Hari ketiga berpuasa ni barulah tergerak hati menjenguk ke Bazaar Ramadhan di Bandar Sri Perdana. Itu pun disebabkan terperangkap dalam traffic, dan kebetulan jalan pulang memang arah ke bazaar, sementara hari pula semakin petang. Kelewatan ini pun disebabkan adanya mesyuarat dan beberapa tugas lain yang perlu diselesaikan. Sepanjang perjalanan pulang, memang tak boleh fikirkan untuk masak apa. Yang penting segera sampai ke rumah, itu saja. Percaya tak..... mungkin sudah rezeki Amie petang tadi, inilah kuih idaman yang Amie temui buat pertama kali di Lahad Datu sepanjang 19 tahun Amie berada di sini...... kuih apa tu Amie.....
Ooooo... kuih tepung pelita dengan popia basah! Ini kuih Malaysia Barat, yang menjualnya pun....alahai, kawan dari sekolah lama.... Cikgu Ayob dan isterinya dari Melaka. Selamat berniaga Yob.... mudah-mdahan melimpah rezeki di bulan yang mulia ini. Waktu mula-mula ternampak kuih tepung pelita.... hati bagai dijentik kegembiraan... hairan macamana kuih begini boleh berada di daerah ini. Kalau di Tawau atau Sandakan Amie tidaklah hairan sangat sebab memang banyak kuih-muih tradisional semenanjung dijual. Yang di bawah ini pula, kuih tradisional orang Malaysia Timur (Sabah). Yang bulat warna cokelat tu kuih penjaram, kuih tradisi masyarakat Bajau manakala yang dalam bungkus daun pisang itu kuih brongko, kuih tradisi masyarakat Bugis.
Menu Malaysia Barat & Malaysia Timur bertemu di Amie's Little Kitchen. Yang di bawah ini pulak, mee hoon goreng ringkas yang sempat Amie sediakan sebagai salah satu juadah berbuka petang tadi.
Oleh kerana suami suka makan mee, Amie buatkanlah sedikit untuknya. Kalau Amie tak masak mee, memang dia akan masak sendiri, jadi biarlah Amie masakkan untuknya.
Tak perlulah Amie turunkan resepinya ye... sebab dah banyak kali buat resepi begini. Kami berbuka masih seperti kelmarin..... tepat 6.24 petang. Jom.... nikmati menu Malaysia Timur & Barat.
kat LD lagi awal la berbuka...bukit garam 6.27pm. sepanjang duk sabah ni, belom pernah jumpa lagi tepung pelita...adus....sedapnya tu kak amie....macam nak buat pulak esok...
BalasPadamsalam kak... mesti seronok jumpa kuih yang jarang jumpa ye.. bagusnya berniaga suami isteri tu.. hihihi cari rezeki lebih ye.. bagus ..:) rajin akakn masak 2 menu mee dan bihun
BalasPadamNani,
BalasPadamitulah ceritanya, kelmarin dalam sejarah... pertama kali jumpa tepung pelita sejak datang ke sini 19 tahun lalu.... kalau Nani bat esok, bagi kakak barang 2-3 bungkus erkkk....
Salam Ita,
BalasPadamsebenarnya yang buat kakak rajin sikit turun dapur sebab fikirkan anak-anak, selalunya kalau beli di bazaar memang itu ini semua nak dibeli tapi biasanya membazir sebab tak habis makan.... lagipun kalau masak sendiri, terjamin kualiti & kebersihannyakan...
Amie, ummi suka sangat tepung pelita tu, dah lama tak makan..
BalasPadamUmmi,
BalasPadamsamalah dengan Amie..... rasa sampai nak mengidam , teringin sangat nak makan kuih nih... alhamdulillah, dapat jga di bazaar Ramadhan.
kuih tepung pelita fav E-na...lagi best makan yg sejuk baru kuar dr fridge...lama x makan...sronoknya klu ada pasar ramadhan kat sini...huhuuu
BalasPadamsedapnya semua menu berbuka...dah lama tak jumpa kuih penjaram tue
BalasPadamE-na,
BalasPadamkena buat sendirilah ye... kakak kalau pandai buat tepung pelita, mau je buat sendiri dik! masalahnya tak pandai & malas...
kayrul,
BalasPadamooo..pandai makan kuih penjaram ye.... bajau??