. Resepi asal Ayam Beriani ini ialah dari resepi Daging Beriani tapi Amie tukar daging kepada ayam. Dan satu lagi, Amie tambah telur rebus.... sebab Amie terpikat dengan hidangan Nasi Beriani di Restoran Auliah, Lahad Datu yang meletakkan telur rebus dalam lauk Nasi Beriani. Tuan punya rangkaian restoran, kedai pakaian, kedai runcit dan pelbagai jenis kedai di Sabah  ini ialah Pengerusi PIBG sekolah kami. Orangnya sangat dermawan dan memang selalu sponsor guru-guru sekolah kami makan terutamanya selepas keputusan PMR dan juga SPM. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa memberi kemurahan rezeki  kepada Encik Salam, Pengerusi PIBG kami itu.


Resepi ini Amie ubahsuai dari resepi asal iaitu Daging Beriani dalam buku Masakan Tradisi Melayu Johor.

Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor
Resepi  : Daging Beriani
Chef     : Noraini Margono

Ayam Beriani

Bahan A:
1 kg daging ayam
1/2 mangkuk minyak
1/2 mangkuk rempah kari daging
1/2 mangkuk rempah beriani
1 sudu lada hitam - tumbuk

Bahan B:
6 tangkai lada kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4cm halia

Bahan C:
1/2 mangkuk madu
1/2 mangkuk puri tomato
2 mangkuk santan
1 sudu besar garam

Bahan D:
1/2 mangkuk kismis - goreng
1/2 mangkuk gajus - goreng - Amie tidak guna
1/2 mangkuk badam - goreng - Amie tidak guna
1/2 mangkuk daun pudina - Amie tidak guna
3 biji telur rebus - dikupas - pilihan

Cara menyediakan:
1. Goreng ayam terlebih dahulu.
2. Kisar kesemua bahan B.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kesemua Bahan B hingga terbit minyak.
4. Setelah itu masukkan rempah kari dan rempah beriani. Gaul rata sehingga rempah dan Bahan B bersatu.
5. Masukkan Bahan C. Kacau rata. Masukkan ayam
6. Masak sehingga pekat dan terbit minyak.
7. Masukkan telur rebus.
8. Akhir sekali masukkan lada hitam dan  daun pudina.


P/S: sebenarnya hidangan dari Restoran Auliah tidak menggabungkan telur rebus dengan daging ayam. telur dimasak berasingan tetapi Amie buat sekaligus. (Ini gaya orang tamak ni.... sudah makan daging ayam, telurnya pun nak dimakan sama.... he hehehhhh)

12 ulasan:

  1. Amie..bila nampak telur rebus yang tergolek tu pun dah membuka selera acik..acik suka sangat makan telur rebus tu sebab agaknya kolesterol tinggi..

    BalasPadam
  2. suker2 nnt boley try
    byk jugak recipe akak, ayu dah try
    mmg puas haty la

    BalasPadam
  3. Amie..sedap nyer tgk ayam beriani lagi2 ada telur sekali yum3x

    BalasPadam
  4. sedap makan dengan telor rebus..suka :)

    BalasPadam
  5. Kak Amie,alahai sedapnyer nmpk,senang kak,xyahmsk byk kali,dah ada telur n ayam..Akak mkn ngan nasi putih ke nasi berperisa..

    BalasPadam
  6. Acik,
    sedaplah makan telur rebus kan Acik ye.... nak pula yang masih hangat-hangat tu, tak terasa dah makan sebiji...orang kata makan yang putihnya je, tinggalkan yang kuning supaya kurang kolesterol, tapi tak sedaplah pulak ye....

    Lady Ayu,
    wah.... rajin cuba resepi kakak ye... terima kasih.... terima kasih, sesekali Ayu tayang menu memang mengancam sungguh!

    Ibundo,
    ya...sedap!

    BalasPadam
  7. Mama Hawa,
    anak-anak ambil ayamnya saja, kita pulak yang teringin makan telurnya tu....

    Kasih,
    ramai peminat telur rebus ye Kasih... memang sedaplah telur rebus, kalau makan nasilemak tak sah kalau takde telur rebusnya kan...

    Dana,
    ini Amie makan dengan nasi beriani tapi tak tayang dengan nasi sebab baru 2 n3 lepas tayang nasi beriani, dan sebelumnya pun nasi beriani jagung.... yang tak sempat makan (makan sungguh-sungguh)sebab sibuk birthday anak...

    BalasPadam
  8. amie..sedapnye tgk hidangan yg tersedia..cuma nk suap kemulut je lg..lapor tgk!!!

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie..tibe je perut bunyi tgk ayam dan telurnya tgh posing.. sgh tergoda..sedapnya :=)

    BalasPadam
  10. bila tambah telur rebus tu mmg nampak lebih mengancam.. klu makcik2 saya bila masak lauk bariani tu, dia orang akan hidang dengan salad telur.. salad, telur rebus di potong bulat2, timun dan dicurahkan sos cili di atasnya.. nnt akak boleh cuba..

    BalasPadam
  11. Pekat kuahnya Amie, sedap sangat nampak...

    BalasPadam