Salam Sabtu semua... sudah masuk hari ke 5 kita beraya. Rendang dan ketupat masih lagi berbaki tapi rindunya pada lauk pauk biasa sudah tidak tertanggung lagi..... Lupakan rendang ayam, lupakan ketupat dan lemang buat seketika. Mari layan makan tengahari di rumah bonda Amie (ini menu tertunggak....kelmarin).
Hidangan tengahari kami (Amie sediakan) Sambal Tempoyak, Ikan Kering Kukus dan Ulam-Ulaman termasuk jering, ulam raja, kacang bendi & tomato.
Amie teringat Telur Itik Goreng Dadar yang Kak Halijah hidangkan semasa kami beraya di Perak. Tengok dalam peti sejuk ada banyak telur itik, jadi Amie gorenglah.... warna kuningnya nampak terang dan lebih cantik.
Ini Sup Ayam Kampung. Memang bonda sediakan khas 5 ekor ayam kampung untuk kami. Bonda akan beri ayam kampung makan nasi yang baru ditanak. Mulia betul ayam-ayam bonda ya..... makan nasi hangat! Tiap-tiap hari bonda akan masak nasi lebih, dan sebahagiannya diberi makan ayam. Katanya, ayam kampung akan cepat membesar dan dagingnya lembut. Memang anak-anak Amie suka sangat makan ayam kampung kalau pulang ke sini. Walaupun ayam kampung digoreng seperti ayam daging, tetapi dagingnya tidaklah liat dan keras seperti yang disangka!
wah akak..ayam kg kalau bagi makan cam gitu daging dia lembut ye...saya kalau nak masak ayam kg memang kena rebus 2 jam baru la elok empuk dagingnya...tak pernah makan yg digoreng begitu je...saya pun nak bertukar menu hari ni...sedap nampak ikan masin rebus akak tu..1 kali dengar org rebus ikan masin..akak buat cam mana? hehhehe
BalasPadamQuinnie,
BalasPadamumur ayam kampung 6 bulan dah besar, dulu memang nak makan ayam kampung kena masak lama2, sekarang ayam kampung bonda dagingnya lembut sebab bonda jaga dengan penuh kasih sayang untuk disembelih... he heheh (kebetulan bonda tinggal seorang diri... jadi waktnya banyak dihabiskan untuk pelihara ayam & kucing)
ikan kering kukus tu, senang saja buatnya, setelah nasi hampir kering letak saja atas nasi, ikan kering masak dengan wap nasi...(ini cara bonda, dan kakak memang buat begini)
memang terangkat lah!randal
BalasPadamamie..
BalasPadammaklong raya pertama belah petang dah tak boleh masuk segala rendang ayam dan daging masak apa sekali pun.. ikan kering dan ikan tahu goreng jugak yang menjadi pilihan maklong dan anak2.. sambal tahun pun ada..
kalau dapat sambal dan ulam2an macam amie ni lagi best kan..
Assalamualaikum akak amie cayang..
BalasPadamwah kalu dapat makan menu mcm nie mmg best nie... dah lama x masak mcm nie... utamanya time raya nie semua makan yg berat2 kan akak... sedap2!!!
White Cappucino,
BalasPadammemang terangkat dik! Peluh-peluh...
Maklong,
BalasPadaminilah tekak sebenar orang kita ye... tak boleh tinggalkan lauk harian lama2, ikan kering jugak jadi pilihan! Bonda memang suka makan ulam-ulam, itu sebab ke mana Amie pergi... tak tinggal benda2 tu semua...
Waalaikumussalam Diana cayangggg,
BalasPadamasalnya dari kampung, memang ke mana pergi... lauk kampung jugak yang dicari... he hehhhhee