Pages

Jumaat, 19 Ogos 2011

Udang Goreng Butter Cereal Seasoning Powder

Alhamdulillah. Hari ini boleh up-date blog. Sejak dua hari lepas tak boleh up-load gambar. Menu yang nak disiarkan pun asyik tertunggak. Bila masalah tertunggak timbul, mood untuk bercerita tentang menu itu pun dah lain rasanya, sebab kisah sudah berlalu..... Wokey, walaupun hari ini sudah masuk hari ke 19 kita berpuasa, tapi menu ini merupakan menu hari ke 17 kita berbuka puasa... Dipendekkan cerita, resepi Amie kali ini ialah Udang Goreng Butter Cereal Seasoning Powder.


Kepada pelanggan COSWAY, Butter Cereal Seasoning Powder ini memanglah tidak asing lagi. Bagi yang belum mencuba, Amie sarankan cubalah sekali! Mudah dan lazat! Tak banyak bahan yang perlu digunakan semasa proses penyediaannya. Tak percaya, cuba lihat resepi di bawah ini.

Bahan-bahan:
500 gram udang - bersihkan dan gaul dengan sedikit garam / tak bubuh pun tak apa
2 sudu besar mentega
2 pelepah daun kari
7 biji cili padi - hiris
50gram butter cereal seasoning powder (Serbuk Perencah Bijirin Mentega)
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, panaskan mentega dengan api perlahan.
3. Masukkan daun kari dan hirisan cili padi. Tumis hingga harum.
4. Masukkan udang dan gaul sebati dengan bahan tumis.
5. Padamkan api.
6. Masukkan Serbuk Perencah Bijiran Mentega dan gaul rata.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Betul tak apa yang Amie katakan tadi. Ia semudah menyebut ABC.....



9 ulasan:

  1. salam Amie..
    wahh.. tentu sedap ni kan? tengok pun dah tau.. ehh.. kalau dah namanya udang sah sah sedap.. hihi.. tambah2 kalau masak ikut resepi yg special sikit tambah2 berseleralah kan..

    re: kawan saya tu asalnya demam sampai seminggu tak kebah2.. lepas seminggu warded dihospital skrg ni dah lebih 3 minggu dia sakit.. demam ada, gula tinggi sbb ada diabetis & darah tinggi pun ada gak.. masa di hospital daerah Seberang Takir, T'ganu.. doc dah terlebih masuk air & memenuhi paru2nya.. skrg ni tambah lg satu penyakit iaitu semput.. latest berita dpt tau yg dia terpaksa gunakan mesin bantuan pernafasan sebab dah tak sedar.. & katanya doc nak cuci buah pinggang akibat paru2 masuk air tu.. sy pun kurang faham mengapa perlu sentuh buah pinggang sedangkan paru2 yg berair.. yelah.. mungkinlah ada kaitannya kita tak belajar bidang perubatan ni ikutkan ajelah nasihat doc kan. atau tak pasti kalau2 buah pinggangnya ada masalah disebabkan diabetis tu.. harap2 dia cepat sembuh semula..

    BalasPadam
  2. Salam kak amie!! sedapppnyerrrr udang tuu! suke mkn udang cereal gini kita ad seasoning cereal nii sampai skrg tak guna hihihi...

    BalasPadam
  3. Salam Madiha,
    laaa... kesiannya, memang ada kompilasi penyakit kronik tu, masya-Allah... mudah-mudahan mendapat pertolongan dari-Nya,sama-samalah kita berdoa moga akan sembuh seperti sediakala...

    BalasPadam
  4. Salam Ika,

    nanti masuk angin pulak butter cereal tu, tak sedap jadinya...he hehehh Kak Amie tak boleh simpan lama-lama, memang laris sangat benda tu di rumah kakak!

    BalasPadam
  5. kak amie..mieza pun suka pakai yg cosway punya..senang je nak prepare nya..kekadang time malas nak buat ramuan sendiri pakai je cosway..buka paket terus tuang hehehe..masak mcm ni pun sedap juga hari ni kan kak..udang besar mmg dah ada..

    BalasPadam
  6. Amie, ummi merayap ke sini petang2,nampak pulak udang goreng butter, sedapnya, ummi tak pernah cuba seasoning cereal tu, boleh lah cuba nanti

    BalasPadam
  7. Mieza,

    jangan fikir dua kali dik! terus masak udang tu guna BCSP.... memang tak mengecewakan seisi keluarga!

    Ummi,

    memang kena cuba Ummi, dah rasa sekali nak masak untuk seterusnya! mudah tapi sedap tau....


    Kasih,
    ya... kakak beli di Cosway, mungkin ada di tempat lain...kakak kurang pasti pulak!

    BalasPadam
  8. tak pernah pulak nk try perencah yg tu sebab tak pernah beli n tak pernah tau pon...hmm...memang senang kalau buat ikut cara ni..

    BalasPadam